Wednesday, January 2, 2019

Sudah Tiba Masanya PH Minta Maaf Kepada Rakyat Malaysia


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akhirnya mengaku bahawa kos sara hidup terus meningkat...

Justeru itu mereka perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memfitnah pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai punca kenaikan harga barangan sebelum ini...


Setelah berbulan2 bertegas bahawa harga barang sudah turun selepas SST menggantikan GST, kerajaan PH akhirnya mengaku kos sara hidup terus meningkat...

PH juga mengaku bahawa GST bukan sebab utama harga barang naik...

Masanya sudah sampai untuk PH meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana telah menghasut dan memfitnah selama bertahun2 tentang GST siap berguling2 di jalanraya...

PH berjaya menabur fitnah dengan mengatakan bahawa GST merupakan cukai yang berganda hingga akhirnya rakyat masih mempercayainya sehingga kini...


Dalam akhbar berbahasa Inggeris, The Sun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saiduddin Nasution berkata, kerajaan mengakui bahawa susut nilai ringgit secara beransur2 berbanding mata wang utama lain telah menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup di negara ini, terutamanya bagi barangan makanan dan farmaseutikal yang di import...

Apa yang paling menghairankan ialah di sebalik propaganda2 PH sebelum ini, ramai yang percaya (dan masih percaya) kadar cukai GST ialah +6% +6% +6% iaitu cukai yang berganda2 yang menyebabkan harga barang keperluan naik...

Secara logiknya, jika benar harga naik +6% +6% +6% kerana GST, mengapa pula harga tidak jatuh -6% -6% -6% selepas GST di mansuhkan?

GST, cukai yang di perkenalkan pada 2015 dan berkadar 6 peratus telah di mansuhkan PH selepas berjaya memenangi PRU 14 lalu di mana ia merupakan sebahagian daripada janji gabungan itu dalam manifesto mereka...

Kerajaan PH kemudian mengumumkan pelaksanaan cukai SST berkadar 16 peratus bagi menggantikan GST, di mana ia berkuatkuasa pada 1 September lalu...


Namun selepas perlaksanaan SST, bukan saja rakyat semakin menderita kerana harga barang yang semakin melambung naik tapi kehidupan rakyat menjadi semakin terhimpit bila kerajaan terpaksa memansuhkan semua bantuan kepada rakyat akibat kehilangan pendapatan berbilion ringgit dari ketirisan kutipan cukai SST...

Sudah tiba masanya kerajaan PH mengakui kesalahan mereka dan meminta maaf bukan saja kepada kepimpinan mantan kerajaan BN tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia...

Usah lagi cuba mencipta alasan demi alasan yang menyalahkan kerajaan terdahulu kerana rakyat memilih kerajaan PH adalah untuk menyelesaikan masaalah dan bukannya mendengar alasan demi alasan atas kelemahan kerajaan PH...


Tak perlu lagi menegakkan benang yang basah kerana sudah jelas di mata rakyat, yang mana satu kaca dan yang mana satu permata...

Dengan saki baki masa yang masih ada untuk PH menjadi kerajaan, gunakanlah kesempatan itu sebaik2nya, supaya sekurang2nya nanti adalah juga jasa kerajaan PH untuk rakyat kenang bila kerajaan bertukar nanti...



Kredit :

Nur Effy
SuaraTV

0 comments:

fda

Archives