Dr. Mahathir akan dikenang dalam sejarah sebagai ahli politik yang paling banyak menghuru-harakan landskap politik tanah air.
Sikap keras kepala dan pendendam Dr. Mahathir menyebabkan beliau akan lakukan apa saja demi untuk memenuhi nafsu serakah beliau untuk terus kekal bekuasa dalam politik tanah air.
Ramai yan sudah menjadi mangsa nafsu serakah politik Dr. Mahathir.
Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Hussien Onn, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam, DS Anwar Ibrahim, DS Najib Razak dan terkini yang menjadi sasaran beliau ialah TS Muhyiddin Yassin.
Siapa yang menghalang akan ditentang dan dimusnahkan dengan apa cara sekali pun.
Siapa yang membangkitkan kemarahan beliau akan beliau musnahkan.
DYMM Sultan Selangor pernah mengingatkan kita semua, apabila Dr. Mahathir marah, beliau akan bakar seluruh negara dengan kemarahan beliau.
Dan kini Dr. Mahathir sekali lagi marah kerana sejak bulan Februari lalu, apa saja yang beliau lakukan tidak memihak kepada beliau.
Bermula dari keengganan beliau untuk memenuhi janji melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, Dr. Mahathir didesak dan diasak oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam mesyuarat terakhir yang beliau hadir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (DENGAR RAKAMAN AUDIO MESYUARAT MAJLIS PH)
Akhirnya Dr. Mahathir ambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Perdana Manteri yang menyebabkan terbubarnya kabinet Kerajaan Pakatan Harapan.
Strategi Dr. Mahathir ialah untuk melakukan pembersihan menteri yang sering mendesak beliau untuk meletak jawatan dari barisan kabinet beliau.
Tapi niat itu tidak tercapai bila ianya tidak dipersetujui.
Kemudian Dr. Mahathir cuba mengugut Pakatan Harapan untuk membawa keluar PPBM dari Pakatan Harapan dengan mengemukakan cadangan PPBM akan keluar dari Pakatan Harapan dalam mesyuarat kepimpinan PPBM.
Tujuan Dr. Mahathir ialah supaya Pakatan Harapan tidak terus mendesak beliau untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri dengan segera kerana mengikut perkiraannya ketika itu, sekiranya PPBM keluar dari Pakatan Hrapan maka dengan sendirinya Kerajaan Pakatan Harapan akan tumbang.
Tujuan Dr. Mahathir hanyalah untuk mengacah Pakatan Harapan tetapi sebaliknya yang berlaku bila kepimpinan tertinggi PPBM mahu tindakan keluar dari Pakatan Harapan dilakukan dengan segera.
Kecewa dengan keputusan kepimpinan PPBM, Dr. Mahathir mengisytiharkan meletak jawatan sebagai Pengerusi PPBM.
Keadaan menjadi semakin terbelit untuk Dr. Mahathir bila Presiden PPBM, Muhyiddin mengumumkan PPBM keluar dari Pakatan Harapan yang membuatkan runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan.
Akhirnya bukan sahaja Dr. Mahathir kehilangan jawatan Perdana Menteri, tetapi Pakatan Harapan juga dengan rasminya tersingkir dari Putrajaya.
Dan kini Dr. Mahathir memulakan serangan ke atas Muhyiddin untuk memberikan tekanan supaya Muhyiddin berundur dari jawatan Perdana Menteri.
Apabila diumumkan 18 Mei yang lalu Dewan Rakyat akan bersidang, Dr. Mahathir menghantar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin dan cadangan usul tersebut telah diterima oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat.
Namun sekali lagi Dr. Mahathir kecewa bila persidangan yang diadakan cuma sehari itu hanya akan mendengar titah dari SPB YDP Agong.
Sebaik sahaja selesai persidangan Dewan Rakyat, Dr. Mahathir membuat sidang media bersama-sama beberapa parti dari Pakatan Harapan sebagai langkah awal untuk kembali merampas jawatan Pengerusi Pakatan Harapan tetapi sidang media itu diboikot oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan PKR.
Sebagai menjawab penipuan Dr. Mahathir bahawa kepimpinan PPBM tidak pernah membuat keputusan keluar dari Pakatan Harapan, terdedah pula rakaman audio Mesyuarat Kepimpinan PPBM yang membuktikan cadangan PPBM untuk keluar dari Pakatan Harapan sebenarnya datang dari Dr. Mahathir sendiri (lihat video klip pertama di atas).
Dan kini Dr. Mahathir menggunakan cara terakhir yang cukup berisiko, bukan sahaja kepada kerajaan yang memerintah sekarang, malah akan membuatkan rakyat semakin menderita di era pasca wabak Covid-19.
Dr. Mahathir mengumumkan akan boikot atau bantah setiap usul yang akan dikemukakan oleh kerajaan di dalam Dewan Rakyat (BACA DI SINI) dan (DI SINI).
Implikasi terhadap tindakan yang akan dibuat oleh Dr. Mahathir adalah sangat besar kepada rakyat dan negara.
Sekiranya tidak ada usul dari kerajaan yang akan diluluskan dalam Dewan Rakyat termasuk usul bajet, kerajaan yang memerintah tidak akan mempunyai dana untuk melicinkan pentadbiran negara.
Penjawat-penjawat awam seperti polis, askar dan beberapa perkhidmatan asas yang lain tidak akan menerima gaji bulanan mereka.
Pentadbiran negara akan benar-benar lumpuh, syarikat-syarikat kontraktor yang mendapat tender dari kerajaan tidak akan mendapat bayaran.
Berjuta rakyat Malaysia akan kehilangan punca pendapatan, ekonomi domestik dan luar akan lumpuh sepenuhnya.
Namun bagi Dr. Mahathir, itu semua tidak berada dalam pertimbangan beliau, yang penting, beliau dapat apa yang beliau mahu.
Benarlah seperti apa yang dititahkan oleh SPB Sultan Selangor, Dr. Mahathir akan membakar seluruh negara dengan kemarahan beliau.
0 comments:
Post a Comment