Sunday, December 1, 2019

Lepas Meletop Skandal RM1.4 Bilion Din Ikan Kembong, Meletop Pulak Skandal RM2.5 Bilion Maszlee Capang, Bersih Sangatlah PH!!!


Maklumat dalaman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberitahu bahawa terdapat tender bernilai RM2.5 bilion merangkumi lebih 1,300 tender (pembersihan, pembekalan makanan dan kawalan keselamatan) seluruh negara yang akan dibatalkan (3 Dis, Selasa) atas arahan berbentuk ugutan kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Mohd Ghazali Abas...

Pembatalan keputusan tender ini telah berlaku sebanyak 2 kali, iaitu pada Jan 2019 dan Jun 2019...

Persoalannya, mengapa berulangkali berlaku pembatalan keputusan tender ini?


Sumber dalaman memberitahu bahawa terdapat syarikat-syarikat kroni Maszlee tidak disenarai pendek kerana gagal dalam proses penilaian, penyaringan dan pemarkahan tender yang telah dibuat berulang kali...

Kos urus pentadbiran untuk proses penilaian tender ni jer dah belanja lebih RM5 juta merangkumi kos penginapan, tambang, claim dan sebagainya...

Bila hal pembatalan keputusan tender ini diketahui oleh KSU, maka beliau dan Timbalan KSU telah berjumpa dengan Maszlee...

Mereka nasihatkan secara profesional supaya rancangan pembatalan ini tidak diteruskan kerana jika ianya berlaku untuk kali ketiga, KPM akan melanggar klausa Arahan Pembendaharaan, PK 4.1 Pentadbiran Kontrak Dalam Perolehan Kerajaan Secara Am, Kementerian Kewangan...

Tidak terhenti di situ saja, dalam diam Ahli Parlimen Simpang Renggam ini mengarahkan Pegawai Khasnya, Dr. Ezree Abdullah berjumpa dan mendesak KSU untuk bersetuju dengan cadangan asal iaitu membatalkan keputusan tender tersebut...

Namun hal ini dibantah oleh KSU yang tidak mahu reputasi Kementerian tercalar kerana tindakan ini akan mengundang pelbagai persepsi dan kesalahan...


Dr. Ezree memberi amaran berbentuk ugutan, sekiranya KSU masih berkeras dengan tindakan tindak menyokong kehendak Maszlee, maka KSU akan di 'pool' atau di sejuk bekukan tanpa tugas di kementerian lain sehingga beliau bersara pada pertengahan tahun 2020...

3 Disember 2019 bakal menjadi detik penentu sama ada KSU berjaya memperkukuhkan maruah peribadinya atau akur dengan ugutan yang bakal memperlihatkan kepada rakyat di luar mengenai campurtangan politik mengatasi had yang telah ditetapkan hanya kerana ingin memberi projek kepada syarikat-syarikat kroni yang gagal disenarai pendek...

Pembatalan yang akan berlaku ini juga telah memberi impak negatif kepada lebih 10,000 sekolah seluruh Malaysia...

Dalam masa yang sama, dikhuatiri kualiti pembekalan perkhidmatan, barangan dan sebagainya untuk pelbagai Kementerian dijangka akan merosot sama sekali hanya kerana Pegawai Khas Pejabat Menteri nak makan komisen!!!


Teringat admin kata-kata Dr. Mahathir, kerajaan Pakatan Harapan dah berjaya hapuskan kegiatan rasuah skala besar pada peringkat tertinggi pentadbiran...

Allah SWT Maha Berkuasa, maka Allah SWT bukakan sebahagian kecil aib dan pekong Pakatan Harapan satu persatu...

Lepas digemparkan dengan skandal RM1.4 bilion Din Ikan Kembong di Kementerian Pertanian, kali ini digemparkan pula dengan skandal RM2.5 bilion Maszlee Capang di Kementerian Pendidikan...

Kalau Din Ikan Kembong dikatakan gunakan duit tu untuk biaya kempen PRK Tg. Piai, Maszlee Capang pulak dikatakan nak gunakan duit tu untuk pemilihan PPBM nanti...


Teringat admin pada minah sorang nie dengan kata-kata dia yang popular :

"Dr. Maszlee tu baik sangat makcik, Ya Allah, baik sangat Dr. Maszlee tu"...

Emmm, baik sangatlah tu!!!



Dari tulisan asal :

Fb Azmy Awang

0 comments:

fda

Archives