Friday, January 4, 2019

The Ugly Truth About Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)


Terkejut, rasanya tak payah terkejut kut sebab, Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid bin Abdul Rahman cuma memberitahu kita wadah perjuangan sebenar yang ada di sebalik pemimpin2 PPBM...

Patutlah lepas PRU 14, parti yang mempunyai kerusi minoriti dalam Pakatan Harapan tapi bila TOP DOG Bersatu di lantik sebagai Perdana Menteri, maka pemimpin2 PPBM macam beruk dapat bunga...

Sorak sorai bergemuruh para perwakilan masa Abdul Rashid berucap, jelas memberitahu kita tentang matlamat perjuangan sebenar PPBM...

Mesej yang di sampaikan oleh perwakilan pada Abdul Rashid ialah, 'You are not alone, our beloved Vice President'...

Dalilnya, kenyataan Abdul Rashid di pertahankan oleh PPBM Bandar Tun Razak...

Tapi sebenarnya, ucapan Abdul Rashid tu ada yang tersirat di sebalik tersurat sebenarnya...


Hakikatnya, ucapan tu lebih di tujukan kepada Dr. Mahathir dengan mesej, janganlah sakau semua projek tu untuk anak beranak dan kroni jer, kami pun nak juga...

Ibarat kata, dah kerja secara berjemaah, makan pun kenalah berjemaah juga, janganlah penat ramai2 tapi kenyang sorang2...

Tak gitu, Tuan Naib Presiden PPBM...😉😉😉

Syed Saddiq Cuba Bawa Watak Suci, Tapi Sayangnya...😉😉😉


Kalau kita tenguk video klip atas nie sekali lalu, mesti kita terpesona dengan lakunan watak suci yang cuba Syed Saddiq mainkan...

Tapi macam ada sesuatu yang sumbang berlaku masa Syed Saddiq melakunkan watak suci tu :

- Cuba bandingkan perbezaan sorak sorai perwakilan masa Abdul Rashid berucap dan masa Syed Saddiq berucap...

Masa Abdul Rashid berucap, gegak gempita sorak sorai perwakilan terutamanya Ketua2 Bahagian yang dah terbayang laba berjuta2 ringgit, paling tidak pun ratusan riban ringgit yang akan di serahkan pada mereka...

Tapi bila Syed Saddiq cuba sailang dengan watak bajet suci tu, agak sunyi dewan...

Maksudnya apa, gunakan pandangan makrifat dan tafsirkanlah sendiri yer...🤔🤔🤔


- Tajuk video klip nie di namakan Hincutan Kaki Di Hadapan Wartawan...

Jalan ceritanya senang, pemegang watak suci (Syed Saddiq) yang tegak dan segak berjalan waktu keluar kereta, tiba2 berjalan terhincut2 di hadapan wartawan...😉😉😉

Mesej yang nak di sampaikan ialah, betapa si watak suci (Syed Saddiq) mempunyai jiwa yang sangat kental dalam perjuangan memartabatkan bangsa Melayu, walau pun cedera parah yang sebenarnya tak tahu tang mana yang parah, tapi demi, agama dan bangsa, si watak suci (Syed Saddiq) tetap menghadirkan diri di Konvensyen Tahunan PPBM...


Hebat dan berkesannya lakunan si watak suci (Syed Saddiq) hingga menimbulkan fenomena Tampalan Plaster Di Pipi Dan Dagu di kalangan anak muda...😂😂😂


Sebab tu lah Exco Armada PPBM keluarkan kenyataan, perlu lahirkan lagi seribu watak suci (Syed Saddiq) dalam Armada PPBM...

Barulah rakyat Malaysia ada pilihan nak tonton watak suci yang mana satu yer tak...😉😉😉


Dengan kepura2an Syed Saddiq dalam lakunan Hincutan Kaki Di Hadapan Wartawan dan kejanggalan lakunan watak suci dalam Konvensyen Tahunan Bersatu, cuma satu ayat jer yang paling sesuai di gunakan, lu punya
sembang, vavie pun boleh terbang...😛😛😛

Al Kisah Bag Herschel Punya Cerita


Masa perwakilan Konvensyen Tahunan PPBM di berikan bag yang kononnya berjenama 'Herschel' dari Kanada, tersenyum simpul masing2...

Ada yang meleret sampai ke telinga senyumnya...😂😂😂

Habis semua media di serata pelusuk negara di panggil untuk buat liputan dan temuramah tentang 'kegembiraan dan keseronokan' perwakilan yang dapat bag berjenama 'Herschel' tu...

Tapi sayang seribu kali sayang, ku sangka panas sampai ke petang, rupa2nya Tsunami di tengahari...


Tiba2 pihak Herschel sendiri menafikan bag yang di terima perwakilan tu adalah keluaran syarikat mereka malah lebih memilukan, pihak Herschel mengatakan yang mereka tak pernah melihat rekabentuk bag yang di tunjukkan perwakilan tu...🙊🙊🙊


Siapalah punya kejer tu...

Tu Herschel dari Kanada atau pun Herschel dari Danok, Thailand...😂😂😂

Jangan marah yer, boboi tanyer jer...😛😛😛

Wajah Sebenar Parti PPBM Tersingkap Dalam Konvensyen Tahunan Ke 2 PPBM


Bermula dari isu penciptaan logo PPBM yang di katakan menciplak logo syarikat lain yang telah di daftarkan, sampailah kemelut tiada cawangan untuk mengadakan mesyuarat...

Ramai rakyat ingat, bila dah jadi kerajaan, segala2nya akan berubah...

Tapi PPBM tak pernah berubah dari sudut perjuangan yang nyata hanya mahu mengaut kekayaan dan kuasa, berterusan kepada sikap pemimpin tertinggi mereka yang tak habis2 menipu...

Cuba kita renungkan sejenak, sekiranya perwakilan yang selama ini bertungkus lumus berkerja untuk kejayaan parti tanpa mengenal erti penat lelah, boleh mereka tipu dengan memberikan bag berjenama palsu, apa lagi kita sebagai marhaen yang tak ada kena mengena dengan parti mereka...

Jika maruah perwakilan mereka sendiri boleh mereka persendakan dengan memberi harapan palsu, sepalsu bag yang mereka beri, apakah mereka ada masa untuk membela nasib bangsa!!!

Pengerusi PPBM pernah mengatakan bahawa UMNO sudah di penuhi dengan sampah, maka ahli2 UMNO sepatutnya berterimakasih kepada Dr. Mahathir kerana dengan rela hati telah membuat pemutihan dalam UMNO dengan mengutip sampah2 tersebut untuk di kumpulkan ke dalam PPBM...

Dan kini, sampah2 tersebut dah mula mereput dan mengeluarkan bau yang teramat busuk dan sangat menjijikkan sekali di mata marhaen...

Maka layaklah parti PPBM sekarang di jenamakan semula sebagai Parti Paling Banyak Menipu, namanya tetap PPBM jugakan!!!

0 comments:

fda

Archives