Sebab dah mula goyang dengan PRK Cameron Highland, kerana kesilapan meletakkan M. Manogaran, yang semua orang tahu bukan saja calon 're-cycle' DAP, malah seorang calon yang biadab kerana menghina masyarakat orang asli dalam isu 'kuih orang asli tidak laku' untuk mewakili Pakatan Harapan, terbaru PH sekali lagi menghantar Senator Bob Manolan, seorang yang yang juga berketurunan orang asli untuk bukan saja menghina malah mengugut masyarakat orang asli di Cameron Highland...
Dalam satu pertemuan antara Bob Manolan dengan pemimpin masyarakat orang asli (tok batin) di kubu BN di Pos Betau, Jelai, Bob Manolan dengan angkuh berkata :
"Batin ini memang di bayar oleh kerajaan pusat, maka itu Batin kena sokong Pakatan Harapan"...
"Tak sokong kita buang"...
"Mana-mana batin yang tak sokong kerajaan kita tak bayar gaji dia, betul?
"Jangan bayar gaji dia".
"Kita bayar gaji dia, dia tak sokong kita, buat apa kita bayar gaji dia" katanya...
Bob sendiri berasal dari masyarakat orang asli tapi dari spesis yang dah lupa diri kerana telah di lantik sebagai senator dan mewakili komuniti orang asli di Dewan Negara...
Sebelum ini ketua kampung orang asli atau lebih di kenali sebagai Tok Batin, di bayar antara RM800 dan RM1,200 berdasarkan jumlah penduduk dan keluasan sesuatu kampung berkenaan...
Ugutan Dan Penghinaan Bob Manolan Menunjukkan Sikap Sebenar Pemimpin Pakatan Harapan Yang Mengamalkan Politik Dendam
Like father, like son...
Sebagaimana sikap pemimpin utama Pakatan Harapan, begitulah juga sikap pemimpin bawahan...
Dari kata2 Bob Manolan, jelas menunjukkan ada dendam kesumat terhadap bangsa beliau sendiri, malah secara langsung Bob juga memberitahu bahawa tok batin dan masyarakat orang asli adalah malas serta tidak mampu berdikari dan bergantung sepenuhnya pada bantuan kerajaan...
Tanpa bantuan dari kerajaan, tok batin dan orang asli akan mati kelaparan!!!
Dari kata2 Bob Manolan juga, jelas menunjukkan sikap memandang hina kepada bangsa beliau sendiri...
Walau pun Bob Manolan adalah dari PKR, tapi mungkin kerana terlalu kagum dengan Dr. Mahathir yang sentiasa mengamalkan politik dendam dan suka menghina bangsa sendiri, maka Bob Manolan terpengaruh dengan sikap buruk dan busuk idolanya, Dr. Mahathir, yang pada pandangan mata Bob Manolan adalah sikap suci dan murni!!!
Tok Batin Di Cameron Highland Menunjukkan Kemarahan Atas Ugutan Dan Penghinaan Bob Manolan
Ketua Kampung Tanjung Belida, Batin Apam Pak Adui berkata senator Bob Manolan telah memperlekehkan mereka serta tidak layak menjadi pemimpin...
"Tak sedap!!!"
"Seolah2 macam itu nak jadi pemimpin, tak boleh"...
"Ini bermakna dia menjatuhkan maruah seorang batin itu"....
"Kalau dia cabar depan aku berhenti, aku berhenti hari ini juga"...
"Letak jawatan, tak pergi mengundi"...
"Sedangkan aku ada kebun, aku boleh hidup juga"...
"Aku tak minta sedekah dari mana2" kata Apam dengan nada berang...
Ketua Kampung Chekai, Batin Karim Andung juga membidas pemimpin dari PKR itu...
"Kalau mengikut batin2 memang ada menyinggung perasaan (kami) lah"...
"Sebab mereka mengaku batin2 yang tidak menyokong PH bahawa elaun kami akan potong dan jawatan di buang"...
"Jadi kami tak risau sangat, sekarang jika mereka nak buang, buang"...
"Kita tak ada masalah, kalau betul nak sokongan masyarakat orang asli, jangan cakap macam itu" katanya...
Malah menurut Karim, kerajaan persekutuan yang memerlukan bantuan tok batin dan sokongan masyarakat orang asli...
"Mereka bagi (jawatan dan gaji), kita ambil"...
"Mereka tak bagi, tak ada masalah"...
:Tapi kalau tak ada batin, tak ada penghulu, kerajaan mana boleh tuju kalau dia nak panggil orang macam dia nak buat program"...
"Mereka pun tak kenal orang asli katanya"...
Karim berkata beliau juga mempunyai tanaman sendiri seperti pisang, getah dan kelapa sawit jika gaji dan jawatan mereka di lucutkan...
Ketua Kampung Jelengok, Batin Rangan Pak Chongkel, adalah hak mereka untuk mengundi calon pilihan masing"...
"Majlis anjuran kerajaan negeri kita hadir dengar, kerajaan pusat kita hadir dengar"...
"Sebab kita orang dari segi elaun memang kerajaan pusat bayar, salur ke JAKOA...
"Tunjuk muka saja, ini hati orang tak nampak"...
"Rahsia itu undi, yang penting muka kena dedahlah" katanya...
Bila Kena Kecam, Bob Cuba Menafikan Kenyataan Yang Beliau Sendiri Buat
Dalam kenyataan media yang di siarkan di akaun facebook milik beliau, Bob Manolan bijak pusing keliling apa yang dia cakapkan...
Pandai betul dia spin pusing keliling bila dah kantoi...
Ini sama kes dengan calon PKR Cameron Highland yang baru2 nie menuduh orang Melayu tak beli kuih orang asli...
Namun bijak meminta maaf selepasnya...
Bob Manolan Lupa Pesan DS Najib, Internet Tak Pernah Menipu
Sama ada Bob Manolan lupa atau tak mengendahkan pesanan DS Najib Razak...
"Internet tak pernah menipu"...
Kalau apa yang di ucapkan oleh Adolf Hitler puluhan tahun yang lalu pun boleh kita dengar balik, inikan pula apa yang Bob Manolan ucapkan baru 2 hari yang lepas...
Di zaman teknologi maklumat, segala2nya berada di hujung jari...
Jelas keangkuhan Bob Manolan, bukannya mahu meminta maaf, malah dengan sombongnya menafikan apa yang beliau sendiri ucapkan...
Itulah sikap dan wajah sebenar pemimpin Pakatan Harapan...
Angkuh, sombong, suka menabur fitnah, suka menipu, suka menafikan apa yang mereka sendiri ucapkan, namun selagi boleh di putar belitkan kebenaran dan kenyataan, MINTA MAAF bukanlah sifat mereka...
Tak perlulah mengharapkan kepada kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan mereka...
Apakah rakyat Cameron Highland masih ingin meletakkan harapan dan masa depan mereka kepada pemimpin yang angkuh seperti mereka?
Sudah tentu tidak!!!
Ayuh pengundi2 di PRK P078 Cameron Highland, terutamanya masyarakat orang asli yang mewakili 20% jumlah pengundi di Cameron Highland, tolak Pakatan Harapan, tunjukkan kepada mereka, bila rakyat sudah marah, maka keangkuhan pemimpin Pakatan Harapan pasti akan tersungkur ke bumi!!!
0 comments:
Post a Comment