Nafsu Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan untuk kembali menjadi kerajaan tidak pernah padam.
Anwar yang sudah berpuluh tahun kempunan mahu jadi Perdana Menteri tidak akan jemu-jemu mengintai peluang dan ruang untuk menjadi Perdana Menteri (BACA DI SINI).
Anwar tidak peduli sama ada rakyat suka atau tidak, sama ada dia diperalatkan atau tidak, itu tidak menjadi kudis bagi Anwar.
Yang penting, Anwar mahu menjadi Perdana Menteri sebelum menutup mata.
Dalam keadaan negara malah dunia sedang dilanda wabak Covid-19, ramai ahli politik mengenepikan sementara agenda politik mereka tapi nampaknya tidak bagi Anwar dan Dr. Mahathir.
Mula-mula Mukhriz keluarkan kenyataan yabg berbentuk provokasi dan perang psikologi kepada semua Ahli Parlimen PPBM.
Mukhriz cuba bayangkan, seolah-olah karier politik Ahli Parlimen PPBM akan berakhir selepas PRU 15 (BACA DI SINI).
Kerana menurut Mukhriz, dalam PRU 15 nanti, Ahli Parlimen PPBM terpaksa bertanding melawan calon dari Muafakat Nasional, sama ada dari UMNO atau pun PAS.
Memang benar apa yang dikatakan Mukhriz, tapi Mukhriz jangan lupa, lebih dari separuh kerusi Parlimen PPBM adalah kerusi tradisonal UMNO.
Mandat yang rakyat berikan dalam PRU 14 lalu adalah kepada UMNO dan bukannya PPBM.
Sebenarnya, Mukhriz sangat risau mengenai nasib kem Dr. Mahathir dalam PPBM selepas pemilihan PPBM diadakan nanti.
Ahli Parlimen PPBM yang sudah pasti berada dalam kem Dr. Mahathir cuma 3 orang, iaitu Dr. Mahathir sendiri, Mukhriz dan juga Syed Saddiq.
Ahli Parlimen PPBM yang lain sudah menyatakan sokongan secara nyata atau tidak kepada TS Muhyiddin.
Kemungkinan untuk Mukhriz tewas di tangan Muhyiddin dalam perebutan jawatan Presiden PPBM adalah sangat besar.
Peluang untuk Syed Saddiq kecundang dalam perebutan Ketua Armada juga sangat cerah.
Yang menjadi mimpi ngeri kepada kem Dr. Mahathir ialah, apa akan jadi kepada nasib mereka sekiranya ditewaskan dalam pemilihan PPBM nanti?
Dr. Mahathir sudah hampir pasti akan mengekalkan jawatan Pengerusi PPBM kerana tiada pencabar tapi apa yang mampu Dr. Mahathir buat bila berseorangan dalam PPBM.
Khairuddin pula yang dikatakan pendokong tegar Dr. Mahathir dilihat sedang cuba berjinak-jinak dengan kem Muhyiddin bila dapat menghidu malapetaka yang akan menimpa kem Dr. Mahathir selepas pemilihan PPBM nanti (BACA DI SINI).
Yang lebih merisaukan kem Dr. Mahathir ialah, apakah Pakatan Harapan masih akan menerima PPBM dengan tangan terbuka apabila Mukhriz dan Syed Saddiq tumbang dalam pemilihan PPBM?
Bagi Pakatan Harapan, meraka sedar, tanpa sokongan dari Ahli Parlimen PPBM, agenda untuk menjatuhkan Muhyiddin dan kerajaan sekarang adalah mustahil.
Ini terbukti bila Muhyiddin mengisytiharkan PPBM keluar dari Pakatan Harapan, kita menyaksikan tumbangnya Pakatan Harapan selepas menjadi kerajaan cuma dalam masa 22 bulan.
Sokongan dari Ahli Parlimen PPBM sangat-sangat diperlukan untuk memumbangkan Muhyiddin dan kerajaan sekarang dalam undi tidak percaya di Parlimen.
Logiknya, sedangkan masih menjadi kerajaan, Pakatan Harapan boleh tumbang bila Muhyiddin membawa Ahli Parlimen PPBM keluar, inikan pula ketika sekarang ini di blok pembangkang, tanpa sokongan Ahli Parlimen PPBM, tidak mungkin agenda mereka akan berjaya.
Sebab itu Anwar keluarkan kenyataan sedia menerima tetapi bersyarat (BACA DI SINI).
Sekiranya kerajaan sekarang berjaya ditumbangkan dengan undi tidak percaya, nasib PPBM akan ditentukan kemudian.
Kemarahan Pakatan Harapan terhadap PPBM masih belum reda kerana Pakatan Harapan, PPBM menjadi punca mereka tersungkur di Putrajaya.
Sokongan PPBM yang dianggap pengkhianat sangat diperlukan tetapi pengkhianat itu juga mesti dihukum sebagai pengajaran.
Itulah permainan dalam Pakatan Harapan, tikam menikam, pancung memancung, yang penting, diri sendiri berada di puncak.
Bagi Muafakat Nasional, kita kena bersiap siaga untuk hadapi segala kemungkinan selepas wabak Covid-19.
Sama ada kerajaan sekarang tumbang dalam undi tidak percaya atau tidak, Muafakat Nasional tidak akan rugi apa-apa kerana kerjasama Muafakat Nasional dengan PPBM akan berakhir apabila PRU 15 diumumkan.
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.