Saturday, April 24, 2021

Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) Pula Hendak Di Jarah Atas Alasan Covid-19


Dengan menggunakan Perkara 150 (Fasal 2B) Perlembagaan Malaysia (Proklamasi Darurat), pada 31 Mac 2021, 'junta' Mahiaddin Md Yassin telah meluluskan satu ordinan baharu yang memberikan kuasa kepada Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk menggunakan dana kerajaan persekutuan serta dana kerajaan negeri tanpa mendapat kelulusan dari Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Baca di sini :



Apa kesannya kepada rakyat dan negara bila ordinan baharu ini diluluskan?

Regim Mahiaddin bebas menjarah kantung negara seberapa banyak yang mereka mahu tanpa perlu dipertanggungjawabkan di dalam Parlimen sepanjang tempoh darurat dan sekiranya ada berlaku salah guna kuasa di bawah ordinan baharu ini berlaku, ianya tidak boleh di bawa ke mahkamah.

Kerana mengikut Perkara 150 (Fasal 8B) Perlembagaan Malaysia (Proklamasi Darurat) dengan jelas menyatakan :

Tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan

(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1);

(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;

(iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau

(iv) penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan itu.

Baca di sini :


Berapa banyak duit negara ada ketika regim Mahiaddin ambil alih kuasa?


Ketika menjadi Perdana Menteri Interim pada Februari 2020 sebelum regim Mahiaddin ambil alih kuasa, Dr Mahathir akui, simpanan Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM2 trilion.

Baca di sini :


Dan apabila regim Mahiaddin ambil alih kuasa pemerintahan negara, Mahiaddin telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM250 bilion, iaitu cuma 0.125% dari jumlah simpanan Kerajaan Persekutuan.

Tanpa mendapatkan kelulusan Parlimen terlebih dahulu kerana Mahiaddin telah menangguhkan sidang Parlimen dengan menggunakan alasan Covid-19, regim Mahiaddin telah membelanjakan dana RM250 bilion.

Baca di sini :


Dan seperti yang admin nyatakan pada permulaan tulisan ini, sekali lagi regim Mahiaddin mendapat kuasa mutlak menggunakan dana negara tanpa mendapat kelulusan Parlimen dengan menggunakan alasan darurat sewaktu pandemik Covid-19.

Tidak cukup dengan itu, setelah mendapat 'blank cheque' untuk membelanjakan dana persekutuan, regim Mahiaddin kini dilihat menjadi semakin rakus.

Dengan menggunakan Proklamasi Darurat, kita dikejutkan apabila Mahiaddin mengumumkan satu lagi ordinan baharu darurat yang membolehkan regim Mahiaddin membelanjakan simpanan yang ada dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dengan alasan untuk membeli vaksin Covid-19.

Baca di sini :



Persoalannya sekarang, kenapa perlu menggunakan tabungan di dalam KWAN untuk membeli vaksin Covid-19?


Bukankah Parlimen sudah meluluskan dana sebanyak RM3 bilion untuk regim Mahiaddin gunakan bagi tujuan membeli vaksin?

Malah dilapurkan, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, telah mengesahkan kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inivasi, Khairy Jamaluddin, bahawa dana yang diperlukan untuk mencapai tahap 82.8% vaksinasi keseluruhan rakyat Malaysia cuma memerlukan RM2.05 bilion.

Baca di sini :




Sudahlah selepas Parlimen meluluskan dana RM3 bilion untuk tujuan pembelian vaksin Covid-19, Mahiaddin secara tiba-tiba menaikkan angka RM3 bilion kepada RM5 bilion selepas darurat diisytiharkan.

Kini atas alasan yang sama, Mahiaddin mahu jarah KWAN pula atas alasan yang sama!!!

Apa itu KWAN dan apakah KWAN ditubuhkan?

Kumpulan Wang Amanah Negara atau KWAN ialah satu kumpulan wang amanah yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 untuk mengumpulkan hasil komoditi negara yang dijangka susut satu hari nanti, seperti petroleum.

Syarikat atau orang perseorangan juga boleh mneyumbang kepada KWAN, namun sehingga kini, penyumbang utama KWAN adalah Petronas Berhad.

KWAN diurus dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Tujuan KWAN ditubuhkan adalah untuk memastikan generasi akan datang dapat menikmati hasil bumi Malaysia, walau pun ketika itu hasil bumi tersebut sudah tiada.

Menjarah dana KWAN tidak pernah dilakukan oleh pentadbiran kerajaan yang memerintah sebelum ini.

Sehingga akhir tahun 2017, dana terkumpul KWAN adalah sebanyak RM17 bilion.

Baca di sini :


Persoalan sekarang : 

- Apakah selepas menaikkan perbelanjaan untuk vaksin Covid-19 dari RM3 bilion kepada RM5 bilion masih tidak mencukupi sehingga regim Mahiaddin mahu menjarah dana KWAN?

- Apakah regim Mahiaddin telah habis menggunakan rezab Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2 trilion sehingga mereka mahu menjarah dana KWAN, kalau dana sebanyak itu sudah habis digunakan, rakyat mahu tahu ke mana dan bagaimana ianya digunakan kerana ianya adalah duit rakyat?

- Sepanjang tahun 2021 sahaja (dalam jangkamasa 4 bulan), kerajaan telah menambah hutang sebanyak RM75 bilion (tidak termasuk hutang yang dibuat sepanjang tahun 2020), dan dengan pakej rangsangan ekonomi RM250 bilion, apakah masih tidak mencukupi untuk menangani Covid-19 yang dilihat semakin hari semakin buruk!!!

Baca di sini :


- Mahiaddin mengumumkan, regim beliau telah membelanjakan lebih dari RM662 bilion (RM340 bilion untuk pakej rangsangan dan RM322 bilion untuk belanjawan) untuk membantu kehidupan rakyat yang terkesan akibat Covid-19. 

Persoalannya, kalau benar dana sebesar itu sudah dibelanjakan untuk rakyat dan negara yang terkesan akibat Covid-19, apakah regim Muhyiddin telah menggunakan lebihan sebanyak RM339.5 bilion dari RM322.5 bilion Bajet 2021 yang telah diluluskan Parlimen, sebelum atau selepas ordinan baharu Akta Perbekalan dipinda bagi membolehkan regim Mahiaddin menggunakan dana negara tanpa kelulusan Parlimen dipinda pada 31 Mac 2021?

Baca di sini :


Kalau sebelum ordinan baharu Akta Perbekalan dipinda, ianya bertentangan dengan perlembagaan yang mengkehendaki setiap wang negara yang dibelanjakan mesti mendapat kelulusan Parlimen terlebih dahulu seperti yang dikehendaki dalam Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946.

Baca di sini :


Dan kalau ianya dibelanjakan selepas ordinan baharu Akta Perbekalan dipinda pada 31 Mac 2021, apakah hanya dalam tempoh tidak sampai sebulan kerajaan sudah membelanjakan sebanyak RM339.5 bilion!!!


Ironiknya, selepas beratus bilion dibelanjakan oleh regim Mahiaddin, kehidupan rakyat semakin susah, ekonomi negara semakin tenat dan Covid-19 semakin tidak terkawal!!!

0 comments:

fda

Archives