Tuesday, January 29, 2019

PRK DUN Semenyih : Dr. Mahathir Semakin Tersepit


PRK DUN Semenyih akan di adakan pada 02 Mac 2019...

Penamaan calon pila akan di adakan pada 16 Februari 2019 dan pengundian awal pula akan di adakan pada 26 Februari 2019...

Tempoh berkempen akan di adakan selama 14 hari bermula dari hari penamaan calon sehingga jam 11.59 pm 01 Mac 2019...

PRK Semenyih di adakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Bakhtiar Mohd. Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari 2019 yang lalu...


Pada PRU 14 yang lalu, Allahyarham Bakhtiar yang mewakili PPBM memperolehi 23,428 undi dan menewaskan calon Barisan Nasional, PAS dan PSM dalam pertandingan 4 penjuru dengan majoriti 8,964 undi...

Kekalahan Dalam PRK Cameron Highland Menyebabkan Kegawatan Dalam Pakatan Harapan


Di PRK Cameron Highland, calonnya ialah dari parti dominan dalam PH, iaitu DAP...

Tidak hairanlah waktu kempen di PRK Cameron Highland tempoh hari, semua pemimpin utama PH di arahkan untuk turun berkempen untuk memenangkan M. Manogaran, calon dari 'parti abang besar PH, iaitu DAP'...

Antara yang bertungkus lumus ialah jentera pilihanraya dan pemimpin PPBM...

Maka tidak menghairankan seandai PPBM mengharapkan DAP dapat membalas budi mereka di PRK DUN Semenyih...

Lebih2 lagi dengan ramainya pengundi2 Cina di DUN Semenyih, maka peranan DAP di lihat sebagai sangat penting...

Sebagaimana yang kita tahu, kekuatan PPBM bergantung sepenuhnya pada Dr. Mahathir dan kekuatan Dr. Mahathir pula bergantung pada DAP...

Selagi Dr. Mahathir masih mendapat sokongan dari DAP, maka PPBM akan terus wujud dan sekiranya Dr. Mahathir tidak mendapat sokongan DAP, maka PPBM pun akan jadi sejarah...

Dr. Mahathir Tersepit Di Antara Mengharap Sokongan Dan Tekanan Dari DAP


Dr. Mahathir ialah seorang pemimpin yang tinggi egonya dan tidak sekali2 merasa selesa berada di bawah telunjuk orang lain...

Namun dalam masa yang sama, beliau sedar bahawa pengaruh PPBM adalah terlalu kecil dalam PH...

Tentu kita masih ingat, bagaimana Dr. Mahathir pernah menyatakan apa yang terbuku di hatinya dalam ucapan beliau di Terengganu dahulu...


Ucapan Dr. Mahathir yang membuka tembelang DAP telah menimbulkan kemarahan DAP...


Memburukkan keadaan, ada pendapat yang mengatakan bahawa Dr. Mahathir TIDAK BERDUKACITA dengan kekalahan calon DAP dalam PRK Cameron Highland...

Apakah DAP akan membalas dendam dan mahu menunjukkan kepada PPBM terutamanya Dr. Mahathir tentang siapa yang lebih berkuasa dan siapa yang mesti terus tunduk kepada siapa!!!

Maka kemungkinan DAP menggunakan PRK DUN Semenyih untuk 'mengajar' Dr. Mahathir adalah besar...

Pergolakan Dalam PKR Menjadikan Dr. Mahathir Lebih Tersepit Dalam Menghadapi PRK DUN Semenyih


Perpecahan Geng Kartel Azmin dengan Geng Reformasi Anwar/Rafizi bukan lagi menjadi rahsia dalaman PKR...

Keadaan menjadi tegang bila Anwar mengumumkan akan melantik Rafizi sebagai Naib Presiden PKR setelah tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR di tangan Azmin...

Pengumuman itu dengan segera mendapat respon panas dari kem Kartel Azmin...


Sokongan secara terbuka Azmin Ali terhadap Dr. Mahathir selaku perdana menteri, pasti mengecilkan hati geng reformasi Anwar yang mengharapkan agar Dr. Mahathir mengotakan janji beliau untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar yang dah puluhan tahun berada di JABATAN BAKAL PERDANA MENTERI...


Apa yang tersirat dalam sokongan terbuka Azmin kepada Dr. Mahathir ialah memperkukuhkan kekuatan dan kedudukan beliau dalam hierarki yang mengatasi Anwar Ibrahim...

Dalam masa yang sama, Anwar sendiri di lihat semakin di pinggir dalam pentas politik negara...

Terbukti apabila kempen beliau dalam PRK Cameron Highland hanya mendapat sambutan 'SEJUK BEKU' dari orang ramai...

Namun dalam PRK DUN Semenyih, PPBM amat memerlukan sokongan PKR terutamanya dari Geng Kartel Azmin kerana DUN Semenyih berada dalam negeri Selangor yang di kenali sebagai kubu kuat Geng Kartel Azmin...

Kedatangan Anwar ke DUN Semenyih pasti tidak akan di senangi oleh Geng Kartel Azmin dan untuk memanggil Azmin turun berkempen tanpa Anwar sudah pasti menimbulkan tandatanya tentang kesediaan Dr. Mahathir untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar!!!

Kerjasama Yang Bertambah Erat Antara UMNO Dan PAS Membuatkan Dr. Mahathir Lagi Tertekan Menghadapi PRK DUN Semenyih


Dalam satu rakaman video, penyokong2 tegar PAS menyuarakan betapa mereka sebak dan sayu kerana benteng perpecahan antara UMNO dan PAS kini telah dapat di runtuhkan...

Mereka seru agar momentum yang sama terus berlangsung di PRK Semenyih dan sehingga ke PRU yang akan datang...

Ada antara mereka yang begitu sebak dan tak sangka yang mereka akan mengundi BN setelah memusuhi BN sekian lama...

Malah ada yang menangis kerana memangkah BN setelah 60 tahun memerangi BN...

Kita berharap agar penyokong2 PAS menyedari, UMNO yang di benci mereka sejak sekian lama BUKAN UMNO era DS Najib Razak...

UMNO itu adalah UMNO di bawah Dr. Mahathir yang kini berada di Pakatan Harapan!!!

Demikianlah apa yang Allah tentukan bagi umat Islam Malaysia...


Kemenangan PH yang di dominasi DAP tersembunyi hikmah bagi umat Islam kerana ianya membuka ruang yang seluas2nya untuk umat Islam bersatu di Malaysia...

Ayuh kita bersatu memenangkan ummah!!!


Lagi senang dan aman jiwa pangkah BN dari pangkah DAP semasa PRU 2008 dan 2013 dulu...

BN ni orang Islam juga pemimpinnya...

Pergeseran antara Dr. Mahathir dengan DAP, pergeseran antara Geng Kartel Azmin dan Geng Reformasi Anwar serta pergeseran antara UMNO dan PAS selama lebih 2 dekad berpunca dari sesusuk tubuh bernama Dr. Mahathir...

Dan sekarang beliau sedang di himpit oleh masaalah2 yang berpunca dari beliau terutamanya di saat menjelangnya PRK DUN Semenyih...

Benar, sekiranya BN berjaya merampas DUN Semenyih dari PH/PPBM, kerajaan Selangor tetap berada dalam penguasaan PH...

Tetapi sekiranya calon PH/PPBM tewas kepada calon BN/UMNO, maka yang akan paling terkesan ialah Dr. Mahathir kerana calon dari parti Perdana Menteri Malaysia tewas kepada calon dari parti pembangkang...

Maka :

》Akan terjawablah soalan benarkah DAP juga TIDAK BERDUKACITA di atas kemenangan calon BN sebagai membalas balik TIDAK BERDUKACITAnya Dr. Mahathir di atas kekalahan calon PH/DAP di PRK Cameron Highland...

》Apakah Dr. Mahathir akan mengenepikan Anwar dengan meminta bantuan dari Geng Kartel Azmin untuk kempen PRK DUN Semenyih?


》Dan yang paling penting, biarlah Dr. Mahathir tersepit dengan permainan politiknya sendiri tapi bagi UMNO dan PAS, kukuhkan lagi kerjasama antara 2 parti Islam di Malaysia supaya ugama Allah swt dan bangsa Melayu serta Bumiputera akan terus di bela di negara tercinta ini...

0 comments:

fda

Archives