Monday, December 16, 2019

Apa Agenda DAP Mendesak Supaya Di Adakan Pilihanraya Tempatan


Baru-baru ini dilaporkan, konvensyen DAP Kuala Lumpur meluluskan untuk mendesak supaya pilihanraya tempatan diadakan (BACA DI SINI)...

Tuntutan DAP untuk diadakan pilihanraya temoatan bukanlah satu perkara yang baru...

Mengapa?


Apa maksudnya dan ancamannya dari Pilihanraya Tempatan ini, sampaikan DAP tergila-gila mahukannya?

Pilihanraya Tempatan diadakan bertujuan untuk memilih wakil kerajaan tempatan...

Jawatan-jawatan penting dan berpengaruh seperti Datuk Bandar, Yang Di Pertua Majlis dan Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan...

Sekarang ini, jawatan-jawatan itu diisi oleh mereka yang dipilih terus oleh kerajaan negeri...

Kebanyakan dari mereka ini adalah Melayu...

Tapi, bila Pilihanraya Tempatan dilaksana, orang Cina boleh memilih pemimpin Cina untuk mengetuai dan membuat dasar untuk bandar-bandar besar...

Sudah semestinya seperti yang kita maklum, bangsa Cina adalah majoriti penduduk di bandar besar...

Maka dengan mudah mereka boleh memilih pemimpin kaum mereka untuk menguasai bandar-bandar besar ini...

Bayangkan jika Datuk Bandar dan pemimpin setempat Kuala Lumpur semuanya Cina...

Mereka ini akan mempunyai banyak kuasa untuk menindas dan mendiskriminasi perniagaan dan masyarakat Melayu keluar dari ibu kota...

Sudah tentu polisi mereka nanti hanya akan menguntungkan kaum mereka sahaja dan kerajaan persekutuan tidak boleh mencampuri urusan mereka...

Maka bandar-bandar besar akan dikuasai oleh golongan Cina yang kaya sahaja...

Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa terhadap cukai dan undang-undang kecil...


Sebab inilah DAP beriya sangat mahukan Pilihanraya Tempatan...

Ianya untuk mereka menguasai sepenuhnya bandar besar dan sekaligus mengawal ekonomi negara...

Setelah episod ICERD mula lega dengan kemenangan bagi orang Melayu, kini DAP masih belum berputus asa untuk menguasai negara dengan apa cara sekalipun...

Oleh itu orang Melayu harus berhati-hati...

Perjuangan belum selesai, jangan kita leka...

Kalau kita tidak cukup tidur kerans memikirkan untuk mempertahan Agama dan Bangsa, mereka pun sama tidak cukup tidur memikirkan untuk menghancurkan Agama dan Bangsa kita...

Oleh itu bersatulah demi Agama, Bangsa dan Tanahair...

0 comments:

fda

Archives