Wednesday, January 9, 2019

DAP Tentukan Masa Depan Anwar Walau Pun Nak Hadapi PRK Cameron Highland DAP Dah Menggelabah!!!


Dr. Mahathir Mohamad akhirnya mengaku sekadar boneka selepas mengatakan jawatan Perdana Menteri di sandangnya di tentukan oleh parti DAP sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara...



Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tidak mustahil pengakuan Mahathir itu juga memberi gambaran kedudukan penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga termasuk dalam perancangan DAP...

Apa yang di katakan oleh DS Ismail Sabri ternyata mempunyai asas yang kukuh...

Dr. Mahathir sendiri mengakuinya dalam ucapan beliau di Terengganu (tonton video klip di atas)...



Fakta yang kedua ialah kehilangan pengaruh Anwar Ibrahim di dalam PKR sendiri...

Walau pun Anwar Ibrahim di angkat sebagai bapa reformasi oleh penyokong2 kuat beliau di dalam PKR, namun tak ada siapa boleh menafikan bahawa Anwar sudah mula kehilangan pengaruh di dalam PKR...



Retak yang dah menjadi belah, akhirnya sampai ke kemuncak bila Anwar Ibrahim mengumumkan perlantikan Rafizi (yang tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden kepada Azmin Ali), ekoran dari keputusan Nurul Izzah meletakkan semua jawatan dalam parti termasuk Naib Presiden PKR...

Pengumuman Anwar di lihat sebagai cuba memperkukuhkan pengaruh beliau di dalam PKR...

Namun ianya mendapat tentangan dari kem 'kartel' yang di ketuai oleh Azmin, sehinggakan Zuraidah mengeluarkan kenyataan, mereka sudah mempunyai kekuatan untuk menubuhkan parti baru yang di pimpin oleh Azmin Ali...

Sekiranya ini berlaku, maka sudah tentu PKR akan kehilangan kerusi parlimen dan sekiranya Anwar masih bernafsu untuk menjadi perdana menteri, maka satu2nya cara adalah mendapatkan RESTU dari DAP yang jelas menjadi 'king maker' dalam Pakatan Harapan...
Apakah rakyat masih lagi mahu bergantung harap pada Pakatan Harapan yang jelas berada di bawah telunjuk DAP!!!

Tidakkah rakyat masih tidak nampak kehancuran demi kehancuran yang telah di lakukan oleh DAP sejak menguasai pentadbiran negara sejak 8 bulan yang lalu...



Pendedahan Dr. Mahathir telah menyebabkan  DAP gelabah, lebih2 lagi PRK Cameron Highland dah semakin hampir...

Apatah lagi bila melihat kerjasama dalam BN semakin mantap dengan tersiarnya gambar Presiden PAS dan Presiden MIC berjabat tangan...

Tapi Kit Siang cuba menutup keadaan sebenar yang di rasai oleh DAP dengan memperlekehkan kerjasama yang terjalin dalam BN...

Rakyat dah banyak tertipu dengan DAP sejak DAP memegang tampuk kuasa dan kini mereka cuba menipu perasaan mereka sendiri...

PRK Cameron Highland adalah platfom terbaik untuk rakyat menyampaikan mesej yang jelas kepada DAP bahawa rakyat dah muak dengan penipuan dan sandiwara DAP!!!

0 comments:

fda

Archives