Wednesday, January 1, 2020

Pelakon Video Semburit Dah Di Kenal Pasti, Atau Rakyat Malaysia Kena Kencing Lagi?


Selamat menyambut tahun 2020 admin ucapkan pada semua...

Seperti yang kita maklum, tahun 2019 kita tinggalkan dengan berbagai kehancingan kerajaan Pakatan Harapan serta kebangangan menteri-menteri Pakatan Harapan dan kedunguan segelintir mahacai yang masih lagi kuat kepercayaan mereka pada penipuan pemimpin Pakatan Harapan...

Dalam tahun 2019 juga, kita dihidangkan dengan berbagai cerita merapu yang menyakitkan hati dari menteri Pakatan Harapan...



Suruh minum sawitlah, suruh tanam nenas kat pantailah, kereta terbanglah tapi yang paling epik ialah kes Semburit...



Ibarat irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan, macam tu lah Pakatan Harapan khususnya PKR dengan skandal seks yang menjijikkan memang tak boleh nak dipisahkan!!!

PDRM yakin laporan analisis berhubung ketulenan video semburit dan pengecaman wajah penyemburitnya akan diperolehi pada hujung tahun ini...🤔🤔🤔

PDRM akan dapatkan kepakaran badan bebas dari USA.

Kalau betul eloklah, tapi persoalannya, berapa lama pula Dr. Mahathir akan buat keputusan dan Peguam Negara Tommy Thomas untuk mengambil tindakan undang-undang?

Apakah tindakan dan keputusan ke atas kes video ini juga akan tertangguh 'again and again' hinggakan terlalu lama rasanya?

Filem Terhebat Pakatan Harapan Sepanjang Tahun 2019



Cuba kita hadamkan sama-sama 'game' yang Pakatan Harapan mainkan dalam isu Semburit nie.

11 Jun 2019

Satu video jijik semburit tersebar melalui aplikasi WhatsApp.

12 Jun 2019

Haziq Aziz buat kenyataan menerusi video di Facebooknya bahawa dia adalah individu yang terlibat dalam video semburit itu.

13 Jun 2019

Azmin Ali nafi terlibat dalam video semburit seks sejenis itu. Azmin tidak saman Haziq atau bersumpah muhabalah. Beliau kata wujudnya konspirasi dalaman parti PKR untuk menjatuhkan beliau tapi tidak berani untuk dedahkan.

PDRM sudah mulakan siasatan kes video semburit ini.

Haziq buat laporan di Balai Polis Kelana Jaya dan mendakwa dirinya diancam, diugut dan dimanipulasi oleh pihak tertentu.

Haziq juga dakwa sudah 3 kali lakukan seks dengan menteri. 

Hubungan seks sejenis jijik itu pernah dilakukan di Grand Continental Kuching 3 tahun lepas, selepas itu di Pullman Kuching semasa pemilihan parti pada Oktober tahun lepas dan di Grand Hyatt KL serta terbaharu di Fourpoints Sandakan bulan Mei.

14 Jun 2019

PDRM tahan Haziq di KLIA, Sepang. Berdasarkan tiketnya, Haziq dalam perjalanan ke Manila, Filipina.

PDRM ambil keterangan Timbalan Menteri Industri Utama.

15 Jun 2019

Haziq di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan. 

Kemudian dibebaskan.

24 Jun 2019

Azmin Ali serahkan kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya berikutan cabaran saman oleh Haziq Aziz. 

Sehingga ke hari ini senyap begitu sahaja.

28 Jun 2019

Sebuah klip video baharu yang memaparkan aksi jijik di antara Haziq Aziz dan seorang lelaki mirip Azmin Ali PKR naik ke laman web lucah hari ini.

3 Julai 2019

Lelaki menyerupai Haziq Aziz keluar daripada lif, dalam rakaman CCTV yang dikatakan daripada Hotel Four Points di Sandakan.

7 Julai 2019

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata, siasatan masih diteruskan dan belum ada sebarang keputusan. Hasil siasatan diserahkan kepada Ketua Polis Negara dan Muhyiddin. 

Kemudian, hasil siasatan tersebut akan dikemukakan kepada Dr Mahathir Mohamad untuk tindakan lanjut. 

13 Julai 2019

PDRM sudah hantar kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara sebanyak dua kali namun dikembalikan semula. 

Ketua Polis Negara kata pihak pejabat Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan itu kerana berpendapat ada elemen siasatan yang perlu dikemaskini.

14 Julai 2019

PDRM sudah mengenal pasti dalang utama terbabit penyebaran video itu. 

Dalang utama itu terbabit dalam satu pakatan atau konspirasi yang merancang rakaman berkenaan yang bertujuan mengaibkan dan menjatuhkan reputasi individu tertentu.

PDRM menahan Haziq dan 6 individu untuk siasatan lanjut.

16 Julai 2019

Ketua Polis Negara menyifatkan kontoversi video semburit banyak membuang masa polis dan hanya merugikan negara.

18 Julai 2019

Ketua Polis Negara mengesahkan video semburit Haziq Abdullah dan lelaki mirip Azmin Ali adalah tulen. 

Tapi beliau kata CyberSecurity tidak dapat pastikan pelaku dalam video itu.

23 Julai 2019

PDRM telah mengambil keterangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri bagi membantu siasatan kes video seks yang dikaitkan dengan Azmin Ali.

25 Julai 2019

Video ucapan Farhash Wafa, setpol Anwar Ibrahim di luar balai polis yang melaungkan 'Azmin Semburit'

Part itu dipotong oleh portal-portal pro-PH (BACA DAN LIHAT DI SINI).

2 September 2019

PDRM mengesahkan telah menghantar kes siasatan video semburit kepada Peguam Negara untuk dirujuk dan telah menerima beberapa arahan lanjut.

3 September 2019

Lokman Noor Adam beri keterangan di Pejabat Polis Bukit Aman. 

Beliau turut menyerahkan dua dokumen kepada polis iaitu ringkasan analisis forensik dan laporan penuh analisis forensik video lucah berkenaan oleh Verden Forensics yang berpangkalan di United Kingdom.

8 September 2019

Ketua Polis Negara beri jaminan bahawa siasatan kes video semburit tidak akan terkubur. PDRM sedang berusaha mengumpulkan bahan bukti.

25 September 2019

PDRM perlukan kepakaran pihak luar untuk menganalisa kandungan video semburit.

20 November 2019

PDRM sangat yakin laporan ketulenan video dan pengecaman wajah daripada pakar badan bebas di USA akan diperolehi pada hujung tahun ini.

1 Januari 2020

Confirm, rakyat Malaysia kena kencing sekali lagi dengan Polis Di Raja Mahathir!!!

Awal Tahun Dah Kencing Rakyat!!!



Siasatan polis dilihat lebih menjurus kepada siapa dalang yang menyebarkan video Semburit tersebut atau dan bukannya pelaku kepada salah laku seks luar tabiee yang dapat ditonton dalam video tersebut!!!

Majoriti rakyat tak peduli siapa yang menyebarkan video Semburit tapi rakyat nak tahu siapa pelaku Semburit tu!!!

Undang-undang Malaysia mempunyai peruntukan untuk mendakwa sesiapa yang disyaki melakukan seks luar tabie ke mahkamah melalui Seksyen 377(A) Akta Kanun Keseksaan tetapi kenapa hingga sekarang baik polis mahu pun Jabatan Peguam Negara masih membisu?

Apakah kes Semburit akan jadi satu lagi kes yang akan disorokkan ke bawah karpet oleh kerajaan Pakatan Harapan?

Kalau betul itu perancangannya, beritahulah terus terang supaya rakyat senang nak sakit hati.

Nie awal-awal tahun dah kencing rakyat!!!







Petikan tulisan :

Blog Dr. Novandri

0 comments:

fda

Archives