Pengerusi Batin Pahang, Norya Abas, bersama2 dengan beberapa orang Tok Batin di seluruh negeri Pahang tampil membuat lapuran polis terhadap kebiadapan Senator Bob Manolan yang mengugut dan menghina Tok Batin tempoh hari...
Bob Manolan Mohamad mengeluarkan kenyataan 'memecat' Tok Batin yang tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) terus mendapat bantahan daripada Tok Batin di negeri ini yang tampil membuat laporan polis hari ini...
Laporan polis berkenaan di buat oleh wakil Tok Batin iaitu Pengerusi Batin Pahang, Norya Abas di Balai Polis Sungai Koyan...
Katanya, kenyataan tersebut yang bersifat mengugut juga telah mengguris hati tok batin yang sentiasa memberikan kerjasama kepada kerajaan dalam membangunkan orang asli...
Tindakbalas itu di lihat sebagai memberi peringatan dan 'mengajar' Bob Manolan erti 'hormat' dalam bermasyarakat...
"Tujuan saya dan rakan2 membuat laporan bagi membolehkan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) membuat siasatan terperinci dan mengenakan tindakan mengikut undang2"...
Dalam satu perkembangan lain, Bah Long Siang, pemimpin orang asli dari Sungai Ruil berkata, Tok Batin bukan kuli politik yang senang di ugut supaya mengikut segala arahan mana2 pemimpin politik...
Katanya, Tok Batin tidak di lantik menerusi lantikan politik, sebaliknya di pilih masyarakat orang asli mengikut kampung masing2...
Katanya, kenyataan Bob Manolan jelas menghina Tok Batin...
Sikap Bob Manolan Ibarat Kacang Lupakan Kulit
Benar seperti apa yang di katakan oleh Pengerusi Batin Pahang, Norya Abas, "tidak sepatutnya seorang senator yang datang dari kaum kami sendiri mengeluarkan kenyataan yang sebegitu, yang kami rasa merendahkan dan memperlekehkan kepimpinan batin2 di seluruh negara"...
Sebagai seorang yang di besarkan di dalam komuniti orang asli, Bob Manolan seharusnya lebih menghormati Tok Batin2 yang telah di lantik oleh kerajaan dan di pilih di kalangan masyarakat orang asli...
Bob Manolan juga harus menyedari, perlantikan Tok Batin2 berkenaan bukanlah satu lantikan politik seperti dirinya, di mana untuk mengekalkan jawatan yang beliau ada sekarang mestilah mendapat restu dan WAJIB MENJILAT pemimpin tertinggi Pakatan Harapan...
Tok Batin2 yang di lantik adalah bertujuan memberi perkhidmatan kepada masyarakat yang mereka pimpin dan mereka tidak terikat pada mana2 parti politik...
Jesturu itu, tidak wajar jawatan dan elaun yang ada pada mereka di politikkan semata2 demi kepentingan dan fahaman politik yang sempit...
Like Father, Like Son
Secara jujurnya, dari gaya percakapan dan tulisan Bob Manolan, admin tak merasakan beliau seorang yang bodoh, walau pun sikit2 ciri kebodohan tu nampak ketara...😂😂😂
Bagi admin, Bob Manolan telah terpengaruh dengan doktrin politik kebencian yang di tanamkan dalam diri beliau oleh Pakatan Harapan hingga menyebabkan beliau tergamak menghina bangsa beliau sendiri...
Sikap Pakatan Harapan jelas dapat di lihat dalam dalam kenyataan yang di buat oleh Bersih...
Sangat jelas tuduhan Bersih bahawa perlantikan Tok Batin adalah lantikan politik bertentangan dengan apa yang di katakan oleh Bah Long Siang, salah seorang pemimpin orang asli tempatan...
Hakikatnya, Pakatan Harapan memang sudah lama menuduh BN sewaktu menjadi kerajaan mempolitikkan perlantikan Tok Batin di kalangan orang asli...
Naib Presiden Bersatu, Abdul Rashid Abdul Rahman (yang secara terbuka mahu semua projek kerajaan di berikan kepada Ketua Bahagian parti Bersatu), pernah mengulangi tuduhan Pakatan Harapan bahawa BN mempolitikkan perlantikan Tok Batin dan mahu semua perlantikan Tok Batin di lakukan semula (mungkin kali ini mesti mengikut pilihan Pakatan Harapan)...
Di sebabkan itu, mereka menuduh perlantikan Tok Batin ialah satu lantikan politik, sedangkan pada hakikatnya, Tok Batin di cadangkan dan di lantik oleh masyarakat setempat...
Itulah yang menyebabkan Bob Manolan terpengaruh sehinggakan sanggup membuat tuduhan dan penghinaan kepada bangsa sendiri...
Perlantikan Dan Peranan Tok Batin Dalam Masyarakat Orang Asli
Jelas, selama ini (sewaktu menjadi pembangkang dan selepas menjadi kerajaan) pemimpin Pakatan Harapan tidak pernah mendekati, apa lagi mengambil tahu tentang kebajikan orang asli sehinggakan mereka tidak memahami atau tidak tahu bagaimana perlantikan Tok Batin di lakukan...
Kita bagi sedikit info pada Pakatan Harapan tentang cara perlantikan dan fungsi Tok Batin dalam komuniti orang asli...
Organisasi dalam masyarakat orang asli nie terdiri daripada Tok Batin, Mangku, Tok Jenang, Menteri, Jurukerah dan Panglima...
Masyarakat orang asli di pimpin oleh seorang Tok Batin yang kebiasaannya mengikut keturunan...
Perlantikan ini di buat berdasarkan ketokohan atau kebolehannya dalam mengendalikan masalah dan kebajikan anak buahnya, kepimpinan serta pengetahuan yang luas tentang hal adat istiadat...
Tok Batin akan membuat keputusan setelah sesuatu perbicaraan selesai, iaitu sama ada keputusan yang telah di buat akan di kekalkan atau pun di tarik balik (jika tersilap)...
Sekiranya seseorang Tok Batin meninggal dunia, atau pun meletakkan jawatan, satu mesyuarat akan di adakan dan di uruskan oleh Jurukerah dan perundingan tersebut menggunakan bahasa adat secara formal...
Mangku berperanan sebagai pemangku ketika ketiadaan Tok Batin, Mangku boleh menangguhkan keputusan sementara menunggu Tok Batin pulang...
Upacara perlantikan adalah sama seperti perlantikan Tok Batin.
Tok Jenang berperanan sebagai pelindung adat...
Beliau memastikan adat cukup dan memenuhi syarat yang telah di tetapkan...
Jadi jelas di sini, perlantikan Tok Batin BUKANLAH satu jawatan lantikan politik...
Kerana komuniti orang asli mempunyai adat yang cukup ketat dan mesti mereka patuhi dalam melantik Tok Batin mereka dan sebarang campurtangan dari luar tidak akan di benarkan...
Janganlah hanya dekati masyarakat orang asli hanya ketika mahu di adakan PRU atau PRK...
Lebih buruk lagi bila mengugut dan menghina mereka supaya memberi undi kepada Pakatan Harapan...
Ingat, orang asli ialah peribumi asal Malaysia, bukan kaum pendatang seperti sebahagian besar bangsa DAP!!!
0 comments:
Post a Comment