Sunday, January 6, 2019

Kalau Mengikut Automatic Pricing Mechanism (APM) Harga Petrol Sepatutnya Lagi Rendah


Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di minta terus aktif mengkritik dan mendedahkan salah laku kerajaan Pakatan Harapan (PH) di laman sosial Facebook beliau...

Terima kasih kepada DS Najib Razak, di sebabkan kelantangan DS Najib bersuara dengan memberi kritikan yang tajam tapi konstruktif, DS telah berjaya untuk menghentikan eksploitasi harga minyak oleh kerajaan terhadap rakyat...



Sila terus berjuang menjaga kebajikan rakyat dan terus menerus troll mereka, supaya kerajaan pakar U-Turn ini tak melakukan sesuatu sesuka hati mereka...

DS Najib sebelum ini mengkritik tindakan kerajaan PH yang mengenakan 'cukai petrol' kepada rakyat ekoran masih mengekalkan harga RON95 pada kadar RM2.20 sungguh pun harga minyak global mencatatkan trend penurunan...

Susulan kritikan berpanjangan itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada minggu lalu mengumumkan harga runcit petrol akan kembali di tetapkan secara mingguan bermula 1 Januari 2019...

Bagaimanapun ia terpaksa di tangguhkan beberapa hari ekoran bantahan daripada Pengusaha Stesen Minyak, sebelum akhirnya beliau mengumumkan penurunan harga runcit semua jenis bahan api, hari ini...

Dalam kenyataannya hari ini, Guan Eng mengumumkan harga RON95 akan di turunkan daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter...

Manakala harga runcit petrol RON97 pula akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter...

Sementara itu harga runcit diesel pula di turunkan sebanyak 14 sen, daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter...

Guan Eng di gesa memberi penjelasan mengenai LEBIHAN 7 SEN memandangkan dalam pendedahan Najib sebelum ini menyatakan, harga RON95 sepatutnya RM1.86 seliter mengikut sistem Automatic Pricing Mechanism (APM), bukan RM1.93...

Guan Eng, jangan sesekali fikir harga minyak dah turun rakyat dah puas hati... 

Mohon pencerahan mengenai bagaimana LEBIHAN 7 SEN/LITER hasil jualan minyak itu di belanjakan seperti mana yang DS Najib bongkarkan kepada kita minggu lepas harga sebenar adalah RM1.86/liter...

Jangan pandang enteng nilai 7 sen ini kerana dengan 7 sen/liter ini, kerajaan mampu mengutip kira2 RM4 juta seminggu atau pun RM12 juta sebulan cukup untuk membeli kira2 4 buah banglo mewah milik Guan Eng di Pulau Pinang...

Guan Eng perlu memberi penjelasan jika berpegang kepada prinsip CAT yang dilaung2kannya selama ini... 

Peluang Rakyat Sampaikan Mesej Yang Jelas Kepada Kerajaan Pakatan


Kepada pengundi2 PRK Cameron Highland, inilah peluangnya untuk kita sampaikan mesej yang cukup jelas kepada kerajaan Pakatan Harapan...

Jangan terlalu suka membuat U-Turn dan menganggap rakyat bodoh...

Gunakan kuasa yang ada pada kita untuk singkirkan mereka...

Jika semua rakyat bangkit, baru kerajaan PH perit nak kencing!!!

0 comments:

fda

Archives