Sunday, January 20, 2019

Pembunuh Allahyarham Mohd. Adib Akan Terlepas Dari Tali Gantung!!!


Pihak pendakwa mungkin berdepan kesukaran yang besar untuk mendapatkan sabitan membunuh jika mereka membawa kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim ke mahkamah, kata seorang peguam...

Menurut M. Hafiz Zainol Abidin tanpa mendapat pengesahan tentang punca kematian Muhammad Adib itu, peluang untuk pihak pendakwa memenangi kes berkenaan akan menjadi tipis...



Kata peguam terbabit, langkah mengadakan proses inkues sekarang membayangkan ahli patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat Muhammad Adib tidak menemui punca kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terbabit...


"Hal ini akan banyak mempengaruhi perbicaraan kes jenayah itu pada masa depan, jika ada, berhubung dengan tindakan menyalahkan sesuatu pihak kerana membunuh Adib"...



Seorang ahli patologi telah menjalankan bedah siasat ke atas jenazah Muhammad Adib tetapi Menteri Dalam Negeri, Muhyiddn Yassin, pada 27 Dis tahun lalu, mengumumkan bahawa suatu inkues akan di adakan bagi mengenal pasti kematian anggota JBPM itu...


M. Hafiz berkata laporan bedah siasat menjadi keterangan yang penting, selain bukti lain dalam sesebuah perbicaraan...


Apabila sesuatu kes bunuh di bicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, pendakwa terlebih dulu perlu membuktikan mangsa mati akibat kecederaan di lakukan oleh suspek...


Masih ada kemungkinan inkues itu akan mendapati Muhammad Adib meninggal dunia akibat serangan, namun pihak pembelaan masih boleh berhujah menggunakan laporan bedah siasat, jika ia menunjukkan pemeriksa tidak dapat merumuskan punca kematian tersebut...


Satu lagi kemungkinan daripada inkues itu ialah, Mahkamah Koroner boleh membuat keputusan terbuka...


Dalam keadaan itu, mahkamah boleh memutuskan punca atau keadaan kematian Muhammad Adib tetap tidak di ketahui atau dapat di jelaskan...




Kalau mahkamah memberikan penghakiman terbuka, ia akan jadi lebih sukar untuk pendakwa mendapatkan sabitan membunuh, malah untuk sabitan membunuh tanpa niat sekali pun ianya menjadi sangat sukar!!!


Apakah Mereka Maraikan Pra Pembebasan Pembunuh Allahyarham Mohd. Adib



Menteri Undang2, Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara seronok berjoget bersama, raikan apa yer...

Menteri jaga Undang-Undang Pakatan Harapan, Liew Vui Keong, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas berronggeng di atas pentas bersama penuh kegirangan...  



Nak tanya pada 3 manusia ini, apakah tujuan sebenar di adakan inkues terhadap kes pembunuhan Allahyarham Mohd. Adib?


Pernahkah terjadi dalam proses perundangan Malaysia atau mana2 proses perundangan dalam dunia nie, kematian yang dah di pastikan puncanya, di kaji semula kerana pindaan seksyen terhadap pertuduhan akibat dari kematian mangsa?

Kegilaan apakah ini?

Di mana perginya prinsip Kedaulatan Undang Undang negara Malaysia?



Hari ini kamu semua bergembira, berjoget dan tertawa, tapi di masa yang sama, tahukah kamu, ibu dan bapa Allahyarham Mohd. Adib sedang menunggu2 keadilan dan pembelaan ke atas kematian anak mereka di tegakkan...

Benar, Allahyarham Mohd. Adib bukan anak kamu, bukan adik kamu tetapi sedarkah kamu, Allahyarham Mohd  Adib ialah lambang Kedaulatan Undang Undang Malaysia pada pandangan mata dunia...

Sekiranya runtuh Kedaulatan Undang Undang Malaysia satu hari nanti, maka tangan2 kamulah yang meruntuhkannya dan nama2 kamu akan di kenang sebagai pengkhianat kepada Kedaulatan Undang Undang!!!

0 comments:

fda

Archives