Friday, May 29, 2020

Akhirnya Dr. Mahathir Di Pecat Dari PPBM


Keadaan menjadi semakin sukar bagi Dr. Mahathir bila parti PPBM yang beliau sendiri tubuhkan mengambil tindakan memecat keahlian beliau dari PPBM (BACA DI SINI).


Surat rasmi PPBM yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerja PPBM, Kapten (B) Muhammad Suhaimi bin Yahya telah menamatkan teka-teki sama ada PPBM berani mengambil tindakan tatatertib ke atas Dr. Mahathir , Mukhriz, Maszlee dan Amiruddin Hamzah.



Pemecatan itu dilakukan ekoran tindakan Dr. Mahathir dan 4 Ahli Parlimen itu berdegil untuk duduk di blok pembangkang sewaktu Parlimen bersidang pada 18 Mei lalu, walau pun amaran sudah diberi oleh PPBM mengenai kemungkinan tindakan pemecatan sekiranya mereka masih berdegil untuk berada di barisan pembangkang sedangkan PPBM merupakan sebahagian dari kerajaan.

Fasal 10.2.3 Perlembagaan PPBM menyatakan, pemberhentian dan pemecatan ahli berlaku apabila mereka menyertai atau menjadi ahli parti politik lain.

Bolehkah Dr. Mahathir Di Angkat Sebagai Perdana Menteri Sekiranya Undi Tidak Percaya Ke Atas Muhyiddin Berjaya? 




Percaturan politik menjadi semakin menarik sekarang :

- Apakah Dr. Mahathir akan tetap medapat kepercayaan dan sokongan dari Pakatan Harapan dalam undi tidak percaya yang akan beliau usulkan nanti memandangkan Dr. Mahathir sekarang adalah Ahli Parlimen bebas yang tidak menyertai mana-mana parti politik?

- Atau Pakatan Harapan hanya akan menggunakan Dr. Mahathir?

Sekiranya usul undi tidak percaya itu berjaya, maka Dr. Mahathir akan dinafikan jawatan Perdana Menteri atas alasan beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

- Atau Dr. Mahathir terpaksa menyertai parti politik yang lain sama ada PAN atau DAP.

Namun besar kemungkinan Dr. Mahathir akan menyertai PAN dan terpaksalah beliau bertuankan Mat Sabu...😂😂😂

Apakah Dr. Mahathir sanggup bertuankan Mat Sabu yang bertuankan DAP dan PKR?

Namun apakah pilihan yang Dr. Mahathir ada sekarang kerana PKR sudah pasti menolak penyertaan Dr. Mahathir dalam parti tersebut.

Atau Mat Sabu akhirnya akan dijinakkan oleh Dr. Mahathir!!!

Tindakan memecat Dr. Mahathir merupakan pengisytiharan perang Muhyiddin atau PPBM ke atas Dr. Mahathir.

Seperti yang kita ketahui, Dr. Mahathir tidak akan berdiam diri apabila diserang sebegitu rupa.



Malah dikatakan beliau sudah pun memulakan langkah untuk melakukan serangan habis-habisan ke atas Muhyiddin Yassin.
Apakah ini merupakan penghujung karier politik Dr. Mahathir dengan keadaan yang cukup mengaibkan?


Atau apakah ini kifarah dari Allah SWT ke atas Dr. Mahathir yang selama ini terlalu banyak memecahbelahkan bangsa Melayu dan Allah SWT membalas dengan parti yang beliau sendiri tubuhkan di atas ihsan DAP memecat beliau?

Apa pun alasan atau penyebabnya, Dr. Mahathir kini sebenarnya sedang menerima seksaan zahir dan batin dari Allah SWT kerana keangkuhan dan ketamakan beliau.

0 comments:

fda

Archives