Monday, October 26, 2020

Faktor Kejatuhan Muhyiddin, SPB YDP Agong Dan Raja Raja Melayu Lebih Memahami Apa Yang Sedang Berlaku


Peringkat awal TS Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri, kebanyakan rakyat Malaysia menyambut baik.

Muhyiddin berbelanja sakan dana negara sebanyak RM2 trilion yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak.

Mengumumkan Bantuan Prihatin Malaysia (BPN) melalui Pakej Rangsangan Ekonomi akibat dari penularan Covid-19 dengan cogankata, 'no one will left behind'.

Apa lagi bila Muhyiddin berjaya memainkan watak seorang pemimpin yang warak dengan membaca doa untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara Malaysia, bertakbir bersama-sama menteri kabinet yang beragama Islam ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Ketika itu populariti Muhyiddin melonjak.

Muhyiddin dikatakan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang terbaik, ikhlas dan prihatin terhadap rakyat dan negara.

Tetapi sekarang, karier politik Muhyiddin dilihat ibarat telur dihujung tanduk.

Rakyat mula marah kepada Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional, walau pun Muhyiddin telah mengumumkan BPN 2.0, namun kemarahan rakyat dilihat tidak dapat dibendung lagi.

Mengapa?

Khianat Kepada Sekutu Yang Membantu


Dalam kemelut politik negara yang tercetus akibat dari Perdana Menteri ke 7, Dr Mahathir meletak jawatan secara tiba-tiba, atas cadangan Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan dengan persetujuan Presiden PAS, TG Hj Hadi, Muhyiddin telah ditawarkan untuk dicalunkan nama beliau sebagai Perdana Menteri ke 8.

Walau pun pada perancangan asal, nama Muhyiddin adalah pilihan ketiga dalam perancangan untuk jatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan DAP.

Sebaik dilantik menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin, Hamzah dan Setiausaha Akhbar Muhyiddin, Ainon, yang tersohor dengan nama Mak Enon, telah memulakan perancangan untuk mengkhianati UMNO dan PAS.

Ekoran dari situ, kepimpinan tertinggi PPBM khususnya Hamzah Zainuddin terus bersikap angkuh, ganas, mengugut dan manipulatif.

Mak Enon pula bertindak melakarkan imej positif melalui media yang disokong survey positif yang dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri dengan HANYA menyiarkan usaha tangani gelombang pertama Covid-19.

Disebaliknya imej positif yang Mak Enon berkan kepada rakyat Malaysia, jemaah menteri yang dikuasai PPBM, faksi Azmin dengan sokongan peribadi Takiyuddin dan Samsuri berencana politik yang berniat jahat, penuh fitnah dan khianat.

Puak-puak PPBM sendiri mengetepikan jiwa besar dan lapang dada Presiden UMNO, Zahid, demi penyatuan ummah dengan perancangan Hamzah untuk bubar dan ambil alih UMNO serta merampas aset UMNO supaya menjadi milik PPBM.

Jika tiada gelombang ke 3 Covid-19, mereka sudah rancang untuk memenjarakan menunggu Zahid dan Najib pada bulan Februari 2021. 

Konon TSMY tak campurtangan dalam urusan mahkamah tapi sebenarnya dia biarkan campurtangan Mahathir dalam mahkamah berterusan melalui tangan Gopal Sri Ram mengatur dan mencatur hakim-hakim dalam mahkamah.

Muhyiddin tiada perancangan yang mantap dalam menentukan hala tuju negara bagi menghadapi kegawatan sosial, ekonomi dan geopolitik negara akibat pandemik Covid-19.

Hanya yang dijajakan oleh Muhyiddin ialah bantuan demi bantuan hasil dari duit yang dikumpulkan oleh DS Najib semasa menjadi Perdana Menteri ke 6.

Khianat Dan Menggunakan UMNO (Parti Keramat Orang Melayu Dan Parti Yang Menaikkan Muhyiddin) Untuk Kepentingan Peribadi


Mungkin ramai yang sudah lupa, Muhyiddin bukanlah seorang pemimpin yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

Matlamat utama beliau di dalam politik adalah untuk kepentingan peribadi.

Beliau sanggup menggunkana apa saja demi untuk mencapai cita-cita politik beliau.

Sebab utama mengapa Muhyiddin dipecat dari UMNO bukanlah kerana pendedahan mengenai 1MDB seperti yang beliau dakwa selama ini (sila dengar rakaman audio yang disertakan).

Demi untuk mencapai cita-cita politik beliau, Muhyiddin sanggup mengkhianati perjuangan asal UMNO, iaitu membela agama, bangsa dan tanah air.




Untuk naik ke atas, Muhyiddin menggunakan UMNO sebagai batu loncatan dan selepas berada di atas, UMNO yang selama ini menaikkan beliau, bukan sahaja beliau memandangnya dengan jijik, malah berniat untuk terus membunuhnya.

Memang benar dan admin akui, UMNO pernah dibarisi pemimpin-pemimpin yang korup, tetapi bukan semua pemimpin UMNO korup.

Namun apa yang lebih penting, hasil dari perjuangan UMNO, negara kita mendapat kemerdekaan, maruah Raja Raja Melayu dikembalikan dari dimalukan dalam Malayan Union.

Semangat, perjuangan dan pengorbanan pemimpin dan akar umbi UMNO ketika pra kemerdekaan, masih lagi diwarisi, malah didokong sepenuhnya oleh akar umbi UMNO sekarang.

Perjuangan akar umbi UMNO ikhlas, mereka tiada kepentingan peribadi, yang ada pada jiwa dan nurani mereka hanyalah perjuangan untuk bangsa, agama dan tanah air.

Lihat sahaja ketika UMNO ditewaskan dalam PRU 14, ketika pemimpin-pemimpin UMNO sibuk melompat parti atas sebab-sebab kepentingan peribadi, siapakah yang tanpa lelah, terus-terusan mempertahankan UMNO walau pun berdepan tohmahan dan cacian!!!

Ahli UMNO melebihi 3 juta orang, kalau hanya 1 juta ahli UMNO dari 3 juta ahli UMNO menadah tangan, memohon kepada Allah SWT agar dihancurkan musuh-musuh UMNO sama ada yang tersembunyi atau yang nyata, In Sya Allah, akan diperkenankan, walau pun bukan kerana ramai yang berdoa tetapi mungkin kerana keikhlasan mereka ketika berdoa.

Kepada Muhyiddin, Dr Mahathir, Anwar dan siapa sahaja yang mahu menghancurkan UMNO, itulah sebenarnya tunjang kekuatan UMNO, iaitu keikhlasan akar umbi UMNO.

Tumbangkanlah mereka kalau kamu mampu.

Laksanakan Tanggungjawab Terakhir Sebaik-Baiknya


SPB YDP Agong dan Raja Raja Melayu sudah bersuara dan membuat ketetapan untuk menolak perintah darurat yang dipohon Muhyiddin.

YDP Agong dan Raja Raja Melayu tentu lebih maklum, maksud tersirat di sebalik yang tersurat dalam permohonan darurat Muhyiddin.

Memerangi pandemik Covid-19 akan menjadi tugas dan tanggungjawab Muhyiddin yang terakhir sebagai Perdana Menteri, jadi, lakukanlah dengan sebaik-baiknya.

Kredit :




0 comments:

fda

Archives