Friday, September 11, 2020

SPRM Mula Siasat Isu Pencemaran Air Di Sg Gong


2 hari lepas laman blog ini menulis mengenai penipuan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, yang mendakwa, kononnya pihak Peguam Negara tidak mengambil apa-apa tindakan selepas kertas siasatan yang sudah lengkap dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara oleh Kerajaan Negeri Selangor pada bulan April lalu mengenai pencemaran air sungai yang dilakukan oleh beberapa kilang  di sekitar Sg Gong, Selangor.

Dakwaan Amirudin dijawab sendiri oleh Peguam Negara, Idrus Harun, yang menafikan pihak Jabatan Peguam Negara ada menerima kertas siasatan mengenai pencemaran Sg Gong dari Kerajaan Negeri Selangor.

Malah menurut Idrus, tindakan Jabatan Alam Sekitar Selangor mengeluarkan 30 kompaun yang secara keseluruhannya cuma bernilai RM60,000 kepada pihak kilang terbabit juga diambil TANPA merujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

Timbul beberapa persoalan kepada kita, mengapakah tindakan mengeluarkan kompaun tersebut tidak dirujuk atau diminta pandangan dari Jabatan Peguam Negara terlebih dahulu, siapakah yang mengarahkan tindakan yang dilihat terlalu ringan itu dan apakah tujuannya?


Mungkin kerana pendedahan Idrus mengenai penipuan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor itu telah menimbulkan beberapa keraguan yang memungkinkan wujud unsur-unsur rasuah, maka SPRM telah mengumumkan telah membuka kertas siasatan mengenai isu tersebut.

SPRM dalam kenyataan, hari ini, menjelaskan siasatan ke atas isu pencemaran Sungai Gong itu bertujuan meneliti unsur rasuah membabitkan mana-mana pihak, termasuk agensi penguat kuasa.

SPRM juga menyeru supaya mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai siasatan yang dijalankan itu supaya tampil membantu siasatan SPRM.


Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii mendakwa r
amai ahli politik di Selangor yang 'menjaga' sehingga kilang haram beroperasi sesuka hati mereka.

Dianggarkan lebih 3 juta penduduk Selangor dan Lembah Klang terjejas akibat dari pencemaran yang berlaku di Sg Gong.

Sebanyak 1,292 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air sejak semalam selepas empat loji rawatan air dihenti operasi ekoran pencemaran bau di Sungai Gong.

Kita berharap semuga SPRM membuat siasatan menyeluruh dan telus serta tiada campurtangan dari mana-mana pihak terutamanya dari ahli politik supaya semua yang terbabit dapat di dakwa di mahkamah tanpa ada mana-mana individu yang terlepas.

Masaalah air di Selangor bukanlah satu masaalah baharu dan ianya sudah beberapa kali berulang serta telah menjejaskan kehidupan berjuta rakyat Selangor dan Lembah Klang.

Tindakan yang tegas dan tuntas WAJIB diambil untuk menanganinya!!!

Tahniah SPRM.

0 comments:

fda

Archives