Wednesday, April 21, 2021

Apa Yang Menghalang Presiden UMNO Dari Mengeluarkan Arahan Kepada Ahli Parlimen UMNO Untuk Menarik Sokongan


Sudah hampir sebulan Peerhimpunan Agung UMNO 2020 melabuhkan tirainya dan ini juga bermakna Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi, diberikan mandat oleh perwakilan UMNO dari seluruh negara untuk mengeluarkan arahan pada bila-bila masa supaya Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional.

Segala keperluan Perlembagaan UMNO sudah dipenuhi.

Suara dari akar umbi yang bermula dari peringkat cawangan UMNO seluruh negara sudah dibawa kepada mesyuarat peringkat bahagian UMNO dan sebanyak 147 bahagian UMNO di seluruh negara sudah membuat ketetapan supaya :

1) UMNO memutuskan kerjasama dengan PPBM sebaik sahaja menjelang Pilihanraya Umum ke 15.

2) Tiada kerjasama antara UMNO dengan PPBM, DAP dan PKR.

Baca di sini :



Suara desakan dari akar umbi UMNO telah dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang telah diadakan di Janda Baik, Pahang untuk dibincangkan dan untuk diluluskan.

Baca di sini :


Ramai yang salah faham, mereka menuduh UMNO sengaja menimbulkan ketegangan politik untuk memberi tekanan kepada PPBM apabila MKT UMNO mengadakan mesyuarat di Janda Baik, Pahang pada 19 Februari 2021. 


Sebenarnya, Mesyuarat MKT UMNO diadakan selepas Presiden PPBM, Mahiaddin Md Yassin, mendesak UMNO membuat keputusan sama ada mahu bersama dengan Perikatan Nasional atau pun tidak dalam satu perjumpaan antara UMNO, PPBM dan PAS pada 15 Februari 2021.

Baca di sini :


Jadi mengapa mahu menuding jari kepada UMNO apabila keputusan sudah dibuat?

Selepas MKT UMNO meluluskan usul akar umbi dan membuat keputusan supaya usul itu dibahaskan oleh perwakilan UMNO ketika Persidangan Agung UMNO 2020 berlangsung untuk mendapatkan mandat dari perwakilan, usul tersebut telah mendapat sokongan padu dari keseluruhan perwakilan UMNo yang hadir ketika PAU 2020.

Untuk rekod, usul yang telah diluluskan oleh perwakilan dalam PAU sebagai badan tertinggi menentukan dasar parti adalah dianggap sebagai dasar parti dan tidak boleh diubah oleh mana-mana pihak meski pun oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Baca di sini :



Malah dalam PAU 2020 yang lepas, perwakilan UMNO juga telah memberikan 'blank cheque' kepada Presiden UMNO untuk menentukan bilakah masanya yang beliau fikirkan sesuai untuk mengeluarkan arahan supaya Ahli Parlimen UMNO menarik diri dari Perikatan Nasional!!!

Semua kehendak Perlembagaan UMNO sudah dipatuhi, persoalannya sekarang, mengapa sampai sekarang Presiden UMNO masih lagi tidak mahu mengeluarkan arahan supaya Ahli Parlimen UMNO menarik diri dari Perikatan Nasional?


Ada sumber mengatakan, ini adalah kerana serangan yang dilakukan oleh kluster pengkhianat UMNO yang mendedahkan rakaman talipon antara Presiden UMNO dan Presiden PKR menyebabkan majoriti Ahli Parlimen UMNO dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO mula meragui Presiden UMNO.

Naratif yang cuba ditanamkan oleh kluster pengkhianat UMNO ialah Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, adalah seorang yang tidak boleh dipercayai, beliau adalah pemimpin yang telunjuk lurus tapi kelingkingnya berkait, di hadapan bercakap lain, tetapi di belakang peerbuatannya lain.

Memang diakui, kesilapan Presiden UMNO, DS Zahid, ialah menafikan kesahihan rakaman audio tersebut, namun apakah dengan hanya satu rakaman audio yang berdurasi 4.17 minit boleh mengubah dasar parti yang sudah dibuat dalam PAU 2020?

Ia hanyalah perbualan biasa antara 2 pemimpin, itu sahaja.

Lagi pun, tidak ada sepatah ayat yang jelas menyatakan adanya persetujuan untuk melakukan kerjasama politik antara UMNO dan PKR, jadi apa masalahnya?

'Kalau pun ada', ianya masih lagi tidak boleh mengubah keputusan parti untuk memutuskan hubungan dengan PPBM, kerana mandat yang perwakilan beri kepada Presiden ialah menentukan bilakah tarikh untuk mengeluarkan arahan kepada Ahli Parlimen UMNO untuk menarik diri dari Perikatan Nasional dan bukannya mandat untuk menentukan bilakah akan dimulakan kerjasama politik antara UMNO dan PKR!!!



Niat rakaman talipon itu didedahkan sudah jelas apabila telah wujud gerakan oleh kluster pengkhianat UMNO untuk membeli Ahli Parlimen UMNO dan juga Ketua Bahagian UMNO seluruh negara supaya mendesak keputusan yang telah dibuat dalam PAU 2020 diubah.

Baca di sini :


Selepas berjaya membunuh karektor dan integriti Presiden UMNO dalam fasa pertama, kini kluster pengkhianat menggunakan politik wang untuk menjatuhkan Presiden UMNO yang tidak mahu tunduk kepada PPBM dan kluster pengkhianat UMNO.

Mereka sudah mempunyai rancangan untuk menubuhkan UMNO 3.0 yang dikatakan akan diketuai oleh salah seorang pemimpin UMNO di dalam kluster pengkhianat.

Baca di sini :



Dan satu lagi kluster pengkhianat UMNO dikatakan telah memulakan kempen untuk menjadi Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO yang akan datang.

Kini 'scheme of things' tajaan PPBM dilihat semakin berleluasa di peringkat akar umbi UMNO.

Kita tidak faham, mengapa Presiden UMNO masih lagi tidak mahu menggunakan mandat yang diberikan secepat mungkin dalam keadaan akar umbi semakin diratah oleh 'scheme of things' tajaan PPBM.


Malah kenyataan-kenyataan biadap yang menghina pemimpin UMNO oleh pemimpin PPBM semakin menjadi-jadi dan ini benar-benar menyemarakkan kemarahan akar umbi UMNO.

Baca di sini :


Kalau pun merasa bersalah kerana sudah tersilap langkah dalam isu audio rakaman perbualan talipon, keluarkan kenyataan rasmi dan mohon maaf kepada akar umbi dan nyatakan secara jujur, apa maksud sebenar perbualan itu.

Akar umbi boleh menerima apa juga penjelasan dari Presiden UMNO berkenaan rakaman audio talipon itu, yang akar umbi tidak boleh terima ialah UMNO masih lagi meneruskan kerjasama dengan PPBM.

Kalau pun ada Ahli Parlimen UMNO yang enggan mengikut arahan Presiden UMNO, ambil tindakan tegas terhadap mereka kerana melanggar ketetapan parti, lagi pun akar umbi mahu mengenal pasti muka-muka kluster pengkhianat dalam UMNO dan tahulah akar umbi berikan pengajaran kepada mereka sama ada dalam Pemilihan UMNO atau pun dalam PRU 15 nanti, jangan lupa akar umbi UMNO ada di seluruh negara.

Kita faham dengan penarikan diri dari Perikatan Nasional, tidak akan menumbangkan kerajaan kerana negara berada dalam keadaan darurat, namun keengganan Ahli Parlimen UMNO mematuhi ketetapan parti akan memudahkan akar umbi untuk mengenalpasti mereka.

Semakin lama Presiden UMNO tunggu, semakin rapuh keadaan di akar umbi.

Jadi seperti lirik lagu Sweet Charity, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang!!!

0 comments:

fda

Archives