Monday, January 28, 2019

Kemenangan Di Cameron Highland Adalah Anugerah Allah SWT Kepada Penyatuan Ummah


Agenda penyatuan ummah antara Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam PRK P078 Cameron Highlands menjadi penyumbang utama kepada kemenangan calon BN di kerusi Parlimen itu...

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerjasama dan bantuan daripada PAS amat jelas sekali apabila pengundi yang memberi undi kepada parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) lalu memberi kepercayaan kepada BN...

"Ini jelas menerusi peti2 undi yang sebelum ini di menangi PAS tetapi di atas kerjasama 2 parti BN khususnya UMNO dan PSS, dapat membuahkan hasil"...

"Ini strategi yang amat baik dan kita akan teruskan strategi dan kerjasama ini untuk kita pastikan agenda penyatuan ummah di negara ini dapat terus di perkasakan" katanya...

PAS Pahang Hargai Amilin Petugas PRK P078 Cameron Highland



Segala puji bagi Allah swt, Rabb Yang Memelihara Sekelian Alam, Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw juga ke atas keluarganya, para sahabatnya serta mereka yang beriman dan beramal soleh di sepanjang zaman...

PRK Cameron Highland telah berlalu dengan begitu sengit, menyaksikan kemenangan calon BN menumpaskan calon PH...

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas2 PAS yang bertungkus lumus bekerja sepanjang tempoh berkempen...

Ketaatan kepada arahan pucuk pimpinan berasaskan kepada perjuangan untuk memilih calon yang lebih menepati aspirasi Islam dan semangat solidariti untuk menguatkan pembangkang di dalam Dewan Rakyat ahli PAS turut ke medan PRK berkempen bagi membantu calon BN Ramli Mohd Nor sehingga di umumkan kemenangannya semalam...

PRK ini juga mencatatkan sejarah baharu dalam dunia politik Malaysia sekali gus juga menjadi pengalaman berharga bagi ahli PAS bila bekerja untuk membantu calon BN yang telah sekian lama bertembung di medan politik, namun apabila kepentingan Islam di letakkan di hadapan, ahli dan petugas PAS sanggup menghadapi segala bentuk kesukaran dan cabaran...

Saya mengharapkan agar, kerjasama yang di ikat demi kebaikan Islam dan negara ini dapat di ikat dengan lebih erat tidak mengira apa jua parti politik, bukan sahaja BN malahan parti2 lain termasuk PH, agar Islam dan Negara bertuah ini dapat terpelihara dengan sebaik2nya di samping tidak mendiskriminasikan bangsa dan penganut agama lain yang juga mempunyai hak di negara bertuah ini...

Saya juga melihat bukan sahaja pengundi Melayu Islam sahaja malahan juga bangsa lain seperti Orang Asal, Cina dan India juga membantu jentera dan memberikan undi kepada calon BN, kerana itu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) mestilah di jadikan sebagai syiar dan amalan kerana ini adalah pendekatan yang akan mengikat rasa persaudaraan, mempercayai dan menghormati antara satu sama lain...

Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua petugas PAS, semoga Allah swt balasi susah, payah, jerih dan segala bentuk kesukaran yang di hadapi dengan kebaikan di dunia dan akhirat...

Bersyukurlah Dan Angkat Wajahmu Dengan Bangga, Wahai Pemudaku 



26 Januari 2019, akan terpahat sebagai tarikh yang amat bersejarah dan pastinya akan di kenang...

Setelah pelbagai cabaran yang kita terpaksa harungi, bermula dengan PRU14 dan beberapa siri PRK yang lain, malam ini kita berjaya buktikan UMNO dan Barisan Nasional mampu bangkit kembali meraih sokongan rakyat dengan pertolongan Allah SWT jua, ALHAMDULILLAH!!!

Sahabat2 Pemuda UMNO...

Apabila nama YB Tuan Ramli di umumkan malam tadi, sebak hati mengimbau susah senang kita bersama sepanjang di Cameron Highlands... 

Dari ceruk2 pedalaman pos2 Orang Asli di Sinderut, Lenjang dan Titom ke rumah2 peneroka di Sungai Koyan, ke kampung2 tradisional Keledek dan Lubuk Kulit hinggalah ke kawasan tumpuan pelancong di Tanah Rata... 

Saya bangga kerana pasti akan ada Pemuda UMNO di sana istiqomah, bersemangat mengerah tenaga dan terus setia berkampung meninggalkan keluarga tersayang demi sebuah perjuangan...

Justeru sahabat2 Pemuda UMNO...

Malam ini kita buktikan bahawa pengorbanan ikhlas untuk sebuah perjuangan mampu membeli jiwa rakyat...

Malam ini kita menyaksikan perjuangan parti melangkaui kebendaan, duit mahupun pangkat...

Malam ini kita buktikan biar apa pun kekuatan kerajaan PH untuk menekan kita, kita masih mampu hadapinya dengan cekal untuk kembali bangkit...

Malam ini kita tunjukkan kepada dunia, bahawa Pemuda UMNO TELAH BANGKIT dengan penuh kerendahan diri namun berjiwa besar untuk kembali membela parti dan rakyat...

Kemenangan ini adalah kemenangan yang teramat manis buat kita semua...

Terima kasih pada semua jentera Pemuda UMNO dari seluruh negara yang telah bertungkus lumus untuk memastikan Cameron Highland kita kekalkan biru BN...

Terima kasih kepada jentera Pusat, Negeri, Bahagian, sayap2 Wanita dan Puteri...

Kemenangan ini hasil kerja sepasukan yang mantap, tanpa kesepaduan ini, kejayaan kita tidak mungkin mampu di perolehi...

Terima kasih jua pada sahabat2 PAS kita yang bersama2 di dalam PRK kali ini... 

Di harapkan kemenangan pada kali ini menjadi asas kukuh untuk kerjasama utuh bagi mempertahankan agenda Islam dan Melayu di negara kita...

Wahai saudara2 Pemuda UMNO ku...

Angkat wajahmu dengan bangga... 

Ini hanyalah salah satu dari tanda KEBANGKITAN KEMBALI kita... 

Kita perkukuhkan gerak kerja kita... 

Model untuk berjaya sudah ada... 

Kita cuba perbaiki dan terus perbaiki agar kita lebih bersedia untuk menjadi pembangkang berwibawa demi Rakyat dan Negara...

PERJALANAN KITA MASIH PANJANG DAN PASTINYA MAKIN BERLIKU...

Tetapi untuk malam ini, bergembiralah dan nikmatilah kemanisan kemenangan yang cukup bergaya...  

Jangan alpa dan leka, terus perkuatkan hubungan dengan Allah swt kerana hanya padaNya kita panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga, dan hanya padaNya jua kita bergantung harap...

Sesungguhnya Allah swt jua PENENTU SEGALA2NYA...

Syabas Kepada Semua



Kekalahan PH di PRK P078 Cameron Highland mencapai beberapa MATLAMAT dan memungkinkan beberapa KEMUNGKINAN :

1. BN dapat akhiri 'losing streak'...

2. Orang Asli pertama menjadi Ahli Dewan Rakyat...

3. Kaum Cina dapat luahkan protes terhadap Lim Guan Eng dan DAP berhubung kelembapan ekonomi dan impak kesilapan hubungan dengan Singapura kepada pekebun sayur di tambah dengan penyelesaian isu tanah TOL oleh MB...

4. PPBM dapat kekang tambahan kekuatan DAP (kemungkinan sebab Dr. Mahathir 'overkill' di Sungai Koyan dan 'hamper' malam terakhir kempen secara terbuka)...

5. PKR aka Anwar dapat kenakan tekanan terhadap Dr. Mahathir untuk lepaskan jawatan (Anwar sengaja over terhadap Najib)...

PKR mungkin sabotaj PPBM di Semenyih untuk naikkan Anwar...

Tapi orang Azmin yang kuat di Semenyih, maka boleh berlaku pertembungan sesama PKR...

6. Petanda politik kaum India mungkin terkesan akibat silap mainan politik, tindak tanduk Waytha (diam saja utk PRK) dan Seafield...

7. DAP aka Cina mungkin membalas untuk sabotaj PPBM di PRK Semenyih jika mereka yakin telah di sabotaj di Cameron Highland...

Bagi UMNO, kemenangan ini mestilah di jadikan sebagai titik permulaan kepada perjuangan untuk bangsa dan agama...

Bagi UMNO dan PAS, kemenangan ini mestilah di jadikan titik penyatuan ummah setelah lama bertelagah...

Bagi parti2 komponen Barisan Nasional, kemenangan ini mestilah di jadikan titik permulaan ke arah kerjasama dan kesetiaan yang lebih erat untuk kebaikan bersama...

Bagi penyokong2 UMNO, PAS dan parti2 komponen Barisan Nasional, kemenangan ini mestilah di jadikan sebagai titik permulaan kepada iltizam dan komitmen yang lebih jujur dan ikhlas di atas niat memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat...

Raikan kemenangan kita dan jangan lupa bersyukur kepada Allah swt kerana kemenangan ini adalah ketentuan dan izin dariNya...

Ingatlah firman Allah swt :


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


Ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu : 

Demi sesungguhnya...

Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras 

Surah Ibrahim : 7

Celebrate, rehat dan bersedia untuk Semenyih dan Ranau!!!






Sumber :  

》MyKMU.net

》YB Ustaz Rosli Abdul Jabar 
Pengarah Operasi PRK Cameron Highland PAS Pahang


》Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

0 comments:

fda

Archives