Saya tahu ada pendapat mengatakan DAP parti musuh, tapi saya nak bagi tahu bahawa yang tentukan saya akan jadi pengerusi PH dan bakal jadi Perdana Menteri jikalau menang dalam PRU lalu adalah DAP kata Dr. Mahathir di Terengganu...
Ucapan ini muncul ketika aktiviti melompat parti oleh beberapa individu terhenti apabila 'manuver' politik yang di lakukan oleh UMNO untuk memperkukuhkan parti...
Tiada pilihan lain, akhirnya Dr. Mahathir terpaksa menyatakan bahawa kedudukan beliau sendiri di tentukan oleh parti DAP...
Namun adakah Dr. Mahathir dan Bersatu akan menurut kata DAP mengenai isu melompat parti atau sebenarnya sesuatu sedang berlaku di dalam koloni Pakatan yang kini sedang mengalami defisit kepercayaan sesama mereka...
Pengerusi DAP, Tan Kok Wai telah memberi amaran susulan perkhabaran terdapat ahli parlimen BN akan meninggalkan parti dan menjadi ahli parlimen bebas serta menyokong kepimpinan PH...
Tan Kok Wai berkata, tindakan menerima ahli parlimen BN di sifatkan sebagai amalan tidak sihat, apatah lagi usia kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu belum menjangkau enam bulan...
Sebelum ini, 3 ahli Parlimen BN telah menyertai PPBM, 1 ahli menyertai Warisan, 2 masih Bebas serta 11 lagi kerusi termasuk kerusi parlimen dari Sabah masih di dalam tempoh bertenang sebelum mengumumkan sesuatu...
Sudah tentulah tindakan mereka adalah ini untuk menguatkan parti PPBM dan tidak pula mereka menyatakan untuk menyertai parti lain selain PPBM, dan persoalan juga timbul mengapa mereka tidak menyertai Amanah, PKR ataupun DAP sendiri...
Adakah Dr. Mahathir Sedang Membeli Nyawa Politik?
Kerusi yang di menangi oleh parti PPBM pada PRU 14 hanyalah berjumlah 13 kerusi, sementara PKR dan DAP menguasai 47 dan 42 kerusi...
Dalam PRU-14, PPBM bertanding 52 Kerusi dan DAP hanya 35 kerusi maka sudah semestilah Dr. Mahathir menyedari bahawa DAP mempunyai lebih banyak kata putus akhir untuk menentukan siapa perdana menteri...
Oleh itu suka atau tidak, Dr. Mahathir dan pasukannya haruslah di perkuatkan selepas keputusan akhir PRU-14 bagi mengimbangi kuasa kata putus akhir tersebut...
Perkara ini muncul selepas PPBM selesai mengadakan PAT nya yang mengundang rasa jelik parti2 lain di dalam PH...
Perkara ini muncul selepas memperlihatkan ucapan2 perwakilan yang menjadi kontroversi seperti isu kontrak serta kerja2 pembekalan kerajaan yang kini di pelopori oleh parti PPBM...
Bagi meredakan kemarahan parti DAP, maka akhirnya Dr. Mahathir membeli hati DAP...
Apatah lagi PRK Cameron bakal berlangsung tidak lama lagi...
Oleh itu pengundi DAP yang ada di sana haruslah di belai semula agar mereka memberikan undi kepada parti DAP walau pun mereka sedar pengaruh mereka semakin hilang hari demi hari kerana kegagalan mereka menunaikan janji2 pilihanraya serta pelbagai ketidak puasan hati rakyat yang semakin tidak berpihak kepada mereka...
0 comments:
Post a Comment