Debaran mananti keputusan PRN Sabah 2020 sudah berakhir bila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberikan keputusan rasmi PRN Sabah awal pagi semalam.
Rakyat Sabah memilih untuk memberikan mandat kepada parti-parti di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri dari Barisan Nasional (UMNO, MCA dan PBRS), Perikatan Nasional (PPBM dan STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
GRS pada asalnya memperolehi majoriti mudah bila memenangi 38 kerusi DUN dengan Perikatan Nasional memenangi 17 kerusi DUN, Barisan Nasional memenangi 14 kerusi DUN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi 7 kerusi DUN sebelum berjaya menarik 3 calun lain yang memenangi PRN Sabah di atas tiket Bebas dan menjadikan jumlah yang diperolehi oleh GRS adalah 41 kerusi DUN.
Seperti yang ditulis oleh blogger Another Brick In Wall, keputusan PRN Sabah belum lagi berakhir walau pun SPR sudah mengeluarkan keputusan rasmi awal pagi semalam.
Malah bagi admin, keputusan ini dijangka akan berubah lagi dalam masa seminggu, memandangkan usaha untuk mengenalpasti katak-katak politik sedang giat dijalankan sejak dari semalam.
Pengajaran Yang Perlu Di Beri Perhatian Oleh Pemimpin UMNO
Walau pun Barisan Nasional Sabah sudah berjaya menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Sabah yang bakal dibentuk atas gabungan parti yang dinamakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), namun perlu diakui pencapaian Barisan Nasional Sabah di dalam PRN Sabah kali ini adalah sesuatau yang amat mengecewakan.
Barisan Nasional meletakkan 40 orang calun di mana calun dari UMNO seramai 31 orang, calun dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) seramai 5 orang dan MCA seramai 4 orang.
Dari 40 orang calun Barisan Nasional, cuma 14 orang calun berjaya memenangi kerusi DUN Sabah dalam PRN Sabah kali ini dan kesemuanya adalah calun UMNO, manakala kesemua calun PBRS dan MCA tewas.
Secara keseluruhannya, pencapaian Barisan Nasional Sabah cuma 35% sahaja, manakala pencapaian UMNO Sabah cuma 45% sahaja, manakala pencapaian PBRS dan MCA adalah 0%!!!
Janganlah terlalu dibuai kegembiraan selepas berjaya menjadi sebahagian dari kerajaan negeri, tetapi kepimpinan UMNO terutamanya kepimpinan UMNO Sabah perlu membuat kajian mengapakah pencapaian kali ini jauh lebih buruk dari pencapaian di dalam PRU 14 yang lepas, sedangkan ketika itu UMNO di asak dengan pelbagai tohmahan dan fitnah dari parti lawan.
Apakah faktor calun yang ditampilkan tidak cukup kuat aura mereka atau kerana ada unsur-unsur sabotaj sama ada dari parti gabungan dari GRS atau kita melakukan strategi yang salah di dalam kempen PRN Sabah atau kita cuma gah mempunyai calun yang ramai tetapi bertanding di kubu kuat lawan dan menyerahkan kubu kuat kita kepada sekutu kita di dalam GRS terutamanya PPBM (ini jelas bila PPBM memenangi di hampir semua kerusi yang ditandingi oleh ahli politik PPBM yang melompat dari UMNO dahulu).
Admin merasakan, sudah sampai masanya UMNO bersikap lebih tegas sama ada dengan sekutu kita di dalam Barisan Nasional, mahu pun sekutu kita di dalam Muafakat Nasional atau pun sekutu kita di dalam Perikatan Nasional.
Dengan sekutu kita di dalam Barisan Nasional terutamanya MCA, janganlah hanya ghairah untuk meletakkan calun tetapi akhirnya kalah dalam pilihanraya.
MCA tidak lagi boleh bergantung kepada undi penyokong UMNO untuk menang di dalam pilihanraya kerana untuk Barisan Nasional memenangi PRU 15 yang cukup untuk membentuk kerajaan sendiri tanpa ihsan dari mana-mana parti lain, MCA perlu memastikan mereka mampu mengatasi DAP di dalam menarik undi bangsa Cina.
Terbukti di dalam PRU 14, MCA cuma mampu menyumbangkan hanya 1 kerusi (Parlimen Air Hitam) yang dimenangi dengan undi masyarakat Melayu, manakala di dalam PRK Parlimen Tg. Piai, tanpa sokongan dan dokongan UMNO dan PAS, tidak mungkin Wee Jeck Seng boleh menang bergaya di PRK tersebut!!!
Dan terkini terbukti di dalam PRN Sabah, masyarakat Cina masih lagi menolak MCA bila MCA kalah di kesemua 4 DUN yang ditandingi, manakala DAP memenangi kesemua ^ kerusi DUN yang mereka tandingi.
MCA perlu lebih serius di dalam usaha memenangi undi masyarakat Cina kerana PRU 15 dijangka akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Manakala di dalam Muafakat Nasional, sekiranya langkah kita sudah tidak seiringan dengan PAS, maka berpisahlah secara baik.
Sikap Setiausaha Agung PAS, Takiyudin Hasan yang mempertikaikan secara terbuka kenyataan Presiden UMNO telah menimbulkan ketegangan di peringkat akar umbi.
Sekiranya Takiyudin telah merasa selesa dengan kedudukan PAS sekarang, bersikap berani dengan menyatakannya di mesyuarat peringkat kepimpinan tertinggi Muafakat Nasional dan bukannya bersikap seperti ayam jantan yang kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi!!!
Contohi sikap Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang kelihatan lebih tenang dan profesional.
Berpegang kepada persetujuan awal, kerjasama dan sokongan Barisan Nasional terhadap Perikatan Nasional mestilah ditamatkan sebaik sahaja PRU 15 bermula.
Tidak akan timbul lagi isu pembahagian kerusi, kita mesti bertanding di kesemua 222 kerusi Parlimen yang ada, itulah yang kita lakukan sebelum ini.
Sekiranya berlaku pertembungan dengan PAS, perkara itu boleh dibincangkan dengan syarat UMNO memberi laluan kepada PAS di atas tiket PAS bersama UMNO di dalam Muafakat Nasional dan bukannya Perikatan Nasional.
Benar, kita akan lebih kukuh bila bergerak secara berjemaah tetapi sekiranya kehadiran kita di dalam jemaah itu hanya untuk diperkotak-katikkan, di manakah maruah kita, maka adalah lebih baik kita bergerak sendirian kerana selama ini pun kita memang bergerak sendirian!!!
Pengajaran Untuk Rakyat Malaysia
Memang menjengkelkan melihat sikap katak-katak politik hanya hanya mementingkan kepentingan peribadi mereka sahaja.
Kesan dari sikap mereka amatlah buruk kepada rakyat dan negara.
Nasib rakyat akan terabai kerana mereka sibuk dengan urusan melompat dari satu parti ke satu parti yang lain.
Manakala pemimpin-pemimpin parti politik yang mahukan mereka pula akan lebih menumpukan usaha melobi katak-katak politik ini, di mana tanggungjawab mereka kepada rakyat yang telah memberikan mandat kepada mereka?
Matlamat mereka hanyalah untuk menubuhkan kerajaan, walau pun hanya dengan kelebihan satu atau dua kerusi sahaja.
Proses ini tidak akan berakhir, malah ianya akan menjadi proses yang tiada penghujung kerana, gabungan parti politik yang berjaya ditumbangkan akan bertindak balas semula dengan cara yang sama.
Inilah yang sedang berlaku di kerajaan pusat dan perkara yang sama sedang berlaku di Sabah sekarang.
Sehingga sekarang, masih lagi sibuk berurusniaga untuk membeli ADUN dan sehingga sekarang, Ketua Menteri masih belum dapat diputuskan.
Jangan terkejut kalau gabungan GRS berpecah semata-mata kerana isu siapa Ketua Menteri.
Kestabilan politik negara memberikan impak yang amat besar kepada kestabilan ekonomi negara.
Dalilnya, Bursa Malaysia merudum bila Anwar membuat tindakan pra matang dengan membuat pengumuman bahawa beliau sudah mempunyai cukup sokongan di Dewan Rakyat dan kerajaan sekarang sudah tumbang!!!
Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan.
Kita memberikan mandat supaya pemimpin dan parti politik dapat membela nasib kita dan bukannya sibuk melompat ke sana dan ke sini.
Kita memberikan mandat untuk menjamin kestabilan politik dan ekonomi yang akan memberikan menafaat kepada kita dan bukan sebaliknya.
Tetapkan pilihan kita hanya kepada satu parti sahaja.
Sbelum ini, Barisan Nasional telah memerintah dengan baik kerana mendapat mandat yang kukuh.
Demi untuk masa depan anak cucu kita, ayuh kita semua berikan sokongan sepenuhnya kepada Barisan Nasional yang telah terbukti selama lebih dari 6 dekad memacu ekonomi dan negara ke arah kemajuan.
0 comments:
Post a Comment