Thursday, January 31, 2019

ECRL ON atau OFF, Dulu Kata RM10 Bilion Cukup?

|0 comments
Updated 9.56 am

Azmin Ali Umumkan Kerajaan Dah Muktamadkan Pembatalan Projek ECRL Dalam Mesyuarat Kabinet 24 Januari 2019



26 Januari 2019, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberitahu kerajaan telah memuktamadkan pembatalan kontrak dengan CCCC bagi projek ECRL yang di gantung pada Julai 2018 pada mesyuarat Kabinet 24 Januari 2019, dua hari sebelum itu...

Keputusan itu di ambil setelah meneliti semula kos dan mendapati ia terlalu besar serta di luar kemampuan kewangan kerajaan buat masa ini...

Lim Guan Eng Pula Kata Dia Terkejut Dengan Pengumuman Azmin


Dulu Guan Eng berjaya cetuskan fenomena TERKEJUT di Malaysia bila pertuduhan ke atas kes Banglo Talak Swimming Pool di gugurkan walau pun dah mula di bicarakan...

Mungkin syok dengan fenomena TERKEJUT, Guan Eng sekali lagi nak wujudkan fenomena yang sama dalam isu pembatalan projek ECRL...

Komen Guan Eng, Azmin tak ada dalam mesyuarat kabinet yang lepas (ponteng mesyuarat ke Jemin nie), jadi dia (Azmin), mungkin tak di maklumkan keputusan mesyuarat kabinet tu...

Ehhhh...

Kan ker Azmin kata pengumuman yang dia buat tu berdasarkan pada mesyuarat kabinet 24 Januari 2019...🤔🤔🤔

Maksudnya, dia memang di maklumkan tentang keputusan mesyuarat kabinet tu...😏😏😏


Mana satu betul nie...😇😇😇

Dr. Mahathir Cakap Dia Tak Tahu Sebab Baru Balik Dari Luar Negara



Bila di tanya pada Dr. Mahathir, dia bagi jawapan standard yang skema, "Saya Tak Tahu"...🤭🤭🤭

Tapi ada tambahan sikitlah, sebab baru balik dari luar negara...



Bila di tanya tentang surat rasmi bertarikh 18 Januari 2019 yang gunakan 'letter head' MOF di keluarkan oleh Lim Guan Eng pada Malaysia Rail Link Bhd (KTMB), memaklumkan keputusan kerajaan membatalkan projek ECRL adalah muktamad, Dr. Mahathir kata semua orang boleh bikin itu surat...😯😯😯



Jadi kepada semua rakyat Malaysia, kalau dapat surat saman dari PDRM atau JPJ atau dapat surat dari LHDN, sila abaikan, sebab tu tak 'official', ikut teori Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir, semua orang boleh buat surat rasmi macam tu kecuali kalau Ketua Polis Negara atau Ketua Pengarah LHDN yang datang beritahu, barulah rasmi dan sah...😂😂😂



Bila isu tentang ECRL nie di panaskan balik, kita nak tanya juga pada Dr. Mahathir, dulu masa baru balik dari negara China, Dr. Mahathir kata kerajaan Malaysia dapat tawaran dari syraikat2 negara China dan syarikat tempatan untuk teruskan projek ECRL dengan kos cuma RM10 billion jer... 



Apa tunggu lagi, teruskanlah!!!



Dulu lain (sebelum PRU 14)....

Ker auta jer sebab nak tunjukkan lebih bijak dan cekap dari Datuk Seri Najib...



Cheet, poodah...

Sampai Bila Kerajaan Pakatan Harapan Akan Keluarkan Kenyataan @ Keputusan 'Flip Flop'



Bila di tanya tentang pengumuman kerajaan yang tak konsisten tentang projek ECRL, alasan Dr. Mahathir kerajaan nie kerajaan baru...

Terbaru pulak, Dr. Mahathir cakap belum ada keputusan!!!

Apa dah jadi nie???

Yang Azmin cakap, mesyuarat kabinet dah putuskan untuk batalkan projek tu apa???

Menteri kanan Dr. Mahathir 'over ruled' Dr. Mahathir ker?

Nie bukan projek pondok2 budak tadika, nie projek mega yang bernilai berpuluh billion ringgit yang gunakan duit rakyat!!!

Keputusan projek sebesar nie di ambil tanpa dapatkan pandangan dan nasihat Perdana Menteri ker!!!

Benar, kerajaan Pakatan Harapan baru setahun jagung tapi Dr. Mahathir sendiri ada pengalaman sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, Azmin Ali ada pengalaman menjadi ketua kerajaan negeri Selangor selama 2 penggal dan Lim Guan Eng ada pengalaman sebagai ketua kerajaan negeri Pulau Pinang selama 2 penggal...

Selangor dan Pulau Pinang adalah 2 negeri termaju di Malaysia...

Apakah pengalaman sebagai ketua kerajaan Malaysia selama 22 tahun dan pengalaman sebagai ketua kerajaan negeri termaju di Malaysia selama 2 penggal belum cukup untuk mengelakkan mereka dari mengeluarkan kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain!!!

Malaysia benar2 sedang berada di ambang krisis ekonomi terburuk dalam sejarah negara ekoran dari dasar2 dan keputusan2 yang tak konsisten kerajaan Pakatan Harapan sejak mengambil alih Putrajaya...

Keputusan flip flop mengenai status projek ECRL PASTI akan memburukkan lagi keadaan ekonomi negara kerana mereka mengeluarkan kenyataan di atas kapasiti sebagai seorang menteri kanan Malaysia!!!

Kita imbas balik, berjuta2 lemon keputusan kerajaan Pakatan Harapan, cuma atas satu projek jer :

18 Januari 2019, Lim Guan Eng keluarkan surat pada KTMB dan maklumkan keputusan kerajaan batalkan projek ECRL...🤫🤫🤫

22 Januari 2019, media (FMT) buat lapuran tentang keputusan kerajaan batalkan projek ECRL...

24 Januari 2019, NST melapurkan Dr. Mahathir kata : "Tak tahu, aku tak tahu" bila di tanya tentang keputusan kerajaan batalkan projek ECRL dengan alasan baru balik dari OBERSEEE...😜😜😜

26 Januari 2019, 2 hari selepas Dr. Mahathir kata tak tahu tentang status projek ECRL, The Edge Market melapurkan Azmin sekali lagi mengesahkan kerajaan dah muktamadkan keputusan membatalkan projek ECRL...😉😉😉

26 Januari 2019, Malaysiakini pula melapurkan Lim Guan Eng cakap, "Waa manyak terkujut oh dengan apa yang Azmin cakap!!!"...😲😲😲

27 Januari 2019, The Malaysian Insight pula melapurkan Muhyiddin kata, "Tak pasti ler teman", bro tanya sala orang lerrr...😂😂😂

28 Januari 2019, Malaysiakini melapurkan, Dr. Mahathir kata, "Jangan tanya saya, tanya Ah Beng", macam merajuk jer bunyinyer...🤭🤭🤭

29 Januari 2019, Guan Eng kata, "Dr. Mahathir tak bagi keluarkan apa2 kenyataan mengenai ECRL", Ah Beng takut merajuk Atok93 berpanjangan kut...🤫🤫🤫

Keyakinan para pelabur akan terus hilang bila menteri kanan sendiri tidak sependapat dalam membuat keputusan yang mewakili kerajaan Malaysia...

Perlu di ingatkan, negara China ialah negara kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia...

Isu ECRL pernah membuatkan negara China marah dengan Malaysia dan bertindakbalas dengan memulaukan impot komoditi Malaysia...

Yang menderita dan merana hasil dari dasar2 BODOH dan keangkuhan kerajaan Pakatan Harapan ialah petani kecil dan peneroka FELDA!!!

Dapur mereka yang tidak berasap, anak2 mereka yang saban hari menangis kerana kelaparan, sedangkan Perdana Menteri dan menteri2 kanan yang membuat dasar2 dan keputusan2 BODOH masih tetap seronok mendapat gaji dan pendapatan belasan malahan puluhan ribuan ringgit sebulan...

Anak bini mereka masih boleh berseronok berbelanja dan membeli belah barang2 mewah!!!

Atau kekalutan yang berlaku nie kerana kroni2 desak untuk menaikkan kos pembinaan ECRL!!!

Ingat lagi tak teori BATAL, TANGGUH DAN NAIKKAN KOS kerajaan Pakatan Harapan!!!



Memang rakyat dah rasa muak pun dengan kerajaan 'flip flop' Pakatan Harapan!!!

Jadi tak payahlah Daim susah2 nak cover perangai 'consistantly unconsistent' kerajaan Pakatan Harapan!!!

Kepada kerajaan Pakatan Harapan, TAK PUAS2 LAGI KER MENYIKSA RAKYAT!!!




Wednesday, January 30, 2019

AG Tomato Benyek Di Perbodoh Bar Council

|0 comments

Pasukan peguam mewakili empat bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang di siasat oleh Tribunal Pilihan Raya hari ini berhubung dakwaan salah laku ketika mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, sedang mempertimbang untuk menyaman peguam negara, Tommy Thomas...

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata tindakan itu adalah kerana penubuhan serta persidangan tribunal itu tidak perlu di teruskan memandangkan Tommy Thomas mengetahui anak guamnya telah menghantar surat perletakan jawatan sekitar November 2018 dan perletakan jawatan itu berkuatkuasa pada 1 Jan 2019...

Beliau turut menyifatkan penubuhan dan persidangan tribunal itu sebagai suatu pembaziran terhadap peruntukan perbelanjaan negara.


Pengerusi Tribunal Khas Pilihanraya, Tan Sri Steve Shim, mengatakan ada 'two terms of reference' yang di bangkitkan iaitu :

》Untuk mengenal pasti jika ada berlaku salah laku (oleh bekas anggota SPR pada PRU14)...

》Menyingkirkan mereka (daripada SPR)...

Bagaimanapun, dalam hal ini, anak2 guam saya telah meletakkan jawatan maka kedua2 'terms of reference' tidak terpakai...

"Keadaan mungkin berbeza jika tribunal ini bersidang sebelum 1 Januari 2019"... 

"Tujuan tribunal hanya satu iaitu untuk tamatkan khidmat mereka, namun, orang dah letak jawatan tidak boleh di pecat" katanya kepada pemberita selepas persidangan tribunal itu di Kompleks Mahkamah di Klang, hari ini...

Kata beliau, "Jika sekalipun anak guamnya masih berkhidmat dengan SPR, mereka mempunyai imuniti seperti mana yang tertakluk di bawah Seksyen 6 Akta SPR 1957 daripada di dakwa di mahkamah berkaitan salah laku melainkan ia hanya di bangkitkan menerusi tribunal seperti itu"...



Di sebabkan itu, menurut Mohd Khairul Azam, persidangan tribunal itu selepas anak guamnya meletakkan jawatan di sifatkan sebagai suatu kekhilafan di buat oleh Tommy Thomas dan beliau sepatutnya bertanggungjawab ke atas segala kos yang di belanjakan bagi menjalankan tribunal itu...

Terdahulu, peguam M. Puravalen dari Badan Peguam yang membantu 5 anggota tribunal itu berkata dapatan daripada tribunal tersebut yang di tubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh 6 anggota SPR terbabit semasa penyediaan dan pengendalian PRU14 tahun lepas, berkemungkinan di tafsir sebagai 'akademik' memandangkan ke semua mereka telah meletak jawatan...

Kronologi Penubuhan Tribunal Pilihanraya



Kronologi penubuhan Tribunal Pilihanraya yang terdiri dari hakim2 Mahkamah Persekutuan iaitu Steve Shim Lip Kiong (Pengerusi Tribunal), Zaleha Zahari,  Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha dan Dr Prasad Sandosham Abraham dan mereka telah di lantik oleh Yang Di Pertuan Agong mengikut Perkara 114(3), 125(3) dan 125(4) Perlembagaan Persekutuan...

》SPR yang kendalikan PRU 14...

》BERSIH mengadu kepada Perdana Menteri bahawa wujud salah laku di pihak SPR ketika mengendalikan PRU 14...

》Perdana Menteri minitkan surat aduan BERSIH berkenaan kepada Peguam Negara (AG)...

》Peguam Negara (AG) menasihatkan Perdana Menteri untuk menubuhkan Tribunal Khas bagi memecat anggota SPR...

》Peguam Negara (AG) MERAHSIAKAN dari pengetahuan Perdana Menteri bahawa ke semua anggota SPR berkenaan telah meletakkan jawatan...

》Peguam Negara (AG) membiarkan Perdana Menteri mengadap Timbalan YDPA dan mempersembahkan representasi kepada Timbalan YDPA bahawa satu Tribunal Khas perlu di wujud kan untuk menyiasat salah laku dan jika benar wujud salah laku berkenaan maka kesemua 6 anggota SPR berkenaan harus di pecat...

》Selepas Perdana Menteri menasihati Timbalan YDPA untuk menubuhkan tribunal ini, Timbalan YDPA telah berkenan untuk bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri...

》Peguam Negara (AG) masih MERAHSIAKAN dari pengetahuan Perdana Menteri bahawa ke semua 6 orang Anggota berkenaan telah meletakkan jawatan...

》Peguam Negara (AG) GAGAL menasihatkan Perdana Menteri bahawa tribunal tidak boleh memecat mereka yang telah meletakkan jawatan...

Tribunal yang di tubuhkan di bawah Perkara 125(3) hanya mempunyai 1 kuasa iaitu kuasa memecat...

DI BAWAH PRINSIP RULE OF LAW, SESEORANG YANG TELAH MELETAKKAN JAWATAN TIDAK LAGI BOLEH DI PECAT!!!

DISEBABKAN TRIBUNAL INI TIDAK LAGI BOLEH MEMECAT JADI TIADA ASAS UNDANG2 UNTUK TRIBUNAL INI MENYIASAT SEBARANG ADUAN SALAH LAKU KERANA IANYA MEMBUANG MASA TRIBUNAL KERANA AKHIRNYA TAK BOLEH PECAT ORANG YANG TELAH MELETAK JAWATAN!!!

Peguam Negara (AG) sekali lagi GAGAL menjalankan tugas perlembagaan beliau untuk menasihati Timbalan YDPA dan memaklumkan kepada baginda bahawa sebenarnya pada tarikh perkenan tuanku itu, kesemua Anggota SPR berkenaan telah meletakkan jawatan...

Pertama Kali Dalam Sejarah Perundangan Malaysia, Tribunal Khas Di Tubuhkan Untuk MEMECAT Orang Yang Telah Letak Jawatan!!!


Sewaktu Tribunal Khas 5 orang bekas Hakim Mahkamah Persekutuan bersidang, pengerusi Tribunal, Tan Sri Steve Shim, membangkitkan pertanyaan kepada wakil Peguam Negara yang di wakili peguam kanan, M. Puravalen, bahawa panel di fahamkan kesemua 6 orang responden telah meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 Januari 2019 dan sama ada tribunal ini masih relevan...

Peguam M. Puruvalen bangun dan menyatakan bahawa terma rujukan yang di nyatakan telah menjadi akademik dan sememangnya TRIBUNAL INI TIDAK BOLEH DI TERUSKAN...

Peguam2 yang mewakili kesemua responden juga bangun dan turut menghujahkan bahawa tribunal ini tidak lagi boleh berfungsi mengikut terma rujukan...

Hakim2 yang menganggotai tribunal berkali2 bertanya kepada wakil Peguam Negara (AG) di dalam mahkamah "THEN WHY WE ARE HERE?"

Peguam M. Puruvalen dengan penuh kesipuan memohon maaf berkali2 kepada panel kerana telah membazirkan masa banyak pihak...

Mahkamah di tangguhkan jam 12 tengahari dan satu tarikh lain akan di tetapkan untuk keputusan...


Jika Peguam Negara (AG) menasihatkan Perdana Menteri dan Timbalan YDPA dan tidak menyembunyikan maklumat ini dari pengetahuan Perdana Menteri dan Timbalan YDPA maka besar kemungkinan tidak wujud KESIPUAN pada hari Persidangan Tribunal seperti yang telah berlaku...

Perjalanan Tribunal yang di anggota 5 orang Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan (Mahkamah tertinggi negara) telah berlangsung dengan keadaan penuh kesipuan kerana masing2 memahami bahawa prosiding ini adalah hasil dari KECUAIAN DAN KESILAPAN PEGUAM NEGARA (AG) yang gagal menjalankan tugas beliau...

Di sebabkan itu, yang melakukan salah laku sekarang adalah Peguam Negara (AG) dan suatu Tribunal Khas perlu di bentuk di bawah Perkara 125(3) Perlembagaan untuk memecat Peguam Negara (AG)...






Kredit :

》Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
0129770412


》https://m.malaysiakini.com/news/462042

Tuesday, January 29, 2019

ADUN Cina PKR Tak Boleh Terima Di Tegur Ketua Melayu PKR

|0 comments
Pemimpin Cina Laungkan Kembali Perkataan MELAYU BODOH Dan MELAYU SAKAI MASUK HUTAN Yang Pernah Mencetuskan Tragedi 13 May 1969


PEMIMPIN CINA PARTI KERAJAAN MASIH MENGAMALKAN SIKAP RASIS WALAU PUN BERADA DALAM PARTI YANG SAMA!!!

Bila seorang pemimpin bertelagah dengan pemimpin lain yang datangnya dari parti yang berbeza, ianya bukanlah satu perkara yang pelik...

Kita boleh buat tanggapan perselisihan faham itu adalah di sebabkan oleh dokongan idealogi politik yang berbeza...

Tapi bila 2 pemimpin dari parti yang sama tetapi berlainan bangsa, bertelagah hingga hampir mencetuskan pergaduhan, maka ianya sesuatu yang memeranjatkan, apatah lagi bila punca pertelagahan itu adalah kerana sifat perkauman yang menebal di dalam diri mereka...



Dr. Mahathir sendiri pernah mengatakan secara terbuka mengenai sikap rasis sebahagian pemimpin Cina terutamanya dari DAP...

Kita sangka, selaras dengan peredaran masa dan kematangan berpolitik, sikap rasis kebanyakan ahli politik akan hilang...

Namun sangkaan kita meleset kerana sikap rasis DAP telah melahirkan ratusan malah ribuan Lim Kit Siang sama ada dari DAP atau pun parti politik yang lain...

Sikap Rasis Sebahagian Besar Pemimpin Berbangsa Cina Membunuh Perpaduan Kaum


Insiden yang berlaku antara jam 9:30 sehingga 10:30 pagi, baru2 nie di Restoran Maya, Jalan Beserah, Kuantan tidak kurang hebatnya...

Insiden tersebut membabitkan ahli MPP PKR yang juga Pengerusi PKR merangkap Adun Bandar, Terengganu, Azan Ismail dengan ADUN Semambu, Lee Chean Chung...

Semuanya bermula apabila Azan menegur Lee Chean Chung berhubung isu menghina sidang DUN pada 19 November 2013 dengan menyatakan bajet tambahan yang di bentangkan oleh Menteri Besar adalah bajet palsu...

Azan Ismail menyatakan, perbuatan Lee Chean Chung itu hanya akan memburukkan imej parti PKR sekaligus menunjukkan betapa bodoh dan gelojohnya mereka yang di pilih menjadi pemimpin PKR...

Azan turun menasihati Lee Chean Chung agar bertindak secara profesional dan bukannya bertindak mengikut perasaan...

Rupa2nya teguran tersebut tidak dapat di terima oleh Lee Chean Chung...

Berlakulah pertikaman lidah antara Azan dan Lee Chean Chung...

Saksi menyatakan, Lee Chean Chung tidak dapat menerima teguran Azan Ismail kerana AZAN ISMAIL ADALAH MELAYU...

Ketika bertikam lidah, Lee Chean Chung secara sengaja telah mengejek Azan dengan menyatakan, MELAYU SEMUANYA BODOH dan memberitahu kalau bukan kerana sokongan Cina, Azan dan Anwar Ibrahim tidak mungkin berada pada kedudukan sekarang...

MELAYU SAKAI MASUK HUTAN menyebabkan Azan hilang sabar dan cuba bertindak menampar Lee Chean Chung kerana bermulut celupar...

Tetapi seorang rakannya berjaya menenangkan Azan.

Berbeza pula dengan rakan Lee Chean Chung, juga seorang Cina...

Apabila melihat Azan mulai kendur, telah mengangkat kerusi dan cuba menghentam kepala Azan...

Mujurlah seorang pelanggan yang ada di situ, yang turut menyaksikan pergaduhan antara kedua2 pemimpin PKR berlainan bangsa itu, berjaya menangkap kerusi berkenaan sebelum sempat menghentam kepala Azan Ismail...

Apabila menyedari pergaduhan mereka telah menarik perhatian para pelanggan dan orang ramai selain turut di minta oleh pemilik restoran agar menunjukkan sikap sebagai pemimpin, kedua2 pemimpin PKR itu berlalu meninggalkan restoran...

MELAYU BODOH dan MELAYU SAKAI MASUK HUTAN merupakan punca pergaduhan tersebut...

Tanggapan hodoh dan hina terhadap orang Melayu oleh Lee Chean Chung pula menjadi punca kemarahan dan reaksi spontan Azan Ismail yang mahu menampar mulutnya...

Manakala sikap tidak boleh menerima teguran daripada seorang Melayu walaupun menganggotai parti yang sama, menjadi punca Lee Chean Chung hilang hormat kepada ahli MPP PKR yang pernah menjadi Ahli Parlimen Indera Mahkota...

Hanya Barisan Nasional Mampu Membendung Sifat Rasis


Terbukti kerajaan Pakatan Harapan gagal untuk menyuburkan semangat perpaduan...

Kalau di kalangan pemimpin mereka sendiri masih tebal dengan sikap perkauman, maka tidak mustahil satu masa nanti, semangat perpaduan yang telah di suburkan oleh mantan kerajaan Barisan Nasional selama 61 tahun akan musnah...

Benar, negara pernah mengalami Tragedi 13 May 1969 akibat dari runtuhnya semangat perpaduan antara kaum, namun puncanya ialah kerana sikap perkauman yang menebal di kalangan pemimpin DAP seperti yang tertulis di dalam Lapuran MAGERAN Tragedi 13 Mei 1969...

Memetik kata2 Dr. Mahathir : "Sepatutnya semua kaum harus menyokong Barisan Nasional kerana hanya Barisan Nasional yang mampu memberikan pertimbangan yang waras kepada semua kaum"...

Maka ingatlah pesanan Dr. Mahathir ketika mengundi di PRK DUN Semenyih nanti...



Kredit :

http://beliabangkit.blogspot.com/2014/01/gaduh-2-adun-pkr-bertumbuk-di-khalayak.html

PRK DUN Semenyih : Dr. Mahathir Semakin Tersepit

|0 comments

PRK DUN Semenyih akan di adakan pada 02 Mac 2019...

Penamaan calon pila akan di adakan pada 16 Februari 2019 dan pengundian awal pula akan di adakan pada 26 Februari 2019...

Tempoh berkempen akan di adakan selama 14 hari bermula dari hari penamaan calon sehingga jam 11.59 pm 01 Mac 2019...

PRK Semenyih di adakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Bakhtiar Mohd. Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari 2019 yang lalu...


Pada PRU 14 yang lalu, Allahyarham Bakhtiar yang mewakili PPBM memperolehi 23,428 undi dan menewaskan calon Barisan Nasional, PAS dan PSM dalam pertandingan 4 penjuru dengan majoriti 8,964 undi...

Kekalahan Dalam PRK Cameron Highland Menyebabkan Kegawatan Dalam Pakatan Harapan


Di PRK Cameron Highland, calonnya ialah dari parti dominan dalam PH, iaitu DAP...

Tidak hairanlah waktu kempen di PRK Cameron Highland tempoh hari, semua pemimpin utama PH di arahkan untuk turun berkempen untuk memenangkan M. Manogaran, calon dari 'parti abang besar PH, iaitu DAP'...

Antara yang bertungkus lumus ialah jentera pilihanraya dan pemimpin PPBM...

Maka tidak menghairankan seandai PPBM mengharapkan DAP dapat membalas budi mereka di PRK DUN Semenyih...

Lebih2 lagi dengan ramainya pengundi2 Cina di DUN Semenyih, maka peranan DAP di lihat sebagai sangat penting...

Sebagaimana yang kita tahu, kekuatan PPBM bergantung sepenuhnya pada Dr. Mahathir dan kekuatan Dr. Mahathir pula bergantung pada DAP...

Selagi Dr. Mahathir masih mendapat sokongan dari DAP, maka PPBM akan terus wujud dan sekiranya Dr. Mahathir tidak mendapat sokongan DAP, maka PPBM pun akan jadi sejarah...

Dr. Mahathir Tersepit Di Antara Mengharap Sokongan Dan Tekanan Dari DAP


Dr. Mahathir ialah seorang pemimpin yang tinggi egonya dan tidak sekali2 merasa selesa berada di bawah telunjuk orang lain...

Namun dalam masa yang sama, beliau sedar bahawa pengaruh PPBM adalah terlalu kecil dalam PH...

Tentu kita masih ingat, bagaimana Dr. Mahathir pernah menyatakan apa yang terbuku di hatinya dalam ucapan beliau di Terengganu dahulu...


Ucapan Dr. Mahathir yang membuka tembelang DAP telah menimbulkan kemarahan DAP...


Memburukkan keadaan, ada pendapat yang mengatakan bahawa Dr. Mahathir TIDAK BERDUKACITA dengan kekalahan calon DAP dalam PRK Cameron Highland...

Apakah DAP akan membalas dendam dan mahu menunjukkan kepada PPBM terutamanya Dr. Mahathir tentang siapa yang lebih berkuasa dan siapa yang mesti terus tunduk kepada siapa!!!

Maka kemungkinan DAP menggunakan PRK DUN Semenyih untuk 'mengajar' Dr. Mahathir adalah besar...

Pergolakan Dalam PKR Menjadikan Dr. Mahathir Lebih Tersepit Dalam Menghadapi PRK DUN Semenyih


Perpecahan Geng Kartel Azmin dengan Geng Reformasi Anwar/Rafizi bukan lagi menjadi rahsia dalaman PKR...

Keadaan menjadi tegang bila Anwar mengumumkan akan melantik Rafizi sebagai Naib Presiden PKR setelah tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR di tangan Azmin...

Pengumuman itu dengan segera mendapat respon panas dari kem Kartel Azmin...


Sokongan secara terbuka Azmin Ali terhadap Dr. Mahathir selaku perdana menteri, pasti mengecilkan hati geng reformasi Anwar yang mengharapkan agar Dr. Mahathir mengotakan janji beliau untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar yang dah puluhan tahun berada di JABATAN BAKAL PERDANA MENTERI...


Apa yang tersirat dalam sokongan terbuka Azmin kepada Dr. Mahathir ialah memperkukuhkan kekuatan dan kedudukan beliau dalam hierarki yang mengatasi Anwar Ibrahim...

Dalam masa yang sama, Anwar sendiri di lihat semakin di pinggir dalam pentas politik negara...

Terbukti apabila kempen beliau dalam PRK Cameron Highland hanya mendapat sambutan 'SEJUK BEKU' dari orang ramai...

Namun dalam PRK DUN Semenyih, PPBM amat memerlukan sokongan PKR terutamanya dari Geng Kartel Azmin kerana DUN Semenyih berada dalam negeri Selangor yang di kenali sebagai kubu kuat Geng Kartel Azmin...

Kedatangan Anwar ke DUN Semenyih pasti tidak akan di senangi oleh Geng Kartel Azmin dan untuk memanggil Azmin turun berkempen tanpa Anwar sudah pasti menimbulkan tandatanya tentang kesediaan Dr. Mahathir untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar!!!

Kerjasama Yang Bertambah Erat Antara UMNO Dan PAS Membuatkan Dr. Mahathir Lagi Tertekan Menghadapi PRK DUN Semenyih


Dalam satu rakaman video, penyokong2 tegar PAS menyuarakan betapa mereka sebak dan sayu kerana benteng perpecahan antara UMNO dan PAS kini telah dapat di runtuhkan...

Mereka seru agar momentum yang sama terus berlangsung di PRK Semenyih dan sehingga ke PRU yang akan datang...

Ada antara mereka yang begitu sebak dan tak sangka yang mereka akan mengundi BN setelah memusuhi BN sekian lama...

Malah ada yang menangis kerana memangkah BN setelah 60 tahun memerangi BN...

Kita berharap agar penyokong2 PAS menyedari, UMNO yang di benci mereka sejak sekian lama BUKAN UMNO era DS Najib Razak...

UMNO itu adalah UMNO di bawah Dr. Mahathir yang kini berada di Pakatan Harapan!!!

Demikianlah apa yang Allah tentukan bagi umat Islam Malaysia...


Kemenangan PH yang di dominasi DAP tersembunyi hikmah bagi umat Islam kerana ianya membuka ruang yang seluas2nya untuk umat Islam bersatu di Malaysia...

Ayuh kita bersatu memenangkan ummah!!!


Lagi senang dan aman jiwa pangkah BN dari pangkah DAP semasa PRU 2008 dan 2013 dulu...

BN ni orang Islam juga pemimpinnya...

Pergeseran antara Dr. Mahathir dengan DAP, pergeseran antara Geng Kartel Azmin dan Geng Reformasi Anwar serta pergeseran antara UMNO dan PAS selama lebih 2 dekad berpunca dari sesusuk tubuh bernama Dr. Mahathir...

Dan sekarang beliau sedang di himpit oleh masaalah2 yang berpunca dari beliau terutamanya di saat menjelangnya PRK DUN Semenyih...

Benar, sekiranya BN berjaya merampas DUN Semenyih dari PH/PPBM, kerajaan Selangor tetap berada dalam penguasaan PH...

Tetapi sekiranya calon PH/PPBM tewas kepada calon BN/UMNO, maka yang akan paling terkesan ialah Dr. Mahathir kerana calon dari parti Perdana Menteri Malaysia tewas kepada calon dari parti pembangkang...

Maka :

》Akan terjawablah soalan benarkah DAP juga TIDAK BERDUKACITA di atas kemenangan calon BN sebagai membalas balik TIDAK BERDUKACITAnya Dr. Mahathir di atas kekalahan calon PH/DAP di PRK Cameron Highland...

》Apakah Dr. Mahathir akan mengenepikan Anwar dengan meminta bantuan dari Geng Kartel Azmin untuk kempen PRK DUN Semenyih?


》Dan yang paling penting, biarlah Dr. Mahathir tersepit dengan permainan politiknya sendiri tapi bagi UMNO dan PAS, kukuhkan lagi kerjasama antara 2 parti Islam di Malaysia supaya ugama Allah swt dan bangsa Melayu serta Bumiputera akan terus di bela di negara tercinta ini...

Monday, January 28, 2019

Tentera Media Kadir Jasin Berfikiran Zaman Batu

|0 comments

Akhbar New Sunday Times di bawah NST Group tidak menyiarkan walau sepatah perkataan pun kemenangan BN pada PRK Cameron Highlands pada muka depan akhbar itu...

Ia agak menghairankan...

Berita yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia, seperti tiada nilainya bagi NST...

Ketika media lain menyajikan sama ada sekadar cebisan, kecil mahu pun besar berita keputusan PRK itu, NST kelihatan mahu menyorokkan berita tersebut...


Tetapi sekiranya Pakatan Harapan menang walaupun tipis, pasti ia akan menjadi laporan penuh muka depan melimpah ke muka belakang (wrap around)...


Segala janji pengurusan baru editor NST Group di ketuai Mustapha Kamil untuk lebih terbuka dan adil, hanyalah retorik kosong...

Sebelum di lantik menjadi Ketua Editor (semasa berada di luar NST), beliau ghairah menuduh media arus perdana termasuk NST sudah tiada kredibiliti dan menjadi alat kerajaan...

Malah Mustapha seperti juga Datuk Kadir Jasin kerap menuduh pengamal media arus perdana sebagai pemakan dedak...

Kini tanpa rasa malu, mereka menjilat ludah sendiri...

Siapa yang menjadi alat kerajaan, siapa yang sudah hilang wibawa, siapa yang tabur janji palsu dan siapa sebenarnya pemakan dedak?

Ini bukan kali pertama NST sejak di bawah teraju Mustapha (yang di lantik oleh kerajaan Pakatan Harapan) tidak objektif, tidak adil dan tidak seimbang dalam laporannya...

Hampir saban hari itu yang berlaku, penuh ampu dan bodek sehingga muntah untuk membaca NST dan juga Berita Harian (di bawah Kumpulan NST)...

Elemen kritis apatah lagi keberanian untuk mempersoalkan serta membantah banyak kepincangan kerajaan, langsung tiada...

Mustapha hanya ikut telunjuk Kadir dan Dr. Mahathir...

Inilah kebebasan dan keterbukaan media di bawah era Malaysia Baharu, yang sebenarnya berundur ke belakang...

Amatilah betapa hodohnya kebebasan media mengikut Pakatan Harapan...

Ketika berkuasa, mereka lebih buruk daripada kerajaan BN...

Tidak kurang memalukan adalah laporan Bernama yang tidak lagi profesional dan bebas sebagaimana sebelum ini...


Terdapat beberapa laporan Bernama seperti laporan Roket iaitu organ media DAP...

Bernama sebagai agensi berita tidak sepatutnya memihak secara ketara...

Contohilah agensi berita negara2 lain...


Inilah masalah apabila pengerusinya, Datuk Seri Azman Ujang terlampau bermain politik, oportunis dan menjadi lalang yang mudah di tiup angin...


Dahulu ketika era BN, beliau licik membodek dan kini pada era Pakatan Harapan, lagi galak membodek malah menjadi suara DAP...

Ramai wartawan dan staf Bernama, kecewa melihat hilangnya kredibiliti Bernama sekarang...


Satu lagi media yang mengecewakan adalah Astro Awani...

Sentiasa ada sahaja usaha untuk menafikan BN dan Pas sebaliknya menjadi alat Pakatan Harapan secara terang2an...

Kemenangan BN di Cameron Highlands semalam misalnya di laporkan secara sinikal dan angle yang menampakkan seolah2 ia bukan kemenangan sebenar...

Mereka lupa dalam demokrasi menang apatah lagi majoriti besar adalah kemenangan kepada rakyat dan demokrasi...

Hormatilah keputusan rakyat...

Nampaknya Kumpulan NST, Bernama dan Astro Awani kini bukan lagi berorientasikan rakyat tetapi menjadi alat kerajaan semata2...

Memalukan dan tiada kelas!!!

Dengan NST, Bernama dan Astro Awani semakin tidak relevan, rakyat akan lebih banyak beralih kepada media sosial sebagai sumber rujukan...

Dengan kata lain, apa yang di lakukan oleh media arus perdana yang menyokong kerajaan secara taksub akan makan diri...

Sejarah telah membuktikan dan belajarlah daripada sejarah...

Baca berita selanjutnya di;
https://www.editormalaysia.com/7499/



Kredit :

Fakhrul Mohd. Salihin

Kemenangan Di Cameron Highland Adalah Anugerah Allah SWT Kepada Penyatuan Ummah

|0 comments

Agenda penyatuan ummah antara Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam PRK P078 Cameron Highlands menjadi penyumbang utama kepada kemenangan calon BN di kerusi Parlimen itu...

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerjasama dan bantuan daripada PAS amat jelas sekali apabila pengundi yang memberi undi kepada parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) lalu memberi kepercayaan kepada BN...

"Ini jelas menerusi peti2 undi yang sebelum ini di menangi PAS tetapi di atas kerjasama 2 parti BN khususnya UMNO dan PSS, dapat membuahkan hasil"...

"Ini strategi yang amat baik dan kita akan teruskan strategi dan kerjasama ini untuk kita pastikan agenda penyatuan ummah di negara ini dapat terus di perkasakan" katanya...

PAS Pahang Hargai Amilin Petugas PRK P078 Cameron Highland



Segala puji bagi Allah swt, Rabb Yang Memelihara Sekelian Alam, Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw juga ke atas keluarganya, para sahabatnya serta mereka yang beriman dan beramal soleh di sepanjang zaman...

PRK Cameron Highland telah berlalu dengan begitu sengit, menyaksikan kemenangan calon BN menumpaskan calon PH...

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas2 PAS yang bertungkus lumus bekerja sepanjang tempoh berkempen...

Ketaatan kepada arahan pucuk pimpinan berasaskan kepada perjuangan untuk memilih calon yang lebih menepati aspirasi Islam dan semangat solidariti untuk menguatkan pembangkang di dalam Dewan Rakyat ahli PAS turut ke medan PRK berkempen bagi membantu calon BN Ramli Mohd Nor sehingga di umumkan kemenangannya semalam...

PRK ini juga mencatatkan sejarah baharu dalam dunia politik Malaysia sekali gus juga menjadi pengalaman berharga bagi ahli PAS bila bekerja untuk membantu calon BN yang telah sekian lama bertembung di medan politik, namun apabila kepentingan Islam di letakkan di hadapan, ahli dan petugas PAS sanggup menghadapi segala bentuk kesukaran dan cabaran...

Saya mengharapkan agar, kerjasama yang di ikat demi kebaikan Islam dan negara ini dapat di ikat dengan lebih erat tidak mengira apa jua parti politik, bukan sahaja BN malahan parti2 lain termasuk PH, agar Islam dan Negara bertuah ini dapat terpelihara dengan sebaik2nya di samping tidak mendiskriminasikan bangsa dan penganut agama lain yang juga mempunyai hak di negara bertuah ini...

Saya juga melihat bukan sahaja pengundi Melayu Islam sahaja malahan juga bangsa lain seperti Orang Asal, Cina dan India juga membantu jentera dan memberikan undi kepada calon BN, kerana itu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) mestilah di jadikan sebagai syiar dan amalan kerana ini adalah pendekatan yang akan mengikat rasa persaudaraan, mempercayai dan menghormati antara satu sama lain...

Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua petugas PAS, semoga Allah swt balasi susah, payah, jerih dan segala bentuk kesukaran yang di hadapi dengan kebaikan di dunia dan akhirat...

Bersyukurlah Dan Angkat Wajahmu Dengan Bangga, Wahai Pemudaku 



26 Januari 2019, akan terpahat sebagai tarikh yang amat bersejarah dan pastinya akan di kenang...

Setelah pelbagai cabaran yang kita terpaksa harungi, bermula dengan PRU14 dan beberapa siri PRK yang lain, malam ini kita berjaya buktikan UMNO dan Barisan Nasional mampu bangkit kembali meraih sokongan rakyat dengan pertolongan Allah SWT jua, ALHAMDULILLAH!!!

Sahabat2 Pemuda UMNO...

Apabila nama YB Tuan Ramli di umumkan malam tadi, sebak hati mengimbau susah senang kita bersama sepanjang di Cameron Highlands... 

Dari ceruk2 pedalaman pos2 Orang Asli di Sinderut, Lenjang dan Titom ke rumah2 peneroka di Sungai Koyan, ke kampung2 tradisional Keledek dan Lubuk Kulit hinggalah ke kawasan tumpuan pelancong di Tanah Rata... 

Saya bangga kerana pasti akan ada Pemuda UMNO di sana istiqomah, bersemangat mengerah tenaga dan terus setia berkampung meninggalkan keluarga tersayang demi sebuah perjuangan...

Justeru sahabat2 Pemuda UMNO...

Malam ini kita buktikan bahawa pengorbanan ikhlas untuk sebuah perjuangan mampu membeli jiwa rakyat...

Malam ini kita menyaksikan perjuangan parti melangkaui kebendaan, duit mahupun pangkat...

Malam ini kita buktikan biar apa pun kekuatan kerajaan PH untuk menekan kita, kita masih mampu hadapinya dengan cekal untuk kembali bangkit...

Malam ini kita tunjukkan kepada dunia, bahawa Pemuda UMNO TELAH BANGKIT dengan penuh kerendahan diri namun berjiwa besar untuk kembali membela parti dan rakyat...

Kemenangan ini adalah kemenangan yang teramat manis buat kita semua...

Terima kasih pada semua jentera Pemuda UMNO dari seluruh negara yang telah bertungkus lumus untuk memastikan Cameron Highland kita kekalkan biru BN...

Terima kasih kepada jentera Pusat, Negeri, Bahagian, sayap2 Wanita dan Puteri...

Kemenangan ini hasil kerja sepasukan yang mantap, tanpa kesepaduan ini, kejayaan kita tidak mungkin mampu di perolehi...

Terima kasih jua pada sahabat2 PAS kita yang bersama2 di dalam PRK kali ini... 

Di harapkan kemenangan pada kali ini menjadi asas kukuh untuk kerjasama utuh bagi mempertahankan agenda Islam dan Melayu di negara kita...

Wahai saudara2 Pemuda UMNO ku...

Angkat wajahmu dengan bangga... 

Ini hanyalah salah satu dari tanda KEBANGKITAN KEMBALI kita... 

Kita perkukuhkan gerak kerja kita... 

Model untuk berjaya sudah ada... 

Kita cuba perbaiki dan terus perbaiki agar kita lebih bersedia untuk menjadi pembangkang berwibawa demi Rakyat dan Negara...

PERJALANAN KITA MASIH PANJANG DAN PASTINYA MAKIN BERLIKU...

Tetapi untuk malam ini, bergembiralah dan nikmatilah kemanisan kemenangan yang cukup bergaya...  

Jangan alpa dan leka, terus perkuatkan hubungan dengan Allah swt kerana hanya padaNya kita panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga, dan hanya padaNya jua kita bergantung harap...

Sesungguhnya Allah swt jua PENENTU SEGALA2NYA...

Syabas Kepada Semua



Kekalahan PH di PRK P078 Cameron Highland mencapai beberapa MATLAMAT dan memungkinkan beberapa KEMUNGKINAN :

1. BN dapat akhiri 'losing streak'...

2. Orang Asli pertama menjadi Ahli Dewan Rakyat...

3. Kaum Cina dapat luahkan protes terhadap Lim Guan Eng dan DAP berhubung kelembapan ekonomi dan impak kesilapan hubungan dengan Singapura kepada pekebun sayur di tambah dengan penyelesaian isu tanah TOL oleh MB...

4. PPBM dapat kekang tambahan kekuatan DAP (kemungkinan sebab Dr. Mahathir 'overkill' di Sungai Koyan dan 'hamper' malam terakhir kempen secara terbuka)...

5. PKR aka Anwar dapat kenakan tekanan terhadap Dr. Mahathir untuk lepaskan jawatan (Anwar sengaja over terhadap Najib)...

PKR mungkin sabotaj PPBM di Semenyih untuk naikkan Anwar...

Tapi orang Azmin yang kuat di Semenyih, maka boleh berlaku pertembungan sesama PKR...

6. Petanda politik kaum India mungkin terkesan akibat silap mainan politik, tindak tanduk Waytha (diam saja utk PRK) dan Seafield...

7. DAP aka Cina mungkin membalas untuk sabotaj PPBM di PRK Semenyih jika mereka yakin telah di sabotaj di Cameron Highland...

Bagi UMNO, kemenangan ini mestilah di jadikan sebagai titik permulaan kepada perjuangan untuk bangsa dan agama...

Bagi UMNO dan PAS, kemenangan ini mestilah di jadikan titik penyatuan ummah setelah lama bertelagah...

Bagi parti2 komponen Barisan Nasional, kemenangan ini mestilah di jadikan titik permulaan ke arah kerjasama dan kesetiaan yang lebih erat untuk kebaikan bersama...

Bagi penyokong2 UMNO, PAS dan parti2 komponen Barisan Nasional, kemenangan ini mestilah di jadikan sebagai titik permulaan kepada iltizam dan komitmen yang lebih jujur dan ikhlas di atas niat memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat...

Raikan kemenangan kita dan jangan lupa bersyukur kepada Allah swt kerana kemenangan ini adalah ketentuan dan izin dariNya...

Ingatlah firman Allah swt :


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


Ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu : 

Demi sesungguhnya...

Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras 

Surah Ibrahim : 7

Celebrate, rehat dan bersedia untuk Semenyih dan Ranau!!!






Sumber :  

》MyKMU.net

》YB Ustaz Rosli Abdul Jabar 
Pengarah Operasi PRK Cameron Highland PAS Pahang


》Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Sunday, January 27, 2019

Kemenangan BN Di PRK Cameron Highland Jadi 'Turning Point' Sokongan Rakyat Dari PH Ke BN

|0 comments

Pegawai Pengurus PRK P078 Cameron Highland secara rasmi mengumumkan calon Barisan Nasional, Ramli bin Mohd. Nor di pilih sebagai Ahli Parlimen Cameron Highland yang baru selepas menewaskan 2 orang calon bebas dan 1 orang calon Pakatan Harapan...

Memang benar, kemenangan YB Ramli tak akan mengubah kerusi PH dalam Dewan Rakyat kerana BN hanya mempertahankan kerusi Dewan Rakyat yang di menangi sewaktu PRU 14...

Tapi kenapa PH bersungguh2 mahu merampas kerusi Parlimen Cameron Highland, hingga menghantar kesemua pemimpin utama mereka dalam membantu kempen PRK Cameron Highland...

PRK P078 Cameron Highland Bukan Hanya Sekadar PRK Biasa


Sudah hampir 9 bulan PH mengambil alih Putrajaya, namun keyakinan rakyat terhadap kerajaan PH, semakin hari semakin merudum...

Ini kerana dasar2 dan keputusan2 yang di buat dan di laksanakan oleh kerajaan PH sejak menjadi kerajaan, bukan saja menyalahi janji2 manifesto PRU 14 mereka, malah ianya membebankan rakyat...

Apa yang lebih membosankan rakyat ialah, setiap kali bila mereka bercakap tentang kegagalan menunaikan janji2 manifesto, mereka dengan angkuh mengatakan, ianya bukanlah berpunca dari kelemahan pentadbiran mereka tetapi kerana kesalahan dan kegagalan mantan kerajaan BN...

Maka cerita2 yang lapuk dan basi seperti 1MDB, RM2.6 bilion duit rakyat yang di curi oleh DS Najib, hutang negara RM1 trilion akan di ulang berkali2, sedangkan kesahihannya, semakin hari, semakin meragukan...


Rakyat sudah bosan dengan alasan2 bodoh dan tak logik yang di ulang2 oleh pemimpin PH...

Rakyat sudah muak dengan sikap pemimpin PH yang suka menuding jari ke pihak lain, untuk menutup kelemahan sendiri dan membiarkan masaalah yang ada tidak di selesaikan dan rakyat terkapai2 menghadapi tekanan hidup tanpa apa2 pembelaan dari kerajaan...

Rakyat hanya menunggu peluang untuk memberikan mesej yang jelas kepada PH dan peluang itu tiba dalam PRK P078 Cameron Highland...

PRK P078 Cameron Highland Berikan Tanda Jelas Kepada PH


Pemimpin PH sebenarnya sedar dan tahu keresahan serta kemarahan rakyat pada mereka tapi keangkuhan mereka menafikan kenyataan yang berlaku di depan mata...


Sewaktu kempen PRK P078 Cameron Highland, mereka tetap cuba menabur janji2 manis pilihanraya walau pun jelas rakyat sudah tidak boleh menerimanya lagi...


Mereka tetap dengan keangkuhan pada kuasa yang di berikan oleh rakyat pada mereka...


Kuasa yang ada di gunakan untuk menipu dan menabur fitnah yang hakikatnya mereka sendiri lakukan...


Bukan itu saja, malah mereka gunakan kuasa yang ada untuk mengugut rakyat, menggunakan segala aset kerajaan untuk kepentingan politik, mengamalkan rasuah politik secara terang2an, walau pun semasa menjadi pembangkang, itulah tuduhan yang di lemparkan kepada mantan kerajaan BN...


Ini menambahkan kemarahan dan kebencian rakyat pada kerajaan PH serta menyebabkan sokongan rakyat kepada kerajaan PH semakin hari semakin menjunam...


Tapi sikap menyalahkan parti lawan sudah sinonim dengan jiwa pemimpin PH dan menyebabkan mereka tetap menuding jari pada BN...

Pemimpin PH bukan saja tidak mampu menerima kegagalan dengan fikiran terbuka atas semangat demokrasi tapi mereka juga gagal melihat kelemahan diri sendiri kerana keangkuhan mereka...

Suara Rakyat Suara Keramat


Tahniah kepada pemimpin BN yang dah mula menunjukkan kematangan sejak kehilangan kuasa...


Teruskan kerjasama dengan PAS untuk terus membela rakyat yang tertipu dengan politik kotor PH...

Kekalkan momentum yang ada, dampingi rakyat dengan cara berhemah, curahkan bakti kepada rakyat dengan penuh keikhlasan, bantulah golongan yang memerlukan semampu yang boleh, walau pun kuasa tiada lagi di tangan, In Sya Allah, peralihan kuasa akan berlaku lagi dalam PRU 15...

Pokok yang menjulang tinggi bermula dari benih yang berputik, kemenangan PRK P078 Cameron Highland adalah benih sokongan rakyat pada BN yang sudah berputik...

Siramkanlah air serta baja dengan memberikan perkhidmatan kepada rakyat, jangan di ulangi kesilapan yang lama...

Pasti benih yang sudah berputik akan mengeluarkan mengeluarkan akar dan akan suburlah sokongan rakyat kepada BN...

PRK P078 Cameron Highland bukanlah hanya satu PRK biasa tetapi menjadi titik perubahan sokongan rakyat yang beralih dari PH ke BN...

Friday, January 25, 2019

Dah Terdesak, PH Perguna SPR, Pengundi Hantu, Dedak Dan Lain2

|0 comments
Updated 25/01/19 (11.25 pm)


Cuba fahamkan betul2 apa yang cuba di sampaikan oleh DAP melalui kenyataan di atas...

Dah namanya PRK Cameron Highland, kalau ikut logik, dah tentulah pengundi tempatan yang akan jadi faktor kemenangan...

Kenapa pula, DAP nak berharap PENGUNDI LUAR!!!

Adakah penduduk Cameron Highland yang berhijrah lebih ramai dari yang menetap di Cameron Highland?

Siapa pengudi luar tu?

Apakah mereka benar2 pengundi yang layak mengundi di PRK Cameron Highland?

Atau mereka DI LAYAKKAN oleh kerajaan Pakatan/DAP untuk mengundi di PRK Cameron Highland?

Kenapa DAP begitu yakin dan angkuh mengatakan pengundi luar tu yang akan memenangkan calon Pakatan/DAP?


Modus Operandi Pengundi Hantu


Pengundi hantu akan mengundi seawal yg mungkin...

Ketua peti undi akan baca nama tetapi bukan nama sebenar sebaliknya nama pengundi lain...

Poling akan potong nama dalam senarai...

Pengundi akan terus mengundi dan cabut ke tempat lain...

Dakwat boleh di hilangkan mengunakan klorox, dah ada orang buat dan tunjuk caranya...

Kenapa boleh escape :

2 polling agent bukan kenal semua pengundi...

Polling agent tak nampak gambar muka dalam MyKad tu, hanya pengundi dan ketua poling yang baca jer tau...

MyKad yang di gunakan tiada safety, tiada scan menunjukan ianya bukan palsu, kad pengenalan boleh di cetak dengan harga Rm 5 sekeping jer macam kad matrik pelajar...

Petugas yang membaca pastinya terlibat kerana mustahil jika silap sebab katakan jika nama kita di bacakan nama orang lain sudah tentu kita tegur sebab salah, sebaliknya jika dia dah pakat dengan pengundi maka pengundi pun buat selamba macam tak der pa per tapi dalam kes nie hanya pengundi dan tukang baca nama sahaja yang tahu MyKad tu asli, nama yg di bacakan, gambar kat MyKad...

Poling tak tau sebab bukan di tunjukan sebagai pengesahan...

Macam Mana Nak Kantoikan Pengundi Hantu


Awal pagi petugas kita terutama poling yang ada semakan semasa barisan yang nak masuk tu kena tengok...

Boleh jer kenal pengundi hantu ni dangan tanya dah semak ke belum...

Tanya asal duduk mana...

Tanya dan buat2lah tanya semak kertas nombor undi dan ada bawa MyKad atau tidak semasa semua berbaris...

Poling yang ada di dalam pun kadang2 kena tanya petugas yang baca jika syak mintak tengok MyKad nak semak, kata jer saya kenal nama ni kawan saya, tetapi kenapa orang lain pula...

Tidak jadi kesalahan sebab memang dia orang boleh semak...

Letakkan petugas di pintu berbaris supaya mereka yang jadi pengundi hantu takut...

Kalau boleh orang tempatan sebab kebanyakan dia kenal hanpir semuanya di PDM tersebut...9q

Letak ramai yang jaga di barisan pengundi supaya boleh kesan dan menakutkan pengundi yang ada....

Kalau PRK Cameron Highland Benar Benar Bersih, In Sya Allah Barisan Nasional Akan Menang


Setakat ini majoriti suara rakyat meramalkan Barisan Nasional boleh menang dgn melihat perkembangan di P078...

Nampak sudah DAP dan PH terdesak sehingga semua terpaksa turun tak macam PRK lain, harap kita dapat pertahankan kemenangan...


Cuma jentera Barisan Nasional kena awas, sebab, masa kehadiran Dr. Mahathir nanti, pasti dia orang bawak penyokong dari luar dan sekali gus akan menjadi pengundi hantu...

Sebenarnya Dr. Mahathir tahu, kalau dia turun ke Cameron Highland, risiko di malukan memang sangat besar, sebab tu terpaksa bawa mahacai2 dari luar  kononnya bila Dr. Mahathir turun nanti, gelombang sokongan akan berubah pada Pakatan Harapan, lepas tu  mahacai2 nie lah yang akan jadi pengundi hantu nanti!!!

Dan Dr. Mahathir akan datang ke Cameron Highland bukan saja bersama2 Raja Dedak Malaysia (TS Abd. Rashid) malah semua pemimpin bersatu turun...

Muhyiddin having meeting at 9.00 am here with Amanah and Bersatu leaders...

PH losing ground fast and they are now finding ways to spoil BN's winning streak...

Caused if they loosed Cameron, it's going to be a turning point in other by election...

The nearest by election will be Semenyih and Rantau...

It's domino and they try to stop it by hook or by crook...

Dah terdesak PH apa2 pun dia orang sanggup buat!!!

Dari segi teknikal kena jaga...

Ketara sangat dah yang SPR akan menyebelahi PH...

Hari tu, bila dah tunjukkan bukti PH tabur duit pada pebgundi, SPR tak ambil apa2 tindakan...

SPR Sabotaj PRK Cameron Highland Dengan Pendekkan Tempoh Mengundi Untuk Semua Kubu Kuat Barisan Nasional



La nie, SPR tetapkanlah pulak waktu mengundi...


Ada pusat mengundi yang di tutup awal,  kononnya atas alasan keselamatan...

Tak sangka pulak, yang selama nie, kat bumi Malaysia ada kawasan yang tak selamat...

Sebab sebenar SPR pendekkan waktu mengundi di beberapa tempat, di jelaskan oleh Isham Jalil dalam akaun Facebook beliau...

Tok Batin Mengaku Kena Ugut, Bukti Apa Lagi Yang SPR Mahu!!!


Pengakuan dari salah seorang Tok Batin yang di ugut oleh PH...


Bukan saja ugutan, malah PH menghina komuniti orang asli secara keseluruhannya dengan meletakkan lambang sumpit pada T-Shirt PH...

Apakah PH masih menganggap orang asli masih lagi hidup secara primitif, sedangkan kehidupan dan pemikiran masyarakat orang asli sudah jauh lebih bertamadun, malah pemikiran orang asli di lihat jauh lebih bertamadun berbanding pemimpin PH yang mengamalkan politik kebencian, penipuan dan menghasut!!!



Inilah buktinya, betapa bagi PH, matlamat menghalalkan cara...

Flyers fitnah ini di tabur merata2 di Bukit Kota...

Fitnah menjadi zikir harian PH...

Calon BN di fitnah, kononnya, beliaulah antara anggota yang berlumuran darah, membunuh Ustaz Ibrahim Libya dan penduduk Memali...

Hakikatnya, Ramli ialah bekas ACP di Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman dan bukannya seorang pegawai di PGA atau Senoi Praaq!!!


Dan sebagaimana semua tahu, tangan yang masih berlumuran darah Ustaz Ibrahim Libya dan penduduk Memali ialah tangan Dr. Mahathir sendiri, sebagaimana yang di dedahkan oleh Tun Musa Hitam!!!

Dedak Oh Dedak

Petugas PH sedang menaburkan DEDAK

Malam terakhir sebelum tarikh mengundi di PRK Cameron Highland, PH secara besar2an taburkan dedak  pada pengundi orang asli...

Kalau buat jamuan sebelum PRU 14, SPR anggap sebagai rasuah, yang nie per citer...

Takkan gambar dah viral pun, SPR boleh terlepas pandang kut...

Macam yang laman nie terbitkan dalam dalam artikel siang tadi, kedatangan Dr. Mahathir dengan membawa Raja Dedak, pasti akan bertaburan dedak di Cameron Highland!!!

Jadi betullah seperti kata PH, PRK Cameron Highland akan menjadi 'pilihanraya terbersih' di Malaysia, sebab dedak yang di taburkan dah di 'halalkan' oleh SPR dan SPRM!!!

Apa pun, jentera PRK Cameron Highland di harapkan gandakan usaha, terutamanya pada hari mengundi...

Macam yang Dato' Lokman Adam pesan, kalau ada yang mencurigakan tentang pengundi hantu, ambil gambar, lagi baik video klip, untuk jadikan bahan bukti...

Lepas kita berusaha, kita tawakal dan berdoa pada Allah swt...

Ingat janji Allah swt, walau pun seribu tangan menghalang, tapi sekiranya Allah swt mengkehendaki calon Barisan Nasional menang di Cameron Highland, maka pasti calon Barisan Nasional akan menang tapi sebelum kita berserah, mari kita sama2 berusaha dengan gigih, rakan2 jentera PRK Cameron Highland dengan usaha di sana dan kami dengan usaha kami di sini...
fda

Archives