Wednesday, September 9, 2020

Peguam Negara Dedahkan Penipuan MB Selangor Berkaitan Isu Air!!!

 

Gangguan bekalan air di Selangor di Selangor bukanlah satu isu yang terpencil dan baharu.

Malah penduduk Selangor sendiri sudah merasa bosan dengan keadaan gangguan bekalan air yang terlalu kerap mengganggu kehidupan mereka.


"Ia berlaku secara tiba-tiba." 

"Kami tak tahu apa nak buat." 

"Kami hanya dengar yang ada pencemaran air (di Sungai Selangor)."

"Selalunya, kita akan diberitahu terlebih dahulu tentang gangguan ini supaya kita boleh simpan air," keluh Noorliani Mohamad Noor dari Taman Pelangi.

Seorang lagi penduduk dari Bestari Jaya, Selangor, Norrasmawani Kamaruddin berkata :

"Susah kalau gangguan air berlaku lebih daripada 48 jam bagi keluarga saya." 

"Dengan 2 anak di rumah, macam mana mereka nak mandi dan saya masak makan malam atau makan pagi?"

K Girija pula berkata :

"Kami bayar bil dan kami harap diberikan update setiap jam." 

"Beritahu kami, apa yang menyebabkan pencemaran ini?" 

"Adakah ini pencemaran kimia?"

Sekiranya gangguan bekalan air adalah disebabkan oleh faktor alam semulajadi, seperti kemarau panjang, admin yakin pengguna boleh memahami dan menerimanya.

Tetapi yang menimbulkan kemarahan penduduk ialah punca ganguan bekalan air adalah disebabkan oleh pencemaran air di Sungai Selangor dan ianya adalah berpunca dari pembuangan sisa toksik oleh kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab.

Apa yang lebih membangkitkan kemarahan pengguna, kejadian ini bukanlah kejadian yang pertama, malah ianya telah berulang beberapa kali dan dilakukan oleh kilang yang sama!!!



Lebih menimbulkan kemarahan pengguna ialah sikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Di saat rakyat Selangor dalam kesusahan kerana gangguan bekalan air yang berpanjangan, beliau pergi ke Sabah atas urusan apa, tidak dapat dipastikan.

Mungkin hendak membantu PKR berkempen untuk menghadapi PRN Sabah.

Tapi sebagai Menteri Besar Selangor, yang sepatutnya menjadi keutamaan beliau adalah kebajikan rakyat Selangor, bukannya politik negeri Sabah!!!


Tapi mungkin bagi Amirudin, asalkan anak bini beliau selesa berenang di kolam mandi yang ada di rumah beliau ketika rakyat kesusahan kerana tiada bekalan air paip di rumah, itu sudah
ok, kepada rakyat Selangor, pandai-pandailah cari air untuk teruskan kehidupan seharian!!!

Tapi sebanarnya, ada isu yang lebih besar yang admin mahu dedahkan berkenaan isu air di Selangor ini.


Rupa-rupanya, untuk melepaskan diri dari dipersalahkan dalam isu gangguan bekalan air di Selangor dan Lembah Klang ini, Amirudin telah membuat kenyataan palsu aka menipu dan ianya membabitkan Jabatan Peguam Negara.

Pendedahan mengenai penipuan Amirudin ini telah dibuat oleh Peguam Negara, Idris Harun sendiri.

Amirudin mendakwa pihak Peguam Negara tidak mengambil apa-apa tindakan perundangan terhadap kilang yang menjadi punca pencemaran air di Selangor, walau pun pihak Kerajaan Negeri Selangor telah selesai melakukan siasatan dan telah dihantar kepada pihak Peguam Negara pada April 2020.

"Contohnya, kita susah habis lakukan siasatan ketika pencemaran pada April tetapi tindakan tidak diambil Peguam Negara."

"Kuasa pendakwaan juga bukan bawah kita," tambah Amiruddin.


Idrus menjelaskan :

"Dakwaan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bahawa Jabatan Peguam Negara tidak mengambil sebarang tindakan selepas kerajaan negeri selesai menyiasat kes pencemaran air pada April adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali."

"Jabatan Peguam Negara hanya dimaklumkan bahawa terdapat kertas siasatan yang dibuka oleh agensi yang berkaitan dan kertas siasatan itu sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya."

"Pada 17 Mac, Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan bahawa 4 loji rawatan air di Sungai Selangor dihenti tugas bermula 17 Mac, jam 7.00 malam, akibat pencemaran bau dalam air mentah pada tahap 2 TON."

"Lanjutan itu, siasatan bersepadu bersama oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Air Selangor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Majlis Perbandaran Selayang dan Exco Alam Sekitar Selangor dijalankan berikutan aduan yang menyebabkan penutupan loji tersebut."

"Pihak JAS Selangor mengeluarkan 30 tawaran kompaun di lapangan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM60,000.00 kepada pemilik premis Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd di Lot 4219, Jalan Batu Arang, Kg Sungai Dua, Rawang."

"Kompaun itu dikeluarkan tanpa apa-apa rujukan kertas siasatan dibuat kepada Jabatan Peguam Negara."

"Selain daripada tawaran kompaun yang dikeluarkan pada Mac, yang dibuat tanpa rujukan kepada Jabatan Peguam Negara, Idrus menegaskan sehingga kini jabatan itu tidak pernah dirujuk dengan apa-apa kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran air mentah di Selangor."



Ada beberapa perkara yang menarik perhatian admin mengenai kenyataan Peguam Negara selain dari penipuan Amirudin, adalah nilai kompaun yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor, JAS Selangor, adalah tersangat rendah.

30 tawaran kompaun dengan nilai hanya RM60,000 sahaja!!!

Kira-kira RM2,000 untuk satu kompaun!!!

Adakah serendah itu nilai kesusahan yang ditanggung oleh berjuta-juta penduduk Selangor dan Lembah Klang akibat dari gangguan bekalan air bersih!!!

Yang kedua ialah, mengapa kompaun dikeluarkan tanpa merujuk dahulu kepada Peguam Negara.

Kita maklum, pihak Kerajaan Negeri Selangor mempunyai hak untuk bertindak mengeluarkan kompaun, tetapi memandangkan isu pencemaran air ini sudah kerap berlaku dan kesannya amat besar, mengapa tidak dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk hukuman yang lebih berat, atau ada pihak yang sengaja tidak mahu ianya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara kerana ada kepentingan peribadi.

Harap dapat disebarkan perkara supaya ianya mendapat perhatian pihak SPRM.

Kepada penduduk Selangor, bersabarlah, bila hampir PRU 15 nanti, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor taburkan baucer RM300 seorang, undilah balik Pakatan Harapan, masaalah air nie boleh ditutup dengan baucer 300 ringgek!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.