Saturday, January 4, 2020

Siapa Sebenarnya Yang Gagalkan Wawasan 2020, Tun Abdullah, DS Najib Atau Dr. Mahathir?


Penguasaan Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua telah menjangkau lebih 18 bulan.

Dan selama lebih 18 bulan inilah juga, Dr. Mahathir masih lagi menggunakan alasan DS Najib dan Tun Abdullah Badawi untuk melindungi korupsi, nepotisme dan kronisme yang sedang membarah dalam kerajaannya bersama-sama DAP.

Apa yang dilakukannya dari tahun 1981 sehingga 2003, kembali diulang dan Dr. Mahathir terpaksa mengulang-ulang cerita karangannya bahawa negara ini dimusnahkan oleh pemimpin terdahulu dan dia adalah penyelamat yang diutuskan Tuhan untuk rakyat Malaysia.

Sebahagian besar rakyat Malaysia masih percaya dengan pembohongan dan cerita dongeng Dr. Mahathir.

Terutama sekali yang membabitkan Najib Abdul Razak.


Begitu sekali kebencian mereka akibat fitnah yang berjaya ditanam oleh Dr. Mahathir dalam fikiran mereka sedangkan realitinya, DS Najib adalah Perdana Menteri Malaysia yang telah banyak membantu rakyat selepas ayahanda beliau Allahyarham Tun Abdul Razak.

Mereka juga menerima bulat-bulat bahawa sepanjang tempoh pentadbiran DS Najib dan Tun Abdullah Badawi, negara ini telah dimundurkan dan kedua-dua Perdana Menteri itu telah menggagalkan Wawasan 2020 yang diimpikan oleh Dr. Mahathir.


1981, ketika Dr. Mahathir berjaya menggulingkan Tun Hussein Onn, perkara pertama yang dilakukan oleh Dr. Mahathir adalah menjahanamkan semua entiti-entiti yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan Melayu seperti PERNAS, Permodalan MARA Berhad (PMB) yang banyak melibatkan perkhidmatan bas, pembinaan badan bas, lori MARA atau Kulit Kraf yang membekalkan kasut kepada anggota tentera, polis dan bomba.

Roti Mawar yang membekalkan roti kepada pelajar-pelajar ITM.

Kayu Sedia yang menyediakan rumah pasang siap.

MARA Travel yang menyediakan tiket penerbangan kepada pelajar-pelajar tajaan MARA dan berpuluh-puluh syarikat yang lain.

Kilang kain MARA, Kimma di Kajang.

Apa-apa sahaja berkaitan ekonomi Melayu-Bumiputera dan Islam yang dibangunkan pada zaman Tun Razak terutama membabitkan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan, semuanya dihancurkan termasuklah Bank Bumiputera Malaysia Berhad.

PETRONAS juga hampir dihancurkan dan kini pelacuran PETRONAS menjadi ketara menerusi gabungan Dr. Mahathir-Lim Guan Eng.

Kesemua ini hancur di tangan Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim apabila kesemuanya dibahagi-bahagikan sesama kroni mereka dan akhirnya lingkup, termasuklah Kompleks Kewangan.


Tanpa media sosial dan hanya bergantung kepada media-media utama zaman kekuasaan Dr. Mahathir tahun 1981-2003, kebanyakan rakyat tidak pernah tahu dan peduli tentang kegiatan 'bail-out' bernilai lebih RM60 bilion untuk menyelamatkan kroni dan lebih RM125 NPL menerusi DANAHARTA, DANAMODAL, CRDC dan DANASAHAM.

Dan seperti kata seorang netizen terkenal yang banyak terlibat dalam sepak terajang politik UMNO serta aktiviti syarikat-syarikat korporat berasaskan Melayu-Bumiputera dan umat Islam Malaysia, Roslan Latif :

"Nasib ada Petronas, EPF, KWAP dan syarikat tinggalan orang dulu, boleh jarah, boleh swasta, boleh gadai". 

"Yang dia buat semua hancur, Perwaja, Hicom, Proton, MEC, Cyberjaya, Silterra, Eagle Aircraft, Sogoshosha dan berpuluh lagi melibatkan lebih RM150 bilion."


Cerita tentang Mahathir dan pembohongannya memang panjang.

Lebih-lebih lagi apabila melibatkan perbandingan data dan fakta-fakta dari Bank Negara Malaysia dan Jabatan Statistik yang tidak akan sama sekali digunakan oleh Dr. Mahathir ketika dia menuduh Tun Abdullah Badawi dan DS Najib yang memundurkan negara ini.

Sebabnya, dia tahu, kalau rakyat celik dan meneliti data-data serta fakta-fakta tersebut, dia bukan sahaja akan dikutuk, malahan kuburnya juga nanti bakal jadi jamban atau tempat pembuangan najis kerana data-data tersebut menunjukkan yang menghancurkan negara ini adalah Dr. Mahathir manakala orang yang dia tuduh itu pula sebaliknya.

Namun, di era maklumat berada di hujung jari, masih ada lagi yang mahu mendengar cerita-cetita dongeng Dr. Mahathir.

Masih ramai lagi yang tak menyedari bahawa sebenarnya segala tuduhan, segala fitnah yang dilemparkan oleh Dr. Mahathir adalah untuk menutup segala nanah yang busuk hasil dari pekong Dr. Mahathir.

Apakah kita tidak terfikir, apakah tujuan sebenar pentadbiran Dr. Mahathir bersungguh-sungguh mahu memansuhkan Akta Anti Berita Palsu?


Pentadbiran Dr. Mahathir menyalak tentang integriti, ketelusan dan kejujuran tetapi mereka sendiri menggalakkan penipuan serta fitnah supaya berleluasa dengan termansuhnya Akta Anti Berita Palsu.

Pentadbiran Dr. Mahathir menyalak siang dan malam mengenai Rule of Law tetapi mereka sendiri menjalankan Rule of Jungle dengan melepas dan membebaskan tanpa sebarang alasan beberapa kes rasuah dan salah laku pemimpin Pakatan Harapan terutamanya DAP.

Di manakah pembelaan dan keadilan buat Allahyarham Mohd. Adib?

Pentadbiran Dr. Mahathir menyalak supaya rakyat ikat perut dan menyekat atau menghapuskan bantuan kepada golongan B40 dengan alasan negara mesti berjimat cermat tetapi mereka jugalah yang bermewah-mewah dengan pendapatan beratus ribu setiap bulan dan menggantikan kereta rasmi setiap menteri Pakatan Harapan dengan MPV mewah Vellfire yang berharga lebih dari RM350,000 setiap sebuah.


Sebenarnya bukan seperti Dr. Mahathir dakwa, yang menggagalkan Wawasan 2020 ialah Dr. Mahathir sendiri dan bukannya Tun Abdullah atau DS Najib.

Apakah Dr. Mahathir fikir rakyat Malaysia begitu senang diperbodohkan?


Petikan dari :

The Flying Kick Blogspot

0 comments:

fda

Archives