Tuesday, January 15, 2019

Hello SPR, Pemenang BN Di Cameron Highland Kena Tarik Balik Kemenangan Sebab Apa?


Tular di media sosial, gambar seorang wanita berkemeja T berwarna merah dengan lambang Pakatan Harapan sedang mengagihkan duit pada beberapa pemuda yang juga berkemeja T yang sama dengan wanita tersebut...


Gambar2 yang tular tu, mendapat kecaman dari netizen dan rakyat Malaysia, mereka menggesa pihak2 tertentu seperti PDRM, SPRM dan terutamanya SPR bertindak supaya salakan Pakatan Harapan, PRK P078 Cameron Highland akan menjadi pilihanraya terbersih di buktikan...

SPR Masih Tak Beri Apa2 Respon Terhadap Apa Yang Sedang Berlaku


Mengejutkan bila Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Azhar Harun @ Art Harun mengeluarkan kenyataan bahawa SPR tak mampu berbuat apa2...


Malah beliau menyalahkan pihak yang mendesak supaya SPR mengambil tindakan tegas untuk mendapatkan kepastian apa sebenarnya yang berlaku...

Kita faham, adalah di luar bidang kuasa pihak SPR untuk menangkap, tapi kita tak faham kenapa seorang yang bertaraf Pengerusi SPR boleh mengeluarkan kenyataan BODOH dan 'bias' macam tu!!!


Sepatutnya sebagai seorang Pengerusi SPR, Art Harun harus menegur dan menasihatkan kepada semua calon2 PRK Cameron Highland supaya mematuhi undang2 untuk memastikan kelancaran PRK Cameron Highland lancar dan bersih dari segala amalan rasuah politik...

Sebagai Pengerusi SPR, Art Harun juga boleh mengeluarkan amaran keras kepada calon2 yang bertanding di PRK Cameron Highland, bahawa sebarang tingkah laku yang mencurigakan, akan di siasat oleh pihak berkuasa dan sekiranya terbukti bersalah maka pihak SPR tidak akan teragak2 untuk mengambil tindakan tegas termasuk menggugurkan kelayakan calon untuk bertanding...


Jelas dari kenyataan Art Harun menggambarkan bahawa beliau bukanlah seorang yang profesional dan tidak layak memegang jawatan sebagai Pengerusi SPR!!!


Untuk pengetahuan Art Harun, lapuran telah pun di buat oleh Pemuda UMNO Pahang, melalui Ketua Pemuda mereka, Mohd. Farid bin Mohd. Nor kepada pihak SPRM mengenai gambar yang di syaki sebagai amalan rasuah politik oleh Pakatan Harapan...

Agak mengejutkan bila Art Harun sebagai Pengerusi SPR tak tahu perkara nie dan masih lagi menyalak mengatakan tiada sebarang lapuran di buat kepada pihak berkuasa...


Jelas, Art Harun memang tidak berminat untuk mengambil sebarang tindakan terhadap isu nie kerana ianya di lakukan oleh pihak Pakatan Harapan!!!

Cuma nak mengingatkan Art Harun, November lepas, Mahkamah Pilihanraya mengisytiharkan bahawa keputusan pilihanraya kerusi Parlimen Cameron Highland pada Mei lalu yang memberikan kemenangan kepada calon BN, Sevvaraajh adalah terbatal dan tidak sah...

Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa terbukti wujud amalan rasuah yang di ketahui dan mendapat keizinan oleh Sivarraajh...

Sivarraajh menafikan beliau memberikan rasuah dan turut mempersoalkan bagaimana nilai keadilan itu berbeza perspektif dengan kerajaan baharu...

"Jika kami bagi makanan pun, katanya itu rasuah"... 

"Yang ini (gambar tular) bagaimana pula?" 

"Saya pasti mereka ada 'penjelasan' mereka sendiri"... 

"Mereka kini kerajaan, mereka 'kuat', undang2 dengan mereka"...

Manusia Memang Suka Menipu Tapi
Internet Tak Menipu

Sebenarnya mengikut Undang-Undang, Pengerusi SPR boleh berbuat sesuatu ke atas perkara ini sebab tuduhan di atas adalah tertakluk di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya (Perkara 9: Pengaruh Tidak Wajar dan Perkara 10: Penyogokan) di mana SPR boleh menyiasat dan meminta Peguam Negara untuk mendakwa...

SPR perlu telus dan adil dalam perkara ini dan tidak bertindak 'double standard' apabila tuduhan atau kesalahan di lakukan oleh pihak parti kerajaan Pakatan Harapan...

Rasuah adalah rasuah, sama ada seringgit atau seribu...

Ia perlu di ambil tindakan...

0 comments:

fda

Archives