Monday, December 9, 2019

Ketua Pengarah Pendidikan Benarkan Lagu Negaraku Di Nyanyikan Dalam Bahasa Mandarin?


Bermacam-macam cara DAP dan penyokong DAP yang berbangsa Cina mencabar Perlembagaan Malaysia dan menguji kesabaran rakyat Malaysia...

Jalur Gemilang dinaikkan terbalik, Jalur Gemilang diwarnakan hitam, Jalur Gemilang bintang berbucu lima, menyokong pengganas LTTE, cuba menukar sejarah dengan mengangkat pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan, menyeludup masuk abu Chin Peng dan banyak lagi kalau hendak di senaraikan...

Tapi setiap kali pencabolan undang-undang dilakukan, maka setiap kali itulah DAP melalui Dr. Mahathir akan berikan tekanan kepada penjawat awam supaya bersuara mengikut skrip mereka!!!

Ketua Pengarah Pendidikan Berikan Alasan Yang Paling Bodoh Untuk Menjawab Isu Lagu Kebangsaan Di Nyanyikan Dalam Mandarin


Awalnya admin rasa malas nak tulis tentang isu lagu Negaraku yang dinyanyikan dalam bahasa Mandarin oleh sekumpulan murid sekolah di salah satu SJK(C) di Negeri Sembilan, tapi bila Amin Senin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, keluarkan kenyataan (BACA DI SINI), admin terpanggil untuk tuliskan tentang isu nie, sebab ada sesuatu yang tak kena dari kenyataan Amin Senin...

Dalam kenyataan Amin Senin, beliau menjelaskan, nyanyian Lagu Negaraku itu adalah satu sesi pembelajaran dan ianya adalah supaya murid faham maksud lirik Lagu Negaraku!!!

Bagi admin, dari kenyataan Amin Senin, jelas memberitahu kita, sama ada ianya adalah satu kenyataan yang tak layak dikeluarkan oleh seorang uang berjawatan Ketua Pengarah Pendidikan atau Amin Senin nie tak layak jadi Ketua Pengarah Pendidikan...

Yang dipersoalkan oleh netizen ialah kenapa Lagu Negaraku dinyanyikan dalam Bahasa Mandarin?


Dan video yang viral tu ialah sesi menyanyikan Lagu Negaraku dalam bahasa Mandari bukannya sesi cikgu tengah mengajar maksud lirik Lagu Negaraku!!!

Penjelasan mengenai Akta Lagu Kebangsaan 1968 mungkin boleh membantu Amin Senin untuk faham apa yang dipersoalkan netizen :

Akta Lagu Kebangsaan 1968



Lagu Negaraku atau Lagu Kebangsaan ada 3 versi iaitu versi penuh (Versi Di Raja), versi ringkas, dan versi pendek...

Seksyen 3(2) Akta Lagu Kebangsaan 1968 (Akta 808) membolehkan Lagu Kebangsaan dinyanyikan dalam versi penuh (Versi Di Raja) untuk tujuan mengajar murid-murid menyanyikannya...

Seksyen 7 Akta 808  memperuntukkan bahawa apabila ia dinyanyikan, versi penuh (Versi Di Raja) tersebut hendaklah (wajib) dilafazkan...

Menurut Seksyen 2, Lagu Kebangsaan adalah seperti dalam Jadual Akta 808 di mana liriknya adalah hanya dalam Bahasa Kebangsaan...

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan di Malaysia adalah Bahasa Melayu...

Seksyen 8 pula memerlukan semua orang MESTI berdiri sedia sebagai tanda hormat semasa Lagu Kebangsaan dimainkan...

Adalah menjadi KESALAHAN dibawah Seksyen 8(1) sekiranya seseorang itu tidak berdiri atau menunjukkan sikap tidak hormat(Pengecualian : tidak perlu berdiri semasa dimainkan dalam suatu penyiaran atau filem berita)...

Maksud TIDAK HORMAT dalam Akta 808 adalah kegagalan untuk berdiri atau apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berkecenderungan untuk merendahkan prestij Lagu Kebangsaan pada pandangan orang awam...

Pihak polis dibenarkan menangkap suspek tanpa waran dan sekiranya disabit kesalahan, Seksyen 8(3) memperuntukan hukuman denda tidak lebih RM100 atau penjara maksima 1 bulan...

Akta 808 ini telah memperuntukkan secara spesifik bahawa semasa ingin mengajar Lagu Kebangsaan kepada murid-murid, ianya perlu dinyanyikan dalam versi penuh (Versi Di Raja) dan di dalam Bahasa Kebangsaan...


Jadi tiada ruang atau pengecualian untuk ianya dinyanyikan dalam bahasa lain selain Bahasa Kebangsaan...

Berpandukan Akta 808 ini, usaha guru untuk membuat murid-murid faham maksud lirik Lagu Kebangsaan dalam bahasa selain dari Bahasa Kebangsaan tidak boleh dibuat dalam bentuk nyanyian lagu tersebut...

Ianya hanya boleh dibuat dalam terjemahan lirik melalui penulisan semula dalam bahasa yang ingin diterjemahkan tanpa melibatkan muzik, lafaz nyanyian, dan keadaan berdiri sedia tanda hormat...

Perkara kedua yang ingin admin nyatakan ialah, apakah selepas 62 tahun Malaysia merdeka, masih ada lagi murid-murid sekolah yang TIDAK FAHAM Bahasa Kebangsaan?

Walau pun tidak dinyatakan, namun dari video tersebut, jelas murid SJK (C) itu bukanlah murid Tahun 1, berkemungkinan murid Tahun 6...

Apakah selepas 6 tahun menjalani pendidikan di bawah silibus Kementerian Pendidikan, masih ada lagi murid di SJK (C) yang tidak faham bahasa Kebangsaan sehingga terpaksa Lagu Negaraku ditafsirkan dalam bahasa Mandarin?

Apakah Amin Seni  mahu memberitahu kita bahawa Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dibakul sampahkan?

Mengapa perkara ini hanya berlaku sekarang?

Apakah tidak ada naziran dari Kementerian Pendidikan yang menyemak Buku Laporan Harian Guru bagi memastikan Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan?

Jangan terkejut kalau satu hari nanti didapati Buku Laporan Harian Guru ditulis dalam bahasa Mandarin!!

Bukankah SJK (C) adalah sekolah bantuan penuh kerajaan, jadi mereka MESTI melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan sepenuhnya tanpa gagal...

Kalau Dasar Pendidikan Kebagsaan dilaksanakan, MUSTAHIL ada murid yang masih tidak fasih Bahasa Kebangsaan sama ada dalam pertuturan, pemahaman atau pun tulisan...

Atau adakah kenyataan Amin Senin adalah untuk melindungi pihak-pihak tertentu dalam menghalalkan Lagu Kebangsaan dinyanyikan dalam bahasa Mandarin!!!






Petikan dari tulisan asal :

Blog Yusrin Faidz

0 comments:

fda

Archives