PRK Kimanis menutup tirai.
Selepas 20 bulan bertapak di Sabah, akhirnya parti Warisan yang menjadi kerajaan Negeri Sabah di bawah teraju Shafie Apdal tumbang juga di Kimanis.
Kemenangan Barisan Nasional di PRK Tg. Piai dengan kelebihan majoriti lebih 15 ribu undi adalah satu kemenangan yang cukup manis bagi parti Barisan Nasional.
Bayangkan satu parti politik yang menerima tekanan dari depan dan belakang, dari kiri dan kanan, tak cukup dengan itu, UMNO yang menjadi parti tunggak dalam Barisan Nasional bergerak dengan akaun rasminya dibekukan, mantan Presiden, DD Najib menghadapi pertuduhan salah guna kuasa, Presidennya pula, DS Ahmad Zahid Hamidi juga menghadapi tuduhan salah guna kuasa di mahkamah, tetapi berjaya menumbangkan calon dari Pakatan Harapan, parti yang memerintah kerajaan persekutuan tumbang dengan majoriti lebih dari 15 ribu undi!!!
Sebab apa, seperti yang dikatakan oleh Presiden UMNO, kerajaan yang dibentuk atas dasar fitnah, pasti akan tumbang.
Kejayaan Barisan Nasional juga membawa mesej, gelombang Muafakat Nasional antara parti UMNO dan PAS serta rakan-rakan parti komponen yang lain sudah bersedia membentuk kerajaan yang lebih kukuh dan stabil untuk kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.
Kemenangan Barisan Nasional Di PRK Kimanis Lebih Manis Dari Kemenangan Di PRK Tg. Piai
Seperti yang dikatakan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahalan :
"Selama 19 bulan UMNO Sabah dilanda musibah demi musibah".
"UMNO Sabah hampir hancur".
"Setiap hari kami nazak".
"Kami kehilangan 16 ADUN, 6MP, 2 Senator dan 22 Ketua Bahagian dengan kepimpinan lain"
Benar kata Datuk Abdul Rahman Dahalan, tiada siapa yang memberikan harapan kepada UMNO Sabah lagi.
Ramai yang beranggapan UMNO Sabah akan malah ada yang mengatakan pasti akan berkubur.
Tetapi DS Bung Mokhtar Radin dan Datuk Abdul Rahman Dahalan merupakan wira kepada UMNO Sabah.
Atas semangat perjuangan untuk rakyat dan negeri Sabah serta berpaksikan kesetiaan pada perjuangan parti mereka berdua bangunkan semula panji UMNO Sabah.
PRK Kimanis merupakan hasil pertama yang mereka nikmati dari penat lelah mereka selama ini.
Tahniah kepada wira UMNO berdua ini.
Teruskan perjuangan, kekalkan momentum kemenangan, In Sya Allah, akan lebih banyak hasil yang akan dituai.
Terus dekati rakyat, terus menjadi pemimpin yang inklusif di kalangan rakyat, buangkan sifat pemimpin UMNO yang eksklusif, pasti rakyat akan kembali ke pangkuan UMNO.
Faktor kedua yang membuatkan kemenangan PRK Kimanis lebih manis untuk kita nikmati ialah, pengaruh parti PAS dan parti komponen Barisan Nasional yang lain seperti MCA dan MIC boleh dikatakan kurang sengatnya di Sabah.
Gelombang Muafakat Nasional kurang dirasai di Malaysia Timur.
Namun begitu, PAS dan parti komponen Barisan Nasional tetap turun membantu, walau pun mereka tahu pengaruh mereka agak kurang di sana, tahniah dan terima kasih kepada PAS dan parti komponen Barisan Nasional.
Dalam ertikata lain, UMNO Sabah yang sedang nazak terpaksa bersendirian menghadapi parti Warisan yang menjadi kerajaan Negeri Sabah.
Dengan bantuan UMNO pusat, segala kekurangan ditampung bersama, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Ramai pemerhati politik tidak memberikan sebarang harapan kepada UMNO Sabah dalam PRK Kimanis, malah yang pro Pakatan Harapan mengatakan mustahil calon Warisan dapat ditumbangkan.
Namun, Allah SWT mempunyai perancangan yang lain.
Setelah Allah SWT telanjangkan keburukan serta pekong pemimpin Pakatan Harapan di Malaysia Barat, kini tiba giliran pemimpin Warisan ditelanjangkan segala kudis dan kurap mereka.
Dari calon Warisan yang bertanding, sampailah kepada pemimpin utama parti Warisan dibuka aib mereka di PRK Kimanis ini.
Tanpa PRK Kimanis, tak mungkin rakyat Sabah tahu siapakah sebenarnya yang bersungguh-sungguh mahukan Pas Sementara Sabah (PSS) dilaksanakan.
Tanpa PRK Kimanis, tak mungkin rakyat Sabah tahu, bahawa sewaktu menjadi Menteri KKLW, Shafie Apdal telah diberikan dana berbilion ringgit tapi tiada pembangunan yang dibawa Shafie ke Sabah.
Tanpa PRK Kimanis, tak mungkin rakyat Sabah tahu bahawa Shafie Apdal sebenarnya cuma jasadnya sahaja ada di Sabah tetapi beliau dilahirkan di Filipina dan meninggalkan hatinya kepada 2 isteri beliau yang berasal dari Malaya.
Sesungguhnya kemenangan calon UMNO Sabah/Barisan Nasional bukan bermaksud penolakan rakyat Sabah kepada Ramli Bujang atau Shafie Apdal saja tetapi membawa mesej penolakan total rakyat Sabah kepada parti politik Warisan di Sabah, dan Allah SWT mengizinkannya.
Tidakkah kejayaan Barisan Nasional di PRK Kimanis lebih manis dari kejayaan Barisan Nasional di PRK Tg. Piai, walau pun majoritinya jauh berbeza.
0 comments:
Post a Comment