Tuesday, October 20, 2020

Tuntutan UMNO Ke Atas PPBM, UMNO Kena Game Dengan PPBM Lagi?


Pengumuman Seiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan mengenai keputusan mesyuarat Biro Politik UMNO yang dihadiri oleh Presiden UMNO, Timbalan Presiden UMNO, Setiausaha Agung UMNO dan juga semua Ketua Perhubungan Negeri UMNO untuk mempertimbangkan menarik balik sokongan UMNO kepada Kerajaan Perikatan Nasional sekiranya syarat-syarat baru yang dikemukan oleh UMNO kepada PPBM tidak dipenuhi, telah menggemparkan dunia politik tanah air.

Kita tahu, Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin, bukanlah sebuah kerajaan yang kukuh.


Perikatan Nasional hanya mempunyai 112 Ahli Parlimen dan pembangkang sebelum ini mempunyai 110 Ahli Parlimen, tetapi selepas kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Liew Vui Keong, pembangkang kini mempunyai 109 Ahli Parlimen.

Ini bermakna, sekiranya 2 Ahli Parlimen mengisytiharkan menarik balik sokongan ke atas Perikatan Nasional, maka secara rasminya Muhyiddin Yassin akan kehilangan majoriti di Parlimen dan Kerajaan Perikatan Nasional akan mencatat sejarah sebagai kerajaan yang paling singkat riwayat pemerintahannya di Malaysia.

Sementara UMNO mempunyai 39 Ahli Parlimen dan sekiranya UMNO membuat keputusan secara en bloc untuk menarik balik sokongan ke atas Perikatan Nasional. ianya sudah lebih dari mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perkatan Nasional.

Inilah yang menggusarkan Perikatan Nasional dan memenuhi syarat baru yang dikemukakan oleh UMNO, bukanlah satu pilihan untuk dipenuhi tetapi ianya adalah satu keperluan yang WAJIB dipenuhi, dalam artikata lain, DO or DIE!!!


Ekoran dari itu, viral di media sosial kononnya arahan telah dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional supaya netizen pro Perikatan Nasional memulakan serangan ke atas UMNO dengan menggambarkan bahawa tuntutan syarat baru UMNO ke atas PPBM itu adalah bukti bahawa pemimpin UMNO gila kuasa dan mahu melepaskan diri dari kes pendakwaan di mahkamah.

Namun, ianya didapati BUKAN dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional, namun yang menjadi persoalannya siapa yang mengeluarkan arahan tersebut dan apakah tujuannya?


Kemudian timbul pula serangan kedua ke atas UMNO, tular pula surat yang kononnya telah diserahkan kepada SPB YDP Agong dan telah ditulis serta ditandatangani oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan disokong pula oleh DS Najib, bahawa kononnya UMNO telah menyatakan pendirian untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan memberikan sokongan secara en bloc kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Namun ianya juga telah didapati palsu dan mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan yang tegas dan konsisten bahawa UMNO TIDAK sekali-kali akan mengadakan kerjasama dengan DAP atau Anwar Ibrahim atau Dr Mahathir.

Malah UMNO telah mengeluarkan KENYATAAN RASMI berkenaan isu tersebut.


PAS juga dilihat melatah dengan pengumuman yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengeluarkan kenyataan supaya UMNO memberikan penjelasan kepada PAS berkenaan keputusan UMNO untuk mempertimbangkan balik sokongan terhadap Perikatan Nasional.

Mungkin kali ini, PAS sudah keluarkan arahan kepada Setiausaha Agung PAS, Takiyudin Hasan, supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Takiyudin didapati telah berkali-kali menimbulkan ketegangan hubungan antara UMNO dan PAS dalam kenyataan lebih sudu dari kuah.

Kalau pun sudah seronok dengan jawatan sekarang, Takiyudin tidak perlu menggelabah dan kelam kabut ayam, sebab UMNO hanya menyatakan akan pertimbangkan untuk menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional, tambahan pula tidak ada klausa yang menyatakan UMNO akan berikan sokongan kepada Anwar Ibrahim!!!


Tapi nampaknya Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi, didapati lebih bijak dan matang dalam tindakan beliau, apabila mengadakan pertemuan dengan Zahid Hamidi untuk mendapatkan penjelasan tanpa membuat apa-apa kenyataan awal.

Timbul persoalan, kalau Setiausaha Agung UMNO turut sama di dalam pertemuan tersebut, mengapa Setiausaha Agung PAS tidak ada?

Kemudian Utusan Malaysia pula melapurkan, bahawa kononnya, pada hari Isnin (semalam), Muhyiddin akan melakukan rombakan kabinet bagi memenuhi tuntutan yang dibuat oleh UMNO.

Namun sehingga hari ini (Selasa), tidak ada apa yang berlaku!!!


Kermudian, hari yang sama (hari Isnin, semalam) Utusan Malaysia lapurkan akan berlaku rombakan kabinet, Utusan Malaysia melapurkan pula bekas Menteri Besar Johor yang disingkirkan dari jawatan, 
Osman Sapian aka Osman Datsun, mahu supaya MUhyiddin tidak tunduk kepada tuntutan UMNO!!!

Persoalannya, siapakah yang merancang dan melakukan serangan terhadap UMNO?

Adakah PPBM?

Kerana PPBM mempunyai motif, serangan dilakukan supaya rakyat akan marah kepada UMNO dan sokongan rakyat kepada UMNO akan beralih kepada PPBM.

Atau PAS?

PAS tidak mempunyai motif untuk melakukan serangan tetapi mempunyai kebimbangan yang besar sekiranya UMNO menarik balik sokongan kerana kebanyakan pemimpin PAS yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan, terutamanya menteri dan timbalan menteri dilihat merasa cukup selesa dan ada kalanya berkelakuan ibarat kaduk naik junjung.

Jawatan yang disandang sekarang membuat mereka lupa bahawa sokongan pengundi Melayu kepada UMNO dan PAS adalah di dalam Muafakat Nasional dan bukannya Perikatan Nasional.

Mereka lupa bvahawa Muafakat Nasional telah mempunyai kekuatan sendiri untuk menghadapi PRU 15 tanpa sokongan mana-mana parti lain.

Atau Pakatan Harapan 

Pakatan Harapan sudah tentu mempunyai motif yang cukup jelas kerana mereka sangat-sangat mengharapkan supaya UMNO sebagai parti komponen terbesar dalam Perikatan Nasional akan menarik diri dan bergabung dengan Pakatan Harapan supaya mereka kembali berkuasa.

Atau dari dalaman UMNO sendiri?

Kesimpulannya, BELUM ADA KEPASTIAN tuntutan UMNO akan dipenuhi.

YANG PASTI adalah :

- UMNO mempunyai kuasa untuk meruntuhkan kesombongan dan ketamakan pemimpin PPBM tetapi tidak digunakan sepenuhnya.

- Berkali-kali UMNO mengeluarkan kenyataan bahawa tahap kesabaran UMNO ada batasannya tetapi tidak pernah menterjemahkannya dengan tindakan tegas.

- Telah berkali-kali UMNO diperbodohkan PPBM, namun UMNO cuma acah-acah marah.

Kepimpinan UMNO mesti bertegas sekali ini, buktikan UMNO adalah parti yang bermaruah dan bukannya parti picisan yang dipenuhi penghkhianat!!!

0 comments:

fda

Archives