Tuesday, October 6, 2020

Lepas Muhyiddin Kantoi Main Golf, Dr Adham Di Fitnah Main Golf, Kerja Siapa?


Semalam laman blog ini mendedahkan bagaimana Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kantoi tinggalkan Putrajaya dan pergi ke selatan tanah air untuk bermain golf ketika rakyat berada dalam kegelisahan akibat kes baharu jangkitan Covid-19 mencatat peningkatan tertinggi dalam negara.

Dan selepas mendapat kecaman dari netizen seluruh negara, Muhyiddin dikatakan bergegas balik ke Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara yang membincangkan keadaan terkini Covid-19 dalam negara.

Sama ada diakui atau tidak, reputasi Muhyiddin Yassin di kalangan rakyat Malaysia terjejas teruk akibat dari sikap tidak bertanggungjawab yang beliau tunjukkan itu.

Sama ada sikap perihatin yang Muhyiddin pamerkan selama ini adalah lahir dari hati beliau atau 'plastik', admin serahkan kepada pembaca semua untuk tentukan.


Dalam netizen mengecam tindakan Muhyiddin yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab itu, tiba-tiba timbul fitnah terhadap Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

Dr Adham Baba difitnah, kononnya beliau juga hilang dari radar ketika kes baharu Covid-19 meningkat ke paras tertinggi dalam negara.


Beliau juga dikatakan berada di tempat yang sama dengan Muhyiddin Yassin untuk bermain golf.

Dr Adham Baba pantas menyanggah fitnah yang dilemparkan ke atas beliau, antara kenyataan yang beliau keluarkan :


"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengatakan saya bermain golf semalam."

"Fitnah seperti ini bertujuan memburukkan nama saya."

"Saya difitnah bermain golf di Desaru, Johor dan ia menampakkan seolah-olah saya 'hilang' daripada menjalani tugas."

"Malah, semalam bermula 7.45 hingga 9.30 pagi saya mendapat taklimat harian daripada pegawai tertinggi mengenai Covid-19 dan seterusnya pada 11 pagi hingga tengah hari saya ada mesyuarat bahagian latihan kementerian."

"Selepas itu, 3 petang pula saya mempengerusikan majlis penasihat kesihatan mental kebangsaan kerana kita tahu disebabkan Covid-19 ini ramai yang mengalami tekanan dan kemurungan."

"Oleh itu, kami berbincang mencari jalan untuk menangani permasalahan ini pasca Covid-19 dan selepas itu jam 6 petang saya ada taklimat Covid-19 untuk data terkini sampai 7 malam."


Malah Dr Adham Baba telah mengarahkan Setiausaha Politik beliau, Ustaz Shamsul Najmi, untuk membuat lapuran polis lapuran polis berkaitan fitnah yang telah dilakukan ke atas beliau.

Persoalannya sekarang, siapakah yang merancang untuk memfitnah Dr Adham Baba?

Adakah ianya dibuat oleh pihak Pakatan Harapan atau ianya dari pihak PPBM.?

Kedua-dua pihak mempunyai motif yang kukuh untuk membuat fitnah tersebut.

Pihak Pakatan Harapan seperti yang sedia maklum, memang mempunyai kepakaran di dalam menyebarkan fitnah melalui RBA yang ditaja sepenuhnya oleh DAP dan fitnah telah terbukti menjadi senjata yang paling ampuh buat Pakatan Harapan.

Manakala PPBM juga mempunyai motif untuk 'divert' kecaman rakyat terhadap Muhyiddin Yassin kerana setakat ini, baik dari PMO mahu pun Setiausaha Media atau Setiausaha Politik atau Setiausaha Sulit Muhyiddin tidak membuat apa-apa penjelasan atau penafian seperti yang dilakukan oleh Dr Adham Baba, dan jangan lupa, DNA Pakatan Harapan masih lagi tebal dan kuat melekat pada PPBM.

Jadi untuk mengalihkan kecaman terhadap Muhyiddin Yassin, lalu satu fitnah disebarkan untuk memburukkan Dr Adham Baba.

Mengapa Dr Adham Baba dan bukannya Ketua Pengarah Kesihatan?

Kerana ini adalah isu politik dan Ketua Pengarah Kesihatan bukanlah orang politik.

Apa pun kita tunggu pihak polis buka kertas siasatan terhadap lapuran yang telah dilakukan.

Kalau ada tindakan susulan dari pihak polis, maka terbukti ianya adalah dari RBA tetapi kalau perkara ini senyap begitu sahaja seperti kes-kes yang lain, maka tidak perlu dijelaskan siapa di belakang fitnah tersebut kerana semua sedia maklum siapa Menteri Dalam Negeri dan dari parti mana!!!

0 comments:

fda

Archives