Thursday, September 3, 2020

Lapuran Kewangan TH Ketua Audit Negara Buktikan Mujahid Tipu, Sila Jawab!!!


Penilaian Ketua Audit Negara Buktikan Pakatan Harapan Meletakkan TH Dalam Bahaya

Selepas lebih setahun tertangguh, akhirnya laporan kewangan 2018 Tabung Haji dapat dibentangkan. 

Seperti yang diduga, dapatan Ketua Audit Negara (KAN) dalam laporan beliau telah membongkar apa yang selama ini disembunyikan oleh Pakatan Harapan dan dipertahankan oleh mantan Menteri Hal Ehwal Agama era Pakatan Harapan, Mujahid Yusof. 

Secara jelas, Lapuran Ketua Audit Negara membuktikan bagaimana dasar-dasar bodoh Pakatan Harapan telah meletakkan Tabung Haji di dalam risiko yang tidak sepatutnya.


Pertama didalam lorekan merah di bawah, jelas Ketua Audit Negara mengatakan bahawa sukuk yang diterima oleh Tabung Haji sebenarnya tiada penarafan, tidak boleh diniagakan, tidak boleh dipindahmilik dan merupakan unsecured zero coupon (berisiko tinggi).


Kedua, pada lorekan hijau pertama, terbukti bahawa keuntungan RM1.6 bilion pada 2018 yang dibangga-banggakan oleh PH sebenarnya bukanlah keuntungan hasil perniagaan normal. 

Sebaliknya RM1.39 bilion datang daripada pindahan aset melalui sukuk UJSB tersebut (keuntungan tidak nyata). 

Maknanya duit tak dapat pun lagi!!!

Keuntungan hasil perniagaan normal (keuntungan nyata) yang telah diperolehi hanyalah RM210 juta. 

Persoalan besar sekarang ini ialah bagaimana tak sebuah institusi yang mempunyai aset sebesar RM70 bilion tetapi hanya mampu menjana RM210 juta melalui perniagaan normal?

Ketiga, ini paling teruk. 


Tengok lorekan hijau kedua. 

Ketua Audit Negara sendiri tidak mampu pastikan bahawa Tabung Haji akan dapat menerima bayaran sukuk tersebut pada masa yang sepatutnya!!!

Apa maksudnya? 

Maksudnya Ketua Audit Negara sendiri tak yakin dengan kemampuan UJSB sama ada melalui kekuatan kewangan ataupun model perniagaannya bagi membayar hutang kepada Tabung Haji.

Kalau Ketua Audit Negara sendiri tak yakin, bagaimana Pakatan Harapan boleh sangat  yakin untuk buat model perniagaan yang berisiko begini?

Apa yang akan berlaku jika kebimbangan Ketua Audit Negara ini menjadi nyata? 

Apa yang akan berlaku kepada Tabung Haji jika UJSB akhirnya tidak mampu menunaikan bayaran hutang pada masanya?

Ternyata selama 22 bulan, Tabung Haji telah diletakkan ke dalam risiko yang sangat besar oleh Pakatan Harapan.

Dari sebuah institusi yang mempunyai potensi yang cukup tinggi dan mampu menjana keuntungan berbilion ringgit setahun, kini Tabung Haji telah menjadi sebuah institusi yang berada dalam risiko kerugian.

Namun masyarakat Melayu Islam bernasib baik kerana dengan bantuan Allah SWT, puak yang mempunyai agenda jahat untuk meruntuhkan institusi yang telah banyak membantu umat Islam di Malaysia untuk menunaikan Rukun Islam yang ke 5, kini telah diletakkan di bawah kawalan Menteri Kewangan yang lebih bertanggungjawab.

Inilah bala dan kerosakan hasil daripada tangan-tangan yang akan dihisab di Hari Pembalasan!





Kredit :

0 comments:

fda

Archives