Sunday, December 15, 2019

Bila Peguam Negara Sendiri Membunuh Kedaulatan Undang-Undang Negara


Peguam Negara adalah satu jawatan amat besar dengan tugas utamanya untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dengan kuasa budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan...

Disebabkan tugas amat penting dan kuasa amat luas inilah maka penjawat jawatan Peguam Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri, mestilah dipastikan mempunyai integriti yang amat tinggi...


Institusi Peguam Negara adalah lambang Kedaulatan Undang-Undang bagi Malaysia...

Seseorang yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai Peguam Negara, mestilah dalam setiap keadaan dan masa memastikan dirinya dan institusi Peguam Negara bebas dari segala pengaruh dan tekanan mana-mana pihak terutamanya dari ahli politik...

Malangnya integriti Peguam Negara sekarang, Tommy Thomas, kini boleh dipertikaikan setelah beliau :

》Mengumumkan akan menarik balik keputusan Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, dari tuduhan mendedahkan data perbankan dari akaun NFC setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelumnya...

Apakah Tommy Thomas merasakan sebagai Peguam Negara, beliau boleh dengan sewenang-wenangnya membatalkan keputusan yang telah ditetapkan oleh mahkamah?

Tindakan beliau menarik balik keputusan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut pula adalah bercanggah dengan amalan lazim Jabatan Peguam Negara yang menimbulkan persoalan mengenai kemampuan beliau menegakkan keadilan 'without fear or favour'...


》Mengumumkan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai-pegawainya yang telah memfailkan rayuan tersebut kerana 'insubordination'!!! (BACA DI SINI)...

Tindakan beliau mengumumkan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai-pegawainya yang telah memfailkan rayuan tersebut, yang dibuat serta merta dan secara terbuka tanpa terlebih dahulu membuat siasatan dalaman, juga menunjukkan beliau tidak mampu memberi keadilan kepada pegawai-pegawainya...


》Menyatakan keputusan untuk tidak memfailkan rayuan tersebut dibuat selepas beliau berbincang dengan Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun...

4. Secara tiba-tiba sahaja setelah Azhar Azizan Harun membuat kenyataan bahawa beliau TIDAK pernah berbincang dengan Tommy Thomas mengenai kes Rafizi Ramli, Tommy Thomas pun mengakui beliau tidak berbincang dengan Azhar Azizan Harun mengenainya!!! (BACA DI SINI)...

Kenyataan Tommy Thomas yang membabitkan Azhar Azizan Harun, kemudian pernyataan di sebaliknya, tanpa sebarang pengakuan atas kesilapan, permohonan maaf kepada Azhar Azizan Harun atau tindakan kepada media jika media salah lapor, menunjukkan Tommy Thomas tidak mempunyai tahap integriti tinggi yang WAJIB ada pada seseorang Peguam Negara...

Ia juga menunjukkan Tommy Thomas sangat tidak cermat dalam melaksanakan tugas beliau di mana keadaan ini memungkinkan banyak kesilapan lain mungkin telah dilakukan oleh beliau pada masa lalu di samping banyak lagi kesilapan lain mungkin akan dilakukan oleh beliau pada masa depan...

Kesemua ini, di samping pelbagai kontroversi lain membabitkan beliau yang pernah timbul sebelum ini, menunjukkan keberadaan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara amat perlu dikaji semula oleh pihak berwajib...



Petikan dari tulisan asal :

Dato' Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali At Takiri 

0 comments:

fda

Archives