Kemelut pemilihan Ketua Menteri Sabah di kalangan pemimpin-pemimpin parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berakhir apabila dalam satu sidang media yang diadakan lewat tengahari semalam Hajiji mengumumkan mereka 'sebulat suara' telah memilih dirinya sebagai Ketua Menteri Sabah.
Dari satu sudut, kita menerimanya dengan berfikiran positif kerana dan berharap dengan perlantikan ini akan berakhirnya kemelut politik negeri Sabah.
Keadaan ekonomi Sabah berada di dalam keadaan yang terburuk dalam sejarah apabila pentadbiran Warisan yang diterajui oleh mantan Ketua Menteri Sabah yang lalu, Shafie Apdal, telah melakukan pelbagai kerosakan terhadap negeri Sabah.
TYT Sabah, Tun Juhar, dilapurkan telah meminta 2 nama yang telah dipersetujui oleh gabungan GRS untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Pemimpin GRS telah bersetuju memberikan 2 nama iaitu Bung Mokhtar Radin (UMNO) dan Hajiji Mohd. Noor (PPBM) sebagai calun Ketua Menteri Sabah.
Selepas perbincangan, sumber melapurkan, TYT Sabah telah memilih Bung Mokhtar Radin sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Hamzah dikatakan telah menggunakan kuasa beliau sebagai Menteri Dalam Negeri untuk menekan TYT Sabah dan juga ADUN GRS supaya memilih Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ADUN GRS kerana bagi mereka, Ketua Menteri Sabah mestilah ditentukan oleh orang Sabah sendiri dan bukannya dengan campurtangan dari pusat.
ADUN GRS juga mempersoalkan, apakah hak Hamzah Zainuddin untuk menolak ketetapan yang telah dibuat oleh TYT Sabah?
Inilah yang berlaku sehingga memaksa TYT Sabah meminta tempuh untuk menentukan (hakikatnya bukan beliau yang tentukan tetapi Hamzah Zainuddin yang tentukan), siapa yang akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Ramai akar umbi UMNO menyangkakan, Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, terlalu mengikut telunjuk PPBM.
Manurut sumber, Zahid tidak berpuas hati dengan cara pengendalian rundingan oleh Hamzah Zainuddin.
Zahid yang di dalam kuarantin wajib dikatakan telah menyatakan kekecewaan ini kepada Presiden PBBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.
UMNO Sabah sebelum ini melepaskan banyak kerusi yang dimenangi dalam PRU lepas kepada Bersatu sebagai sebahagian rundingan akan memperolehi jawatan Ketua Menteri jika Gabungan Rakyat Sabah menang.
Sumber juga mendakwa Ahmad Zahid juga kecewa dengan cara PBBM meletak calon-calon bebas di 6 kawasan bagi mengalahkan calon Barisan Nasional.
Ramai yang kritik Pengerusi Barisan Nasional kerana Barisan Nasional, terutamanya UMNO dilihat seolah-olah dipermainkan oleh PPBM dalam PRN Sabah ini?
Walau pun admin bersetuju, namun kita tidak seharusnya menghalakan senjata kita sesama sendiri, ini akan menampakkan seolah-olah UMNO sudah rapuh dan berpecah.
Kesempatan ini akan diambil oleh pihak lawan.
Suarakan kemarahan kita di Persidangan Agung UMNO nanti dan terjemahkannya sewaktu pemilihan UMNO 2021.
PRU 15 semakin hampir, maka kita mesti sepakat untuk menghalakan senjata kita kepada pihak lawan, sama ada Pakatan Harapan, mahu pun sekutu yang nampaknya mahu mempermainkan kita dari Perikatan Nasional.
Berbalik kepada persoalan asal, apakah kriteria pemilihan Ketua Menteri?
Kalau kriterianya adalah parti yang mempunyai kerusi yang terbanyak dalam GRS, maka UMNO yang memiliki 14 kerusi DUN berbanding PPBM yang cuma memiliki 10 kerusi DUN, adalah lebih layak.
Kalau kriterianya adalah Ketua Menteri mestilah orang Sabah, maka kesemua parti di dalam GRS adalah layak.
Kalau kriterianya adalah kelayakan akedemi, maka Bung Mokhtar Radin yang memiliki Master Degree adalah lebih layak dari Hajiji.
Kalau kriterianya adalah untuk menunjukkan PPBM adalah parti dominan di dalam GRS dan Perikatan Nasional, maka Hamzah telah berjaya.
Persoalannya, apakah Ketua Menteri yang tiada pendedahan di peringkat pusat dan luar negara akan mampu memacu ekonomi negeri Sabah yang kini berada dalam keadaan tenat.
Kalau gagal nanti, jangan pula diulang zikir SALAH NAJIB atau pun SALAH UMNO!!!
0 comments:
Post a Comment