Baru2 nie tular di media sosial, Datuk Liew Vui Keong (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang2), Richard Malanjum (Ketua Hakim Negara) dan Tommy Thomas (Peguam Negara) 'bertwist' atas satu pentas, dalam majlis yang sama...
Alasan yang di berikan ialah, mereka hanya bersosial...
Adakah Beretika Bila Ahli Politik
Persoalannya adakah satu perbuatan yang beretika bila seorang Ketua Hakim Negara, Peguam Negara bersosial dengan ahli politik...
Apakah jaminan integriti kehakiman dan Kedaulatan Undang Undang yang menjadi asas kepada institusi perundangan negara...
Memetik kata2 seorang beokas hakim kanan, Tan Sri Jeffry Tan Kok Hwa, "Para hakim tidak sepatutnya di kenali"...
"Keadilan adalah buta"...
Hakikatnya, itulah harga yang harus di bayar oleh seseorang yang ingin menjadi lambang kepada Kedaulatan Undang Undang...
Di manakah suara2 yang pernah pertikaikan perkara yang sama berlaku satu masa dahulu...
Adakah kerana sekarang ini, pemilik suara tersebut sudah menjadi kerajaan maka perkara yang dahulunya 'haram' kini sudah menjadi suci dan 'halal'!!!
Adakah Lagi Jaminan Kepada Integriti Perundangan Bila Hakim Dan Peguam Bersosial Dengan Umum
Isunya bukan sekadar menari 'twist' tapi perlanggaran kod etika kehakiman...
Kod Etika Hakim 2009 di bawah Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan had2 tingkah laku YA Hakim-Hakim termasuk Ketua Hakim Negara...
Malah Bahagian II Kod berkenaan menjelaskan bahawa seseorang hakim itu wajib mematuhi peruntukan2 yang di tetapkan atau di kenakan tindakan tatatertib...
Sebagai contoh, Bahagian III Tatakelakuan Perkara 6 (2) menjelaskan bahawa seseorang hakim itu tidak boleh memberikan atau membenarkan orang lain memberikan gambaran kepada mana2 orang bahawa mereka berada di dalam kedudukan yang istimewa untuk mempengaruhinya...
Bukankah paparan video Ketua Hakim Negara ber'twist' sakan dan mesra dengan Peguam Negara dan peguam2 persendirian boleh mencetuskan gambaran dan persepsi berada di dalam kedudukan istimewa sebagaimana Garis Panduan Kod Etika Kehakiman ini?
Perkara 8 (1)(a) dan Perkara 8 (2) di dalam bahagian yang sama pula menyatakan secara jelas bahawa seseorang hakim hendaklah memastikan semua aktiviti luar kehakiman tidak menimbulkan keraguan yang munasabah tentang keupayaan untuk bertindak dengan saksama sebagai seorang hakim...
Seseorang hakim juga hendaklah mengelakkan hubungan rapat dengan anggota profession perundangan secara individu...
Walaupun Siti Kassim berhujah bahawa beliau tidak mengenali YAA Ketua Hakim Negara (CJ) secara individu, bagaimana dengan Ambeega?
Ambeega mempunyai sejarah panjang bersama YAA Ketua Hakim Negata khususnya semasa prosiding kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan...
Justeru, jika Kod Etika Hakim 2009 yang sepatutnya menjadi panduan utama bagi memastikan kebebasan 'impartiality' dan 'integriti' hakim2 terpelihara pun hendak di remeh dan di abaikan, bagaimana keseluruhan Institusi Kehakiman Negara ingin mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat?
Rakyat juga pasti tertanya2 apakah wujud lagi doktrin pemisahan kuasa atau 'separation of power' yang akan memastikan keadilan benar-benar di laksanakan dalam negara ini?
Undang2 Etika Peduli Apa Yang Di Pandang Mata Orang Awam
Menari tradisi guaman?
Hujah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang) semata2 utk memperbodohkan pengundi2 sahaja...
Tradisi guaman barat mungkinlah sebab kebetulan budaya bangsa dan negara mereka berparti dan berpesta sambil mabuk dan bawah pengaruh dadah...
Jadi mereka serap budaya bangsa mereka ke dalam bidang guaman agar tak stress sangat, ada hiburan...
Tapi walaupun begitu budaya barat, tak pernah pulak Ketua Hakim mereka menari sepentas dengan Peguam Negara dan Menteri Undang2 dan Peguam2 Kanan...
Selepas ini jika ada kes di hakimi oleh CJ Malanjum dan beliau membuat keputusan memihak AG, adakah yang kalah dalam kes itu percaya dgn kebebasan sistem kehakiman lagi?
Kes saman Jabatan Peguam Negara terhadap kerajaan negeri Kelantan kerana di dakwa merampas tabah orang asli adalah contoh terbaik, bagaimana bila 'seperation of power' dengan sengaja gagal di praktikkan...
Persoalannya, apakah tujuan sebenar Jabatan Peguam Negara memfailkan saman ini ketika PRK Cameron Highland?
Apakah ianya bermotifkan politik dan di bawah arahan pihak2 tertentu?
Bagaimana pula dengan isu Ngar Kor Meng dan sepupunya Ngeh Koo Ham yang merampas tanah dan balak orang asli di Kelantan dulu?
Adakah kerana kedua perompak ini dari parti DAP, maka mereka telah di sucikan oleh Peguam Negara?
Dan bagaimana pula dengan isu DAP curi tanah orang asli di Selangor seperti yang di dedahkan oleh blogger RPK?
Apakah ianya juga telah di halalkan oleh Tommy Thomas selaku Peguam Negara kerana mempunyai hubungan baik dengan ahli politik?
Jadi seperti yang di nyatakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi, ianya bukan sekadar menari twist!!!
Rujukan :
》Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
》Blog RPK
0 comments:
Post a Comment