Thursday, October 29, 2020

Cadangan DS Najib Kerjasama Dengan Anwar Adalah Serangan Kepada Musuh, Kenapa Kita Pula Yang Menggelabah?


Sebaik sahaja tamat perjumpaan Ahli Parlimen UMNO, tular di media sosial kononnya DS Najib telah cuba mengkhianati UMNO demi untuk kepentingan diri beliau sendiri dengan cuba mendesak Ahli Parlimen UMNO supaya memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim.


Kalau Malaysia Now, kepunyaan adik kepada mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, yang merupakan penyokong tegar Azmin Ali, yang spin isu ini, tidaklah menghairankan, tetapi apabila manusia-manusia yang mengaku sebagai 'totok UMNO' turut sama spin isu ini, pada pendapat admin, ada sesuatu yang tidak kena.

DS Najib di dalam penjelasannya telah memberitahu kita semua bahawa ketika mesyuarat tersebut, beliau telah mengemukakan 3 cadangan untuk dipertimbangkan dibawa kepada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO  yang akan diadakan pada sebelah malam.

Apa 3 cadangan yang DS Najib utarakan?

1. UMNO teruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional dengan syarat UMNO diberikan lebih peranan dalam kerajaan untuk menentukan halatuju ekonomi.

2. Mendapatkan persetujuan untuk PRU 15 diadakan pada suatu tarikh yang tetap pada masa depan setelah Covid-19  terkawal demi memulihkan kestabilan politik.

3. Kerjasama bersyarat dengan Anwar tanpa DAP sehingga PRU15.

Ada beberapa perkara yang kita perlu lihat secara rasional supaya tidak termasuk dalam perangkap lawan.

DS Najib dengan jelas menyatakan beliau telah membuat 3 cadangan (seperti yang tertulis di atas), cadangan pertama dan kedua DS Najib telah diterima oleh MP UMNO tetapi cadangan yang ketiga telah ditolak.

Sebenarnya cadangan ketiga DS Najib bukanlah cadangan utama tetapi merupakan cadangan pilihan terakhir yang boleh diambil oleh UMNO sekiranya 2 cadangan awal yang diutarakan itu ditolak mentah-mentah atau PPBM terus-terusan memperbodohkan UMNO.

Bukankah PPBM telah berkali-kali mempermainkan UMNO!!!

Persoalannya, mengapa cuma satu dari tiga cadangan yang DS Najib utarakan ditularkan?

Kenapa 2 cadangan yang lain diketepikan dan tidak ditularkan?

Apa niat sebenar Malaysia Now menularkan isu itu?


Kenalkan kita siapa Dr Ahmad Atory, penganalisis yang mencadangkan supaya DS Najib disingkirkan dari UMNO kerana membuat cadangan supaya UMNO berkerjasama dengan Anwar Ibrahim?

DS Najib bukanlah ahli politik picisan yang menggunakan perjuangan parti sebagai topeng untuk kepentingan peribadi.


Sebaik sahaja Barisan Nasional diumumkan tumbang dalam PRU 14, DS Najib telah mengambil tanggungjawab moral untuk meletakkan semua jawatan politik yang beliau pegang ketika itu.

Awal pasca PRU 14, ketika dilihat ramai pemimpin UMNO menyepikan diri, termasuk pemimpin UMNO yang duduk di barisan hadapan ketika DS Najib mengumumkan meletak jawatan, DS Najib dengan tenang membuat kenyataan tidak mahu mengheret UMNO bersama dalam semua dakwaan politik yang beliau hadapi.

Di kemuncak cacian dan hinaan yang beliau terima dari masyarakat yang terpedaya dengan fitnah Pakatan Harapan, DS Najib bersendirian mempertahankan diri beliau dengan hujah dan fakta, sehingga masyarakat yang pernah mencaci beliau kembali menghormati beliau dan merasa menyesal apabila menyedari bahawa selama ini mereka sudah tertipu dengan fitnah dan tohmahan Pakatan Harapan.

Seperti yang admin katakan, DS Najib bukanlah seorang ahli politik sembarangan.

Setiap keputusan dan gerakan yang beliau lakukan, pastilah telah beliau pertimbangkan dan memikirkannya dengan semasak-masaknya dari segenap sudut.

Gunakan akal kita yang rasional dan jiwa yang tenang.

Kalau cuma dengan sokongan MP UMNO dan tanpa DAP, Anwar tidak mungkin boleh menjadi Perdana Menteri.

DS Najib meletakkan syarat berkerjasama dengan Anwar TANPA DAP.

Apakah Anwar sanggup meninggalkan DAP yang mempunyai lebih dari 40 MP, tidak termasuk dengan bilangan MP dari PAN, hanya untuk berkerjasama dengan UMNO yang kini cuma mempunyai 39 MP?

Jadi apa tujuan DS Najib membuat cadangan begitu kalau sudah tahu Anwar tidak mungkin akan menerimanya.

Kalau kita gunakan akal kita yang waras, tidak perlu tahu apa tujuan sebenar DS Najib tetapi lihat apa yang sedang berlaku kepada DAP dan PKR sekarang.


Timbul rasa curiga antara DAP dan PKR akibat dari cadangan DS Najib itu.


Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, memerli PKR dengan menyifatkan pihak yang mahu berkerjasama dengan DS Najib untuk membentuk kerajaan sebagai 
kemaruk dan gila kuasa. 

Apa pula yang berlaku di pihak PPBM?

Pertemuan 6 mata antara Presiden UMNO, Presiden PAS dan Presiden PPBM gagal mencapai kata sepakat, malah dari sumber yang dipercayai menyatakan, pertemuan tersebut menjadi tegang bila antara Zahid Hamidi dan Tok Mat Maslan yang mewakili UMNO saling menuduh dengan Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin yang mewakili PPBM sebagai pengkhianat.

Malah dilapurkan, Zahid dan Tok Mat Maslan telah meninggalkan meja rundingan.

Tetapi apabila DS Najib mengemukakan cadangan supaya UMNO berkerjasama dengan Anwar, secara tiba-tiba, PPBM telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO.

Tetapi diharapkan pihak UMNO tidak terlalu gembira dan berpuas hati kerana di sebalik umpan yang menggiurkan pasti terselit kail yang berbisa.


Apa muslihat Muhyiddin mahu nama untuk calun Timbalan Perdana Menteri dari UMNO tetapi bukan Presiden UMNO, Zahid Hamidi.

Inilah senjata yang digunakan oleh Dr Mahathir untuk memecahbelahkan PKR dengan melantik Timbalan Presiden PKR sebagai Menteri Kanan tetapi membiarkan Presiden PKR sebagai Ahli Parlimen biasa.

Seperti yang admin tuliskan dalam Facebook admin, kalau tak faham dengan seni politik, jangan lakukan serangan secara semberono.

Kecuali kalau ada kepentingan peribadi, itu admin tidak mahu komen.

Tapi tanyalah pada diri sendiri, berbaloikah kita menghancurkan parti kita semata-mata demi kepentingan peribadi, bukankah DS Najib pernah di salah tafsirkan oleh banyak pihak, apakah masih mahu melakukan kesilapan yang sama buat kali kedua?

0 comments:

fda

Archives