Pegawai Pengurus PRK P078 Cameron Highland secara rasmi mengumumkan calon Barisan Nasional, Ramli bin Mohd. Nor di pilih sebagai Ahli Parlimen Cameron Highland yang baru selepas menewaskan 2 orang calon bebas dan 1 orang calon Pakatan Harapan...
Memang benar, kemenangan YB Ramli tak akan mengubah kerusi PH dalam Dewan Rakyat kerana BN hanya mempertahankan kerusi Dewan Rakyat yang di menangi sewaktu PRU 14...
Tapi kenapa PH bersungguh2 mahu merampas kerusi Parlimen Cameron Highland, hingga menghantar kesemua pemimpin utama mereka dalam membantu kempen PRK Cameron Highland...
PRK P078 Cameron Highland Bukan Hanya Sekadar PRK Biasa
Sudah hampir 9 bulan PH mengambil alih Putrajaya, namun keyakinan rakyat terhadap kerajaan PH, semakin hari semakin merudum...
Ini kerana dasar2 dan keputusan2 yang di buat dan di laksanakan oleh kerajaan PH sejak menjadi kerajaan, bukan saja menyalahi janji2 manifesto PRU 14 mereka, malah ianya membebankan rakyat...
Apa yang lebih membosankan rakyat ialah, setiap kali bila mereka bercakap tentang kegagalan menunaikan janji2 manifesto, mereka dengan angkuh mengatakan, ianya bukanlah berpunca dari kelemahan pentadbiran mereka tetapi kerana kesalahan dan kegagalan mantan kerajaan BN...
Maka cerita2 yang lapuk dan basi seperti 1MDB, RM2.6 bilion duit rakyat yang di curi oleh DS Najib, hutang negara RM1 trilion akan di ulang berkali2, sedangkan kesahihannya, semakin hari, semakin meragukan...
Rakyat sudah bosan dengan alasan2 bodoh dan tak logik yang di ulang2 oleh pemimpin PH...
Rakyat sudah muak dengan sikap pemimpin PH yang suka menuding jari ke pihak lain, untuk menutup kelemahan sendiri dan membiarkan masaalah yang ada tidak di selesaikan dan rakyat terkapai2 menghadapi tekanan hidup tanpa apa2 pembelaan dari kerajaan...
Rakyat hanya menunggu peluang untuk memberikan mesej yang jelas kepada PH dan peluang itu tiba dalam PRK P078 Cameron Highland...
PRK P078 Cameron Highland Berikan Tanda Jelas Kepada PH
Pemimpin PH sebenarnya sedar dan tahu keresahan serta kemarahan rakyat pada mereka tapi keangkuhan mereka menafikan kenyataan yang berlaku di depan mata...
Sewaktu kempen PRK P078 Cameron Highland, mereka tetap cuba menabur janji2 manis pilihanraya walau pun jelas rakyat sudah tidak boleh menerimanya lagi...
Mereka tetap dengan keangkuhan pada kuasa yang di berikan oleh rakyat pada mereka...
Kuasa yang ada di gunakan untuk menipu dan menabur fitnah yang hakikatnya mereka sendiri lakukan...
Bukan itu saja, malah mereka gunakan kuasa yang ada untuk mengugut rakyat, menggunakan segala aset kerajaan untuk kepentingan politik, mengamalkan rasuah politik secara terang2an, walau pun semasa menjadi pembangkang, itulah tuduhan yang di lemparkan kepada mantan kerajaan BN...
Ini menambahkan kemarahan dan kebencian rakyat pada kerajaan PH serta menyebabkan sokongan rakyat kepada kerajaan PH semakin hari semakin menjunam...
Tapi sikap menyalahkan parti lawan sudah sinonim dengan jiwa pemimpin PH dan menyebabkan mereka tetap menuding jari pada BN...
Pemimpin PH bukan saja tidak mampu menerima kegagalan dengan fikiran terbuka atas semangat demokrasi tapi mereka juga gagal melihat kelemahan diri sendiri kerana keangkuhan mereka...
Suara Rakyat Suara Keramat
Tahniah kepada pemimpin BN yang dah mula menunjukkan kematangan sejak kehilangan kuasa...
Teruskan kerjasama dengan PAS untuk terus membela rakyat yang tertipu dengan politik kotor PH...
Kekalkan momentum yang ada, dampingi rakyat dengan cara berhemah, curahkan bakti kepada rakyat dengan penuh keikhlasan, bantulah golongan yang memerlukan semampu yang boleh, walau pun kuasa tiada lagi di tangan, In Sya Allah, peralihan kuasa akan berlaku lagi dalam PRU 15...
Pokok yang menjulang tinggi bermula dari benih yang berputik, kemenangan PRK P078 Cameron Highland adalah benih sokongan rakyat pada BN yang sudah berputik...
Siramkanlah air serta baja dengan memberikan perkhidmatan kepada rakyat, jangan di ulangi kesilapan yang lama...
Pasti benih yang sudah berputik akan mengeluarkan mengeluarkan akar dan akan suburlah sokongan rakyat kepada BN...
PRK P078 Cameron Highland bukanlah hanya satu PRK biasa tetapi menjadi titik perubahan sokongan rakyat yang beralih dari PH ke BN...
0 comments:
Post a Comment