Isu Pengapungan Harga Minyak : Dr. Mahathir Terus Buat U-Turn, Dalam Masa Yang Sama, Rakyat Terus Menderita
DS Najib : Ini Belum U-Turn Lagi, Ini Lampu Isyarat... Ini Bukan Lagi Senyap Senyap Tibai (SST)...😉😉😉 |
Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan hanya akan di laksanakan sebelum akhir minggu pertama 2019...
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata buat masa ini harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing2 kekal pada paras RM2.50, RM2.20 dan RM2.18 seliter...
Walau pun pada 24 Disember lalu, kerajaan mengumumkan harga runcit petrol akan kembali di apungkan dan di tetapkan mengikut harga pasaran minyak dunia secara mingguan bermula 1 Januari 2019...
Ini bermaksud, Kerajaan Pakatan akan terus menjarah duit rakyat dari setiap liter minyak yang di belanjakan!!!
Isu nie turut mendapat respin dari mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak :
"Ini belum u-turn lagi"...
"Ini traffic light (lampu isyarat)"...
"Ini bukan lagi senyap-senyap tibai"...
“Ini sudah terang-terangan tibai 30 sen setiap liter"...
"Beratus juta ringgit cukai petrol untuk minggu ini lagi"...
"Tibai dua bulan lebih, mana cukup?"...
"Tahun baharu, rakyat basah lagi"...
Inilah kerajaan yang melaung2kan slogan Malaysia Baru Membawa Harapan Baru!!!
Kerajaan BN yang di tuduh sebagai kerajaan kleptokrasi dan menindas rakyat, TIDAK PERNAH MENJARAH walau satu sen pun duit yang rakyat belanjakan untuk setiap liter bahan api yang di beli...
Malah kerajaan itulah yang memberikan subsidi bagi membantu mengurangkan beban rakyat...
Dr. Mahathir Gagal Mencari Jalan Penyelesaian Antara Keresahan Pengusaha Stesen Petrol Dan Himpitan Kos Sara Hidup Rakyat
Sekali lagi kerajaan Pakatan berjaya membuktikan bahawa merekalah satu2nya kerajaan yang membuat sesuatu dasar atau keputusan tanpa kajian yang menyeluruh...
Ekoran dari kenyataan kerajaan Pakatan mahu mengapungkan harga minyak (sekarang dah U-Turn), PDAM (Petroleum Dealers Association of Malaysia) telah melahirkan kebimbangan tidak dapat menyerap kos penurunan harga bahan api tersebut...
Dan mereka mendesak agar kerajaan menaikkan komisen jualan minyak...
Sekarang ini, komisen pengusaha stesen minyak adalah 12.19 sen untuk petrol dan 7 sen untuk diesel (seliter), tetapi tidak dapat sepenuhnya kerana ada yang di tolak sebagai yuran lesen operator kepada syarikat minyak antara 75 sen hingga 3 sen...
Mereka meminta kerajaan agar menaikkan kepada 15 sen setiap liter...
Jika ia gagal di laksanakan, mereka mendakwa operator stesen minyak hanya mampu menjalankan operasi selama 18 jam sehari...
Ini sudah pasti akan mendatangkan kesulitan terhadap rakyat...
Persoalannya, apakah pengumuman untuk mengapungkan harga minyak mulai 1 Januari 2019 adalah satu tindakan terdesak bila tembelang kerajaan PH menjarah sebanyak sekurang2nya 30 sen duit rakyat dari setiap liter di dedahkan...
Dan kerana terdesak, maka kerajaan mengambil langkah membuat pengumuman tanpa berbincang dengan pihak pengusaha stesen minyak semata2 untuk mengelakkan kemarahan rakyat!!!
Apakah tindakan dan keputusan Dr. Mahathir selepas berjumpa dan menerima petisyen dari PDAM?
Satu2nya kenyataan Dr. Mahathir selepas pertemuan dengan PDAM ialah mengenai kebimbangan kekurangan bekalan minyak selepas harga di apungkan, itu pun satu kenyataan yang cukup longgar...
"Anda sentiasa meminta jaminan"...
"Ya, saya hanya boleh memberi jaminan, tetapi jika bekalan tidak mencukupi apa yang boleh saya lakukan"...🤔🤔🤔
Hanya itulah yang mampu seorang pemimpin yang di katakan akan membawa HARAPAN BARU, terhadap keresahan rakyat!!!
Dr. Mahathir Terus Membisu Bila Aset Tabung Haji Di Jarah Kafir Harbi!!!
Laman blog nie ada buat pendedahan bahawa aset TH (Tabung Haji) sedang di jarah oleh puak kafir harbi...
Perkara yang sama juga telah di dedahkan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam akaun FB beliau...
Facebooker Najib Saahari pula telah memperincikan satu persatu syarikat2 yang telah di pindahkan dari TH kepada SPV milik kerajaan Pakatan di mana setiap syarikat tersebut mempunyai potensi membawa keuntungan yang besar kepada TH dan seterusnya memberi pulangan yang lumayan pada pendeposit TH...
Apakah Dr. Mahathir tidak mempunyai maklumat yang terperinci mengenai syarikat2 tersebut!!!
Adalah sangat2 mustahil, seorang perdana menteri tidak mempunyai maklumat yang rakyat marhaen ada...
Persoalannya, mengapakah Dr. Mahathir mengambil sikap membisu atau apakah ianya memang antara perancangan Dr. Mahathir sendiri untuk menjarah aset masyarakat Melayu Islam di Malaysia?
PPBM Akan Membela Masyarakat Melayu Islam, Betulker...🤔🤔🤔
Dengan U-Turn demi U-Turn pada dasar dan keputusan yang di buat kerajaan Pakatan bawah pimpinan Dr. Mahathir, beliau masih lagi dengan angkuh boleh mengatakan, hanya parti ciptaan beliau, PPBM, mampu mengubah dan membela nasib bangsa Melayu...
Celah mana yang nak di bela tu...
Admin noktahkan artikel kali ini dengan satu video klip yang akan menceritakan bagaimana PPBM boleh ubah dan bantu masyarakat Melayu Islam di Malaysia...
Biasanya orang kata, biar gambar berbicara tapi kali nie kita tukar sikit, biar video klip berbicara...
Selamat Menyambut Tahun Baru...
0 comments:
Post a Comment