Wednesday, January 29, 2020

Sekali Lagi Waytha Moorty Memburukkan Malaysia Di Pentas Dunia Dengan Dakwaan Penganut Hindu Di Paksa Peluk Islam


Baru-baru ini, Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial di Jabatan Perdana Menteri, Senator Waytha Moorthy, telah menghadiri satu dialog anjuran Northern Ireland Council for Racial Equality(NICRE) bertempat di bangunan parlimen Northern Ireland, UK.


Agak menarik kerana Waytha Moorthy selaku seorang menteri dari Malaysia yang memegang potfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial diberi penghormatan untuk memberi ucapan pembukaan.

Waytha Moorthy menyampaikan ucapan aluan secara ringkas dan beliau sendiri seolah-olah agak terkejut dan tidak tahu dengan penghormatan yang diberikan ini (LIHAT VIDEO DI SINI).

Tidak banyak yang disentuh dalam ucapan beliau yang hanya berlangsung selama lebih kurang lima minit.

Apatah lagi beliau menegaskan bahawa beliau terpaksa meninggalkan majlis pada pukul 3.30 pm dan mempunyai masa kurang dari sejam.

Sedangkan majlis sepenuhnya patut berlangsung sehingga pukul 4.30 pm.

Setiap hadirin dibekalkan dengan 2 lampiran kertas :


》Satu mengenai tentatif majlis


》Satu lagi ialah profil Waytha Moorthy.

Oleh kerana ucapannya terlalu pendek maka kebanyakan hadirin hanya menggarab maklumat melalui lampiran yang disertakan.

Kebiasaan soal jawab majlis dialog adalah berdasarkan ucapan tetamu yang bercakap.

Malangnya kandungan ucapan beliau seolah-olah tiada.

Maka rujukan untuk bertanya hanyalah melalui maklumat profil yang dilampirkan.

Amat mengejutkan dengan maklumat yang tertera dalam profil seorang menteri dari kerajaan yang memerintah Malaysia hari ini.


Pada perenggan pertama lagi Malaysia digambarkan sebagai negara dengan undang-undang rimba yang tidak bertamadun.

Selebihnya silalah baca sendiri.

Ia jelas tidak relevan dengan kedudukan beliau sebagai seorang menteri yang memegang portfolio berkaitan.

Malaysia telah merdeka hampir 63 tahun dan satu pertiga darinya telah dipimpin oleh individu yang sama menjadi Perdana Menteri hari ini.

Waytha Moorthy seorang menteri dari JPM dengan latarbelakang seorang peguam sepatutnya tahu implikasi profil beliau mengenai pandangan luar terhadap Malaysia.

Beliau tidak membawa risalah Jabatan Perdana Menteri yang sepatutnya.

Apatah lagi Malaysia.

Ironinya, beliau menipu dunia dengan menggambarkan tahap diskriminasi yang teruk di Malaysia terhadap bangsa India dan beliau juga menggambarkan Malaysia adalah sebuah negara yang menjalankan undang-undang rimba terutamanya dalam menangani perkara yabg berkaitan dengan hak asasi kemanusiaan.

Apakah beliau dengan sengaja mahu melakukan kerosakan imej terhadap negara Malaysia melalui profil ini.


2 persoalan yang sangat menjatuhkan imej negara bila delegasi dari negara lain mengemukakan 2 persoalan :

》Apakah betulkah non Muslim di Malaysia dipaksa untuk memeluk agama Islam?

》Ajaran Islam apakah yang Malaysia amalkan dengan memaksa orang untuk memeluk agama Islam?

Tidak boleh disalahkan mereka kerana kenyataan dalam profil Waytha Moorthi bukan hanya sekadar membabitkan Malaysia bahkan ia melibatkan dakwaan palsu mengenai ajaran Islam yang merentasi sempadan.

Ia membabitkan dakwaan palsu mengenai ajaran Islam yang mempunyai pengikut sekitar 1.8 billion seluruh dunia.

Tiada dalam ajaran Islam untuk memaksa orang memeluk agama Islam.

Waytha Moorthi sepatutnya membawa mesej perdamaian, perpaduan dan kesejahteraan sosial untuk dikongsi oleh dunia luar.

Ia lebih patut dengan amanah dan jawatan yang anda pegang.

Sesuai dengan  Malaysia yang terkenal sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang hidup harmoni sejak sekian lama.

Bangsa-bangsa selain Melayu telah sedia diberikan hak malah dibiayai kerajaan untuk meneruskan pendidikan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Bandingkan jumlah kuil yang ada mengikut ratio penganut Hindu di Malaysia dengan negara-negara lain.

Kebebasan mengamalkan agama masing-masing.

Pelepasan cuti umum bersempena hari kebesaran berbanding negara lain.

Bagaimana sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia berbanding di negara lain?

Majlis dialog ini adalah berkaitan 'Hate Crime'.


Apakah Waytha Moorti lupa atau buat-buat lupa bahawa kematian Allahyarham Mohd. Adib adalah natijah dari 'Hate Crime'?

Atau Waytha Moorti adalah seorang pendukung 'Hate Crime'?

Ini bukanlah kali pertama Waytha Moorti menipu dunia dengan menggambarkan Malaysia mengamalkan undang-undang rimba terhadap penganut agama lain.


Kita tuntut supaya Dr. Mahathir lucutkan jawatan senator dan seterusnya jawatan Menteri Perpaduan Negara dan Keselamatan Sosial yang disandang oleh Waytha Moorti kerana beliau bukan saja telah membuktikan kebencian beliau kepada masyarakat Melayu Islam malah menipu dunia dan menghina Perlembagaan Negara.






Dari sumber asal :

Fb Nabir Othman

0 comments:

fda

Archives