Friday, December 13, 2019

Pakatan Harapan Kelemasan, UMNO Dan PAS Kini Seiringan


Alhamdulillah...

Cadangan pindaan Perlembagaan UMNO yang akan menjadikannya sebagai parti yang mengagungkan kedaulatan Islam telah diluluskan sebulat suara oleh perwakilan dalam PAU 2019 (BACA DI SINI)...

Antara pindaan Perlembagaan UMNO yang diluluskan dalam PAU 2019 :

Fasal 3

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara...

Pindaan

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita ISLAM, Kebangsaan Melayu, Bumiputera Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan negara...

Fasal 3.1

Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara...

Pindaan

Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai Agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan...

Fasal 3.3

Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama...

Pindaan

Mendukung asas-asas Perlembagaan Persekutuan selagi mana ia membela kepentingan Raja-Raja Melayu, Bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta lain-lain perkara sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Prinsip Kontrak Sosial dan Undang-Undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia...


Tidak dapat dinafikan, kekalahan UMNO dalam PRU 14 merupakan satu pengalaman yang sangat menyakitkan bagi semua pemimpin dan ahli UMNO...

Tetapi di sebalik kekalahan itu, terdapat satu rahmat yabg sangat besar bagi UMNO untuk kembali kepada fitrah asal serta terbuka kepada realiti dan bebanan politik semasa...

In Sya Allah...

Hari ini kita semua bangkit semula...

Kita bangkit untuk mengubati bahtera UMNO yang hampir musnah dilanda tsunami PRU 14...

Ibarat yang buta datang bertongkat, yang capek datang berpapah, rakyat, khususnya masyarakat Melayu telah berduyun-duyun telah kembali ke pangkuan UMNO...

Tanpa kekalahan yang UMNO alami di PRU 14, penyatuan umat Melayu Islam mungkin harus menempuh perjalanan yang sangat panjang untuk direalisasikan...


Tanpa kekalahan yang UMNO alami di PRU 14, pemutihan pemimpin-pemimpin lalang serta korup, yang perjuangannya hanya berpaksikan pada kepentingan peribadi amat sukar untuk kita kenal pasti...

Mereka inilah yang menjadi langau yang membusukkan UMNO pada pandangan marhaen...

Allah SWT telah membantu kita untuk membersihkan dan memperkasakan UMNO dengan kekalahan di PRU 14...

Kita bangkit dengan batu asas yang sesuai dengan fitrah manusia...


Dengan kerjasama dan kasih sayang dari saudara Islam kita di PAS, In Sya Allah, UMNO dan PAS akan bangkit dengan Islam di dalam jiwa setiap pejuang mereka...

Tiada perpaduan tanpa permuafakatan...

Tiada kebangkitan dan perjuangan yang diberkati tanpa nur Ad Din...

Hanya Ad Din yang mampu mengikat dan menyatukan hati kita semua dalam perjuangan yang suci ini...

Maha Suci Allah, Dialah sebaik baik Perancang dan Pengatur...





Petikan karya asal :

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

0 comments:

fda

Archives