Tuesday, September 15, 2020

Rancangan Shafie Dan Dr Mahathir Ke Atas DS Najib Terbongkar

 

Sewaktu mengumumkan pembubaran DUN Sabah, Presiden Warisan, Shafie Apdal, kelihatan sangat yakin keputusan tersebut akan membawa kebaikan untuk parti Warisan.


Dari gaya dan semangat yang beliau dan penyokong parti Warisan tunjukkan, jelas memberitahu kita, Shafie amat yakin apabila PRN Sabah diadakan, Warisan akan mendapat kemenangan bergaya.

Tetapi kini, baru beberapa hari penamaan calon PRN Sabah berlalu, ke mana perginya semangat dan keyakinan Shafie dan penyokong parti Warisan.

Shafie tidak perlu berselindung lagi, kajian yang dilakukan di lapangan jelas menunjukkan beliau dan parti Warisan telah ditolak oleh rakyat Sabah.


Terkini, tular pula video Shafie membuat panggilan video kepada Dr Mahathir untuk merancang strategi kempen PRN Sabah.

Sekali imbas, memang tidak salah Shafie membuat panggilan video kepada sifu beliau, Dr Mahathir, untuk mendapatkan pandangan dalam menyusun strategi kempen PRN Sabah.

Tapi cuba tonton video klip yang admin tepekkan.

Cuba dengar baik-baik apa yang Shafie bualkan dengan Dr Mahathir bermula dari 1': 05".


Mula-mula tanpa ditanya oleh Dr Mahathir, Shafie secara tiba-tiba beritahu Dr Mahathir bahawa DS Najib pada waktu itu berada di Tawau, Sabah untukmembantu kempen PRN Sabah.

Agak pelik, ini bukan PRK dan Sabah adalah di bawah pemerintahan parti Warisan di mana Shafie adalah Ketua Menteri.

Sedangkan DS Najib tidak memegang apa-apa jawatan dalam Kerajaan Pusat, apatah lagi dalam Kerajaan Negeri Sabah, jadi apa yang perlu Shafie risaukan dengan kehadiran DS Najib dalam membantu kempen PRN Sabah untuk calun Barisan Nasional?

Apakah Shafie merasa tergugat dengan kehadiran DS Najib di Sabah?

Bukankah Shafie sendiri yang melaungkan bahawa Sabah adalah untuk rakyat Sabah dan rakyat Sabah tidak mengalu-alukan kedatangan pemimpin dari seberang Laut China Selatan!!!

Bermula dari 1':10", kita dapat mendengar dengan jelas, Shafie meminta Dr Mahathir untuk datang ke Sabah bagi membantu kempen PRN Sabah untuk Warisan.

Itu juga tidak menjadi kesalahan kerana seperti yang diduga, dalam kempen PRN Sabah, pasti ramai pemimpin dari Malaysia Barat yang akan datang ke Sabah.

Tapi yang menarik perhatian admin ialah bila Shafie meminta Dr Mahathir datang ke Sabah untuk memainkan kembali fitnah dan cerita bahawa DS Najib dan Barisan Nasional, terutamanya UMNO adalah pencuri dan perompak.

Rupa-rupanya, inilah strategi utama pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan bila berhadapan dengan rakyat.

Cerita dan fitnah yang lapuk dan basi terus dimainkan berkali-kali untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap DS Najib dan Barisan Nasional, terutamanya UMNO.

Sama ada yang pemimpin Pakatan Harapan yang tua, mahu pun yang muda, inilah senjata lapuk yang menjadi kegemaran mereka untuk memadamkan rekod cemerlang Barisan Nasional bila berhadapan dengan rakyat.

Sebenarnya Pakatan Harapan tidak ada rekod yang baik sewaktu memerintah untuk diceritakan kepada rakyat supaya rakyat menjadi yakin kepada mereka, jadi pilihan yang Pakatan Harapan ada ialah menabur fitnah dengan memburuk-burukkan pemimpin Barisan Nasional.

Perkataan yang paling tepat ialah :

'We know Pakatan Harapan is bad but Barisan Nasional is worse, so choose the bad is better than choose the worse.'

Tapi satu perkara yang Pakatan Harapan lupa ialah, pengundi di hadapan mereka bukanlah pengundi yang mudah untuk mereka tipu lagi dan pengundi di seluruh Malaysia memang menanti-nantikan pilihanraya untuk menghukum Pakatan Harapan, 7 kekalahan Pakatan Harapan sama ada semasa menjadi kerajaan atau selepas menjadi pembangkang adalah indikator yang cukup jelas.


Seperkara lagi, calun Warisan yang menawarkan diri untuk PRN Sabah ini, alahai sangat-sangat memualkan.

Nampaknya demam sijil palsu sudah bermula balik!!!











0 comments:

fda

Archives