Monday, August 31, 2020

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 63

|0 comments

 


Hari ini, 31 Ogos 2020, kita sebagai rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke 63.


Ini bermakna sudah 63 tahun, laungan MERDEKA sebanyak 7 kali dilaungkan oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia, Al Marhun Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, di Stadium Merdeka berlalu.

Untuk generasi muda yang lahir sekitar 90'an dan selepas tahun 2000, hayatilah perjuangan dan pengorbanan datuk nenek kita dalam perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan negara.

Benar, kita mendapatkan kemerdekaan dari kolonial British bukan dengan mengangkat senjata seperti negara jiran kita.

Kolonial British bersetuju memberikan kemerdekaan negara di meja perundingan.

Tetapi perjuangan kemerdekaan kita juga bermula dari pengorbanan darah dan airmata datuk nenek kita.

Kerana setiap kejayaan pasti akan menuntut pengorbanan.

Kenalilah siapa Tok Bahaman, Tok Janggut, Datuk Maharajalela, Tok Perak, Mat Kilau dan ramai lagi.

Telusurilah dan hayatilah kisah pengorbanan dan perjuangan mereka yang akhirnya menimbulkan kesedaran dan penyatuan kepada bangsa Melayu.

Harga yang terpaksa dibayar untuk memerdekakan negara, bukannya murah.

Selain pengorbanan pahlawan-pahlawan Melayu itu, pemimpin-pemimpin Melayu di era pra merdeka harus akur dengan perkongsian hidup dengan bangsa-bangsa pendatang seperti Cina dan India di Malaysia yang dipanggil sebagai Tanah Melayu ketika itu.

Atas sikap toleransi dan saling menerima dan memberi, maka lahirlah kontrak sosial antara pemimpin Melayu, Cina dan India.

Hormatilah kontrak sosial yang sudah disepakati oleh pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu kerana itulah asas yang membawa kepada kemerdekaan dan kemakmuran negara yang dinamakan Malaysia.

Kenalilah negara kita untuk mencintainya kerana kalau tidak kenal, mana mungkin kita akan cinta kepada negara kita.

Ingat...

KEAMANAN YANG KITA KECAPI HARI INI BUKANLAH SESUATU YANG KITA WARISI DARI GENERASI TERDAHULU TETAPI IANYA ADALAH SATU PINJAMAN YANG DIBERIKAN OLEH GENERASI TERDAHULU KEPADA KITA DAN KITA WAJIB MEMINJAMKANNYA KEPADA GENERASI SELEPAS KITA SUPAYA MEREKA DAPAT MEMINJAMKANNYA PULA KEPADA GENERASI SELEPAS MEREKA!!!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 63.

Sunday, August 30, 2020

PRK N58 Slim, Baca Buku Atas Pokok, Kali Nie Atok Kalah Teruk!!!

|0 comments

Keputusan rasmi dari Pegawai Pengurus Pilihanraya PRK Nr8 Slim, Shamsul Ridzuan Idris dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), calun Muafakat Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz, menang bergaya dengan mendapat 13,060 undi, majoriti menewaskan 2 calun Bebas, Amir Khusyairi (calun tajaan Dr Mahathir dari parti Pejuang yang menggunakan lambang Pokok) yang mendapat 2,115 undi dan seorang lagi calun Bebas, S Santhasekaran (calun Bebas yang menggunakan lambang Buku), yang mendapat 276 undi.

Ini bermakna calun Muafakat Nasional (BN) menang dengan majoriti 10,945 undi dalam pertandingan 3 penjuru di PRK N58 Slim, Perak.


Kira-kira 68.4% dari 23,094 pengundi yang berdaftar di DUN Slim, Perak telah keluar membuang undi dalam PRK N58 Slim kali ini.

Ada beberapa perkaran yang menarik untuk dilihat pada PRK Slim ini.


Dalam PRU 14 yang lepas, calun UMNO/BN, Allahyarham Mohd Khusairi Abdul Talib, menang dengan jumlah undi 8,327 undi dengan majoriti 2,183 undi, apabila menewaskan calon PPBM, Mohd Amran Ibrahim yang mendapat 6,144 undi dan calun PAS Muhammad Zulfadli Zainal yang mendapat 4,103 undi. 

Ini bermakna gabungan undi BN dan PAS pada PRU 14 telah diterjemahkan sepenuhnya dalam PRK N58 Slim kali ini atas kerjasama dalam Muafakat Nasional.

Kalau kita kira undi UMNO dan PAS pada PRU 14 ialah sebanyak 12,430 undi.

Manakala undi sebanyak 6,144 yang diperolehi oleh PPBM dalam PRU 14 lalu, GAGAL diterjemahkan oleh PPBM yang mahu menyertai Muafakat Nasional sebagai 'Big Brother'.

Kalau pun ada, maksud admin, kalau ada undi yang berjaya ditarik oleh jentera pilihanraya PPBM pada PRK N58 Slim ini cuma 630 undi, iaitu cuma 10.25% dari undi yang PPBM perolehi dalam PRU 14 yang lepas.



Jadi, seperti yang pernah dikatakan oleh Presiden UMNO, di manakah keikhlasan dan apakah ada nilainya kerjasama politik Muafakat Nasional bersama PPBM?

Namun, walau pun tanpa kerjasama yang sepatutnya dari PPBM, Muafakat Nasional telah berjaya mendapat 84.37% undi keseluruhan berbanding dengan 67% undi yang diperolehi BN di PRU 14 yang lepas.

Apa yang lebih menarik ialah Muafakat Nasional telah berjaya memenangi semua 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Slim.

Dengan kekalahan teruk calun yang mendapat sokongan Dr Mahathir dan Pakatan Harapan sebanyak 3 kali berturut-turut termasuk di PRK Parlimen Tg. Piai (PPBM atas tiket Pakatan Harapan) dan PRK DUN Chini (Bebas atas tajaan Dr Mahathir dan Pakatan Harapan), Pahang, jelas menunjukkan mesej bahawa rakyat memberikan sokongan yang padu terhadap Muafakat Nasional dan menolak kepimpinan Dr Mahathir serta Pakatan Harapan.

Timbul persoalan, apakah kerjasama politik dengan PPBM akan mempunyai nilai penambahbaikan terhadap Muafakat Nasional atau kehadiran PPBM di dalam Muafakat Nasional adalah ibarat parasit politik sahaja.

Tahniah kita ucapkan kepada Muafakat Nasional berjaya mendapat kemenangan dalam 7 PRK berturut-turut dan tidak lupa juga takziah kepada Dr Mahathir dan Pakatan Harapan kerana berjaya mengekalkan kekalahan sebanyak 7 kali berturut-turut di dalam pilihanraya kecil yang diadakan.

Admin akhiri dengan serangkap pantun dua kerat :


Baca buku atas pokok
Kali nie Atok kalah teruk...

Saturday, August 29, 2020

Dr Mahathir Memperlekehkan Peneroka Felda Dalam Ceramah Kempen PRK Slim

|0 comments

 


Dalam ceramah kempen PRK Slim pada hari Khamis lepas, dalam program sepetang bersama Tun Dr Mahathir di Pusat Bandar Felda Gunung Besout 3, Dr Mahathir sekali lagi memperlekehkan masyarakat peneroka Felda dengan menganggap masyarakat peneroka Felda adalah golongan yang mudah untuk ditipu bila beliau memutarbelitkan fakta dan menipu masyarakat peneroka Felda.

Dr Mahathir mendakwa bahawa masaalah hutang yang ditanggung oleh peneroka Felda adalah berpunca dari sifat tamak dan hasil rompakan dari DS Najib.

Dr Mahathir mendakwa, DS Najib mahu menyenaraikan Felda Global Ventures (FGV) untuk memberi duit kepada peneroka dan memaksa peneroka Felda untuk menanggung hutang baharu, walau pun hutang rumah dan ladang peneroka kepada Felda sudah selesai.

Alasan tuduhan jahat Dr Mahathir itu adalah kerana pegangan DS Najib dalam menjalankan pemerintahan adalah berasaskan 'Cash Is King'.

Kerana mahu kekal berkuasa dan popular, maka DS Najib akan memberikan duit kepada peneroka, walau pun itu akan membuatkan peneroka akan menanggung hutang yang dipaksa ke atas mereka.


Jadi admin tidak perlu mengupas dengan lebih lanjut mengenainya kerana ianya boleh dibaca melalui link di atas.

Internet Tidak Pernah Lupa


Internet tidak pernah lupa!!!

Manusia yang mempunyai niat untuk mengambil kesempatan ke atas peneroka Felda adalah Dr Mahathir sendiri, bukannya DS Najib.

Tentu kita masih ingat akan kemarahan peneroka Felda ke atas Dr Mahathir ketika majlis Sambutan Hari Peneroka 2019 di Pusat Bandar Felda Selancar 3, tahun lepas.

Sebaik sahaja Dr Mahathir berucap, peneroka Felda keluar beramai-ramai sebagai tanda protes terhadap Dr Mahathir dan membuatkan Dr Mahathir berucap di hadapan khemah yang separuh kosong di dalam majlis tersebut.

Apa yang menyebabkan peneroka Felda marah kepada Dr Mahathir sehingga mereka berani menunjukkan protes di hadapan Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.


Di sebalik alasan untuk menambah hasil peneroka Felda, Dr Mahathir pernah mencadangkan supaya semua tanah-tanah ladang milik peneroka Felda dicantumkan untuk dijadikan estate yang akan diuruskan oleh pengurus-pengurus ladang yang berkerja dengan syarikat-syarikat besar milik kroni beliau.

Sekali dengar, idea itu memang sangat menarik kerana ladang-ladang itu akan diuruskan dengan lebih baik dan secara profesional.

Tetapi ada perangkap yang dipasang di sebalik umpan yang nampak lazat itu :

> Dengan percantuman ladang-ladang peneroka Felda untuk dijadikan estate, dengan sendirinya hak milik tanah ladang tersebut akan berpindah kepada syarikat yang memajukan ladang tersebut.

> Hutang tanam semula akan ditolak dengan harga pembelian tanah yang sudah pasti murah kerana tanah ladang berstatus tanah pertanian.

> Peneroka Felda akan menjadi kuli kepada syarikat pemaju di atas bekas ladang milik mereka sendiri.

> Sekiranya projek itu gagal, tanah ladang tersebut, pada bila-bila masa boleh ditukar status menjadi tanah perindustrian untuk dimajukan oleh syarikat yang menjadi pemilik baru tanah dan peneroka terpaksa keluar, ini membuatkan peneroka bukan sahaja hilang punca pendapatan, malah akan hilang tempat tinggal.

Laman blog ini pernah mendedahkan niat jahat Dr Mahathir pada 17 Julai 2019.

Kepada Dr Mahathir, cukup-cukuplah.

Jangan lagi mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain.

Kekayaan Dr Mahathir anak beranak sudah mencecah puluhan malah mungkin ratusan bilion, 7 keturunan pun tidak habis makan.


Carilah harta dari sumber pendapatan yang halal, supaya berkat dan memberi kebaikan kepada anak cucu.

Satu lagi peringatan kepada Dr Mahathir, peneroka Felda sekarang sudah jauh lebih maju dari apa yang beliau sangkakan.

Balik dari menorah getah atau berkerja di ladang sawit, peneroka sudah tidak mencari suratkhabar untuk mengikuti isu-isu semasa, tetapi mereka akan mencari 'handphone' atau 'tab', supaya mereka boleh menyemak kembali kebenaran berita yang ditulis atau ucapan pemimpim politik seperti Dr Mahathir.

Kerana peneroka Felda tahu, internet tidak pernah lupa sebagaimana pemikiran dan daya ingatan Dr Mahathir yang sudah terjejas di tahap gaban.

Ingat tu Atok, INTERNET TIDAK PERNH LUPA!!!

Friday, August 28, 2020

Mantan Menteri Dan Timbalan Menteri Akui PH Sengaja Menyiksa Rakyat Malaysia Dalam 2 Tahun Pertama Pemerintahan Mereka

|0 comments

Dalam satu program online baru-baru ini, mantan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Syed Saddiq aka Mat Tisu dengan tidak sengaja telah membongkarkan perancangan politik awal Pakatan Harapan.

Mat Tisu dedahkan, Kerajaan Pakatan Harapan sememangnya telah merancang untuk memansuhkan dan mengurangkan subsidi serta bantuan kepada rakyat dalam tempoh 2 tahun pertama sebelum kembali memberikannya semula kepada rakyat bagi 3 tahun berikutnya (penggal pemerintahan).

Ini adalah satu perancangan kepetingan politik yang paling jijik, kejam dan khianat.

Huraiannya begini :

Tahun pertama dan kedua, subsidi dan bantuan dikurangkan. 

Rakyat disuruh ikat perut, berkorban dan bantu kerajaan kerana kononnya negara sudah bankrap di bawah Barisan Nasional dan Najib.

Rakyat perlu tolong bayar hutang negara kononnya RM1 trilion yang ditinggalkan Barisan Nasional dan Najib, pada hal sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan, hutang negara tidak pernah dikurangkan oleh Pakatan Harapan.

Malah, Pakatan Harapan telah  menaikkan hutang negara sebanyak RM140 bilion iaitu pada kadar paling laju dalam sejarah. 

Jauh lebih laju berbanding zaman Barisan Nasional dibawah pentadbiran DS Najib.

Selepas menyiksa dan mendera rakyat, maka Pakatan Harapan akan mula mengembalikan bantuan dan juga subsidi yang telah ditahan dalam 2 tahun pertrama pemerintahan mereka.


Bukan Mat Tisu sahaja yang mengakui strategi zalim Pakatan Harapan, mantan Timbalan Menteri Kesihatan Pakatan Harapan, Dr Lee Boon Chye juga mengakuinya. 

Lalu negara dikatakan telah 'diselamatkan' hasil dari kebijaksanaan Pakatan Haarapan dalam menguruskan ekonomi negara.

Maka dengan itu, kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Harapan akan semakin kukuh dan rakyat akan mengundi mereka sekali lagi pada PRU15.

Maksudnya apa?

Rakyat sengaja ditipu, disusahkan, ditekan dan dikorbankan oleh Pakatan Harapan selama 2 tahun.

Demi apa?

Demi kepentingan dan strategi politik Pakatan Harapan untuk mengekalkan kuasa dan memburukkan Barisan Nasional.

Begitulah jijik dan zalimnya Pakatan Harapan.

Demi kalangsungan kuasa, mereka sanggup melihat puluhan juta rakyat Malaysia menderita!!!

Manusia jenis apakah mereka ini?

Hanya orang berhati hitam yang paling jahat mampu hasilkan strategi zalim seperti ini.

Siapa yang bertanggung jawab untuk menghasilkan strategi politik yang sengaja menipu dan menderitakan puluhan juta rakyat ini perlu dijahanamkan buat selama-lamanya.





Kredit :



Thursday, August 27, 2020

Cucu Dr Mahathir, Anak Kepada Mukhriz Di Tangkap Langgar PKP Dan Dalam Keadaan MABUK!!!

|0 comments

 


Kalau admin sebut nama Meera Alyanna, mungkin ramai yang tidak tahu siapa budak perempuan tu.

Tapi kalau disebut nama penuh Meera Alyanna binti Mukhriz bin Mahathir bin Mohammad, tentu kita boleh agak siapa budak perempuan itu.

Ya, Meera Alyanna ialah anak kepada Mukhriz aka Boboi dan cucu kepada Dr Mahathir aka Atok.

Apa istimewanya budak perempuan nie, sampai admin terpanggil untuk menulis tentang dia?

Tidak ada apa yang istimewa tentang budak perempuan nie tapi ada berita panas mengenainya yang admin dapat lewat malam tadi.


Cucu Dr Mahathir dan anak kepada Mukhriz telah ditahan oleh pihak polis dalam satu serbuan ke atas sebuah premis hiburan di ibukota.

Beliau telah dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail sekitar jam 1.20 pagi untuk tindakan lanjut.

Memetik kenyataan sumber, "Ya, beliau telah ditahan pagi Sabtu lalu, kerana melanggar perintah PKP dan ketika ditahan beliau dalam keadaan mabuk."

"Seramai 30 pelanggan telah dibawa ke balai untuk pelbagai kesalahan PKPP dan siasatan dibuat di bawah Peraturan 11, Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit."

Dr Mahathir menubuhkan parti Pejuang selepas menubuhkan parti PPBM kerana kononnya beliau mahu menyelamatkan maruah Agama Islam dan bangsa Melayu.

Tetapi ironiknya, cucu beliau sendiri GAGAL beliau selamatkan dari menjadi seorang wanita Melayu yang sopan dan kukuh akidahnya.


Jadi di manakah kekuatan perjuangan Dr Mahathir dan Mukhriz dalam memperjuangkan maruah Agama Islam dan bangsa Melayu.

Selamatkanlah anak cucu sendiri dahulu sebelum bercita-cita mahu menyelamatkan anak bangsa.

Bukankah perjuangan yang sebenar itu bermula dari keluarga sendiri dan di dalam rumah sendiri!!!



Sumber :

Wednesday, August 26, 2020

Peringatan Kepada Pemuda DAP Sarawak, Sarang Tebuan Jangan Di Jolok, Penduduk Asal Sarawak Sudah Bersuara

|0 comments

Kalau kita kata DAP ialah parti rasis dan langsung tidak tahu menjaga hati dan perasaan orang lain, DAP marah.

DAP sering gunakan alasan hak asasi, kesamaan hak dan berbagai-bagai label yang sangat lunak didengar untuk melindungi perbuatan jijik mereka yang sering menimbulkan kemarahan kepada kaum lain di Malaysia.

Bila kita bangkit membantah dan menyatakan kemarahan atas tindakan provokasi perkauman yang sengaja DAP lakukan itu, DAP dengan pantas akan menuduh kita rasis.

Itulah sikap DAP dari dahulu, kini dan selamanya.

Terkini, tindakan provokasi perkauman sengaja dilakukan lagi, kali ini di bumi Kenyalang.

Mungkin kerana merasakan yang mereka sudah cukup gagah dan tidak ada siapa yang berani mempertikaikan apa yang mereka buat, DAP dengan berani dan angkuhnya menampal nama jalan yang ditulis dalam bahasa Mandarin di sekitar Bandaraya Kuching, Sarawak.


Bila orang ramai dari pelbagai kaum bangkit menyatakan kemarahan, Ketua Pemuda DAP Sarawak, Howard Lee, berkata apa yang dilakukan oleh Pemuda Sarawak adalah membaiki papan tanda jalan itu. 

Isu papan tanda jalan sudah ada dan SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) tahu mengenainya.


"Presiden SUPP, Dr Sim Kui Hian, yang merupakan menteri Cina dalam kabinet negeri, tahu tentang  masalah  itu  dan  mereka tidak melakukan apa-apa," katanya dipetik laporan Borneo Post.

"Berkaitan isu papan tanda di bandaraya Kuching Sarawak yang kebelakangan ini menjadi topik hangat, kami merayu supaya kita menghormati perbezaan sosio-budaya di antara Wilayah Sarawak dan Semenanjung Malaysia," tambah Howard lagi.

Masaalahnya sekarang, apa yang dilakukan oleh Pemuda DAP Sarawak itu bukanlah membaiki papan tanda jalan tersebut, tetapi mengubah dengan menampal pelekat berbahasa Mandarin ke atas papan tanda itu.

Adakah Pemuda DAP Sarawak sudah mendapat kebenaran  dari DBKU untuk mengubah maklumat di atas papan tanda tersebut atau mereka bertindak secara bulldoz tanpa mengendahkan undang-undang!!!

Dan kenapa pula mahu diheret SUPP dan Presiden SUPP, Dr Sim Kui Hian dalam tindakan biadap yang mereka sendiri lakukan!!!

Kepada DAP, ada peringatan yang diberikan oleh Adam Lawrence, seorang anak jati negeri Sarawak yang berbangsa Iban.

Baca dan hadamkan apa yang Adam Lawrence katakan :


Mana Sejarah Cina Di Bumi Sarawak?

Aku bukan rasis... 

Tapi aku tulis untuk mengingatkan agar kita hidup di dunia ini setidak-tidaknya reti bagaimana menghormati orang lain, tambah lagi jika kita ini menumpang.

Sarawak asalnya dihuni bangsa Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh, Kenyah, Kayan, Kelabit, Penan dan lain-lain.

Kami adalah penduduk asal sejak ribuan tahun, bukannya baru 100 atau 50 tahun yang lalu.

Orang Cina yang memandai mengajak orang Sarawak supaya tuntut untuk keluar dari Malaysia di Sarawak itu adalah bangsa atau kaum yang TIDAK ADA asal usul di bumi Sarawak ini. 

Kamu orang Cina TIDAK ADA sejarah tumpah darah melawan menjajah. 

Sila namakan seorang bangsa kamu orang Cina yang pernah melawan penjajah di bumi Kenyalang ini???

Jadi, kamu yang merupakan kaum pendatang yang masih baru mendatang tidak perlu hendak ajak atau cuba menghasut bangsa asal di bumi ini supaya keluar Malaysia. 

Sejarah hidup yang ada pada bangsa kamu adalah sebagai komunis memerangi bangsa aku sendiri... ada!!!

Tanah kami ada adatnya, ada ceritanya dan ada sejarahnya. 

Di mana bangsa kamu, semasa James Brooke serang kami dahulu? 

Siapa nama pahlawan kamu yang berjuang bersama kami?

Kami Iban digelar Sea Dayak kerana datang dari hulu pendalaman ke tepi laut yang asing mempertahankan kedaulatan tanah kami.

Saya ingin berpesan kepada kaum kamu kaum bangsa Cina golongan pendatang ini, jangan sesekali hidup sebagai bangsa yang KURANG AJAR di tanah orang lain, kemudian berlagak macam orang asal di sini. 

Duduk dan tinggallah elok elok cari makan di sini. 

Tak perlu hendak ajar kami apa yang terbaik untuk kami.

Keluarga aku ada juga yang berbangsa Cina, tetapi tidak pula bengap macam kamu. 

Sudahlah pendatang dan senang-senang dapat duduk jadi warga Sarawak, kemudian hendak ajak aku dan bangsa aku orang asal negeri ini keluar Malaysia.

Ape masalah otak korang nie?

Tidak semua Iban itu Kristian.

Dan tidak juga semua Iban itu Islam.

Tidak pula semua Iban itu Pagan.

Tapi kami semua adalah bangsa asal negeri ini dan termaktub dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ada hak kami sebagai pribumi dan sebagai bangsa Bumiputera.

Jangan ingat kerana pemimpin kami lemah, kamu boleh pijak-pijak orang bawah sesuka hati kamu!!!




Adam Lawrence
Iban Sarawak

Kepada bangsa DAP, berpolitiklah secara matang dan janganlah melakukan perbuatan-perbuatan bodoh semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.

Kemudian bila menghadapi tekanan kemarahan orang ramai, kelam kabut ayam dan cuba hendak babitkan pihak lain yang tidak ada kena mengena.

Berani buat, berani tanggung, kalau tidak, jangan berpolitik, pelihara saja babi yang ada di rumah kamu semua!!!

Tuesday, August 25, 2020

Adakah Kedua- Dua Tangan Yang Menggenggam Dahulu Masih Erat Genggamannya?

|0 comments

Keupayaan Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad bin Hassan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat Hassan, untuk menenangkan keresahan akar umbi UMNO ketika berlaku isu-isu yang panas pada UMNO memang sudah terbukti.

Sebelum ini, ketika UMNO dilanda krisis kepercayaan orang Melayu selepas tewas dalam PRU 14 dan dalam masa yang sama, Dr Mahathir cuba membunuh UMNO hingga memaksa Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi bercuti rehat, Tok Mat Hassan yang memangku jawatan Presiden UMNO ketika itu, bukan sahaja telah berjaya menyelamatkan UMNO dan mengembalikan kepercayaan orang Melayu kepada UMNO tetapi juga telah berjaya membuka jalan yang lebih luas kepada kerjasama antara UMNO dan PAS, sehingga akhirnya lahirlah Muafakat Nasional.

Kini sekali lagi UMNO berada dalam dilema.

Akar umbi UMNO sekali lagi dilanda keresahan, malah ada antara mereka yang mula memandang sinis kepada PAS ekoran keputusan  parti itu bergabung dengan PPBM di dalam Perikatan Nasional.

Laman blog ini ada mendedahkan mengapa berlaku keresahan akar umbi UMNO bila mendapat berita PPBM mahu menyertai Perikatan Nasional.

Malah Tok Mat Hassan sendiri ada mengutarakan mengenai keresahan akar umbi UMNO mengenai isu tersebut.


Terkini, Tok Mat Hassan menjelaskan mengenai isu hubungan yang sebenarnya antara UMNO dan PAS dan berharap supaya akar umbi UMNO tidak panik dan salah faham.

Antara intipati kata-kata Tok Mat Hassan itu ialah piagam yang termeterai antara UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional adalah perjanjian yang terhad untuk berkerjasama  atau 'ta'awun' sahaja.

Baik UMNO atau PAS adalah bebas untuk menjalinkan atau tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik.

Apa yang paling penting ialah untuk memastikan tidak berlaku pertandingan 3 penjuru di dalam PRU 15 nanti.


Manakala Setiausaha Agung Barisan Nasional, TS Annuar Musa, pula dalam satu kenyataan menyeru supaya akar umbi UMNO bertenang.

Biarlah kita bertatih, asalkan jangan kita rebah tambah Annuar Musa lagi.

"22 bulan ummah resah, kini baru sedikit lega tetapi bukan tiket menyalakan api untuk berbalah."

"Menyelamatkan negara, agama dan ummah bukan mudah." 

"Kita baru menyusun langkah, bertatih asal jangan rebah, rapatkan saf satukan ummah bergerak ke satu arah," ciapan Annuar di Twitternya.


Pada pihak PAS pula, Yang Di Pertua PAS Tg Malim, Mohd Tarmizi Ab Rahman, berkata hubungan antara akar umbi UMNO dan PAS di peringkat akar umbi masih lagi akrab.

Menurut beliau, ianya dapat dilihat melalui kerjasama antara akar umbi UMNO dan PAS di dalam kempen PRK Slim.

"Di mana calon BN berada, di situlah wakil PAS akan turut serta dan sehingga hari ini, rakyat di sini menyambut baik dan memberi sokongan kepada penyatuan parti Melayu antara PAS-UMNO."

"Kerjasama ini, saya akan pastikan sampai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15 ) dan dalam PRK ini kami jadikan sebagai medan latihan serta akan memperbaiki gerak kerja pilihan raya selepas PRK ini supaya hubungan PAS-UMNO lebih relevan," katanya.

Kita tidak sekali-kali mempertikaikan komitmen PAS dalam Muafakat Nasional.

Kita tidak sekali-kali mempertikaikan semangat setiakawan PAS terhadap UMNO.

Namun, di dalam pembahagian kerusi di PRU 15 nanti, apabila PPBM menuntut kerusi yang selama ini menjadi kerusi tradisi UMNO dan yang telah dimenangi atas tiket UMNO di dalam PRU 15 nanti, apakah sikap dan pendirian pemimpin-pemimpinUMNO dan juga PAS!!!

Monday, August 24, 2020

Moh Teman Kabor Siapa MB Bertuah Yang Teman Cerita Semalam

|0 comments

Semalam laman blog ini membongkarkan cerita seorang Menteri Besar yang sangat bertuah kerana dapat bercuti bersama-sama dengan keluarga di chalet 5 bintang, The Datai Langkawi dengan percuma.

Admin juga ada dedahkan siapa yang menjadi penaja penginapan Menteri Besar tersebut, tidak lain dan tidak bukan ialah taikun Cina yang juga merupakan kroni rapat Dr Mahathir.

Seperti yang admin tulis semalam, ada pi, mesti ada mai.

Vincent Tan sudah melabur puluhan, malahan mungkin juga ratusan riban, sudah pasti ucapan terima kasih sahaja tidak memadai, buat kata orang muda sekarang, terima kasih ada banyak dekat highway.


Berita Harian melapurkan Berjaya Group akan pelopori pelancungan di Terengganu.

Tahukan siapa pemilik Berjaya Group?

Tidak lain dan tidak bukan adalah taikun Cina yang juga merupakan kroni rapat Dr Mahathir, iaitu Vincent Tan.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Vincent Tan mengaup keuntungan dari sektor pelancungan dengan meranapkan alam semula jadi di Malaysia.


Selama 50 tahun Berjaya Tioman Resort, anak syarikat Berjaya Group menjalankan aktiviti perniagaan di bawah industri pelancungan yang berasaskan keindahan alam semula jadi Laut China Selatan, di Pantai Salang, Pulau Tioman dan kini telah ditutup dengan alasan 'pandemik Covid-19'.

Apa sebenarnya yang telah berlaku di Pantai Salang, Pulau Tioman?

Sekumpulan penyelidik dari Kluster Penyelidikan Pelancongan Lestari, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang terdiri dari Siti Zulaiha Zainal Abidin, Shida Irwana Omar & Badaruddin Mohamed telah melakukan penyelidikan mengenai kemusnahan alam sekitar terutamanya hakisan tanah yang menyebabkan perubahan garis pantai dan juga terumbu karang di perairan sekitar Pulau Tioman akibat dari kegagalan untuk menguruskan alam semula jadi hasil dari aktiviti pelancungan yang terlalu agresif.


Penyelidikan yang mereka lakukan telah mendapati  telah berlakunya kemusnahan berskala besar terhadap alam sekitar akibat dari aktiviti pelancungan yang tidak diuruskan dengan baik.

Kemusnahan alam sekitar, terutamanya Terumbu Karang merupakan satu kerugian atau kehilangan yang tidak ternilai kepada bukan sahaja negara malah dunia.

Menurut Pusat Sains Negara (PSN), Terumbu Karang merupakan warisan alam yang mesti kita pelihara kerana ianya bukan sekadar batuan di dasar laut.

Terumbu Karang juga memainkan peranan penting di dalam menjaga ekosistem dasar laut dan juga menjadi sumber bekalan makanan kepada hidupan di laut.

Kemusnahan Terumbu Karang akan mengambil masa puluhan tahun untuk dipulihkan kerana pembesarannya hanyalah sekadar 0.5 cm hingga 2.0 cm setahun.

Dan kini setelah berlaku kemusnahan berskala besar dan mengaut keuntungan jutaan malah mungkin mencecah puluhan atau ratusan juta ringgit hasil dari aktiviti pelancungan, Berjaya Group akan mengembangkan pelaburan mereka dalam industri pelancungan di Terengganu pula.

Apakah Kerajaan Negeri Terengganu akan mengenakan syarat yang ketat kepada Berjaya Group untuk memastikan kemusnahan yang berlaku di Pulau Tioman tidak berulang lagi di perairan Terengganu.

Tapi apa ada hal, kerana harga khazanah laut di Terengganu hanyalah sama nilainya dengan bermalam di chalet 5 Bintang di The Datai Resort, Langkawi!!!

Sunday, August 23, 2020

Seronok Jadi MB, Dapat Duduk Chalet 5 ⭐ Free!!!

|0 comments

The Datai Langkawi bukan chalet 'kaleng-kaleng'  di pulau percutian, Pulau Langkawi.

Cuma orang 'have-have' aka kluster kayangan sahaja yang mampu sewa chalet The Datai Langkawi.

Kalau ada hajat nak bermalam kat The Datai Langkawi, dalam poket mesti ada 'riban-riban' untuk bayar sewa chalet jer, tak termasuk yang lain-lain lagi.

Kalau macam admin nie, cuma boleh sewa dalam mimpi sahaja lah jawabnya, manakan tidak, yang paling 'chaukia' sewanya dah RM1,300 semalam, itu untuk yang satu bilik.


Yang paling 'rare' dengan 5 bilik tidur, sewanya RM55,000 semalam!!!


Chalet nie milik taikun Cina yang juga merupakan kroni kesayangan Dr Mahathir, Vincent Tan.

Bukan admin nak 'promote' chalet The Datai Langkawi, tapi baru-baru ini ada cerita di sebalik The Datai Langkawi.

Khabarnya ada seorang Menteri Besar dari negeri mana (lu fikirlah sendiri), bercuti satu keluarga kat Langkawi dan menginap di The Datai Langkawi.

Admin sebut Menteri Besar yer, bukannya Ketua Menteri, maksudnya Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak terkeluar dari senarai.

Nama pun dah bercuti satu keluarga, takkan nak sewa chalet satu bilik pulakkan?

Anak-anak nak tidur kat mana?

Mestilah sewa chalet yang 5 bilik, yang harganya RM55,000 satu malam!!!

Lagi satu, takkan nak sewa satu malam jer, paling tidak pun tiga atau empat malam, baru ada 'umphh' cuti tu!!!

Paling menarik, khabarnya, sewa chalet pada Pak Menteri Besar tu adalah FOC atau Free Of Charge!!!

WOW!!!

Satu malam sewanya RM55,000, kalau dua malam, sewanya RM110,000 dan kalau tiga malam, sewanya RM165,000!!!

Baik betul Vincent Tan dengan Menteri Besar tu yer, ker Vincent Tan tu memang baik orangnya, sebab tu Dr Mahathir sayang!!!

Tapi orang-orang tua selalu cakap, orang yang paling kaya tu adalah orang yang paling kedekut, terutamanya orang berniaga.

Bagi dia orang, ada pi, WAJIB ada mai!!!

Aku bagi RM10, aku MESTI dapat sekurang-kurangnya RM1,000!!!

Kalau bagi RM110,000 tu, darab ler berapa yang Vincent Tan bajet akan dapat nanti.

Yang pasti, bukan 'free' atau bagi saja.

Pada Menteri Besar berkenaan, kuasa dan jawatan yang awak dapat tu adalah dengan izin Allah SWT dan mandat rakyat.

Kuasa dan jawatan yang Allah SWT pinjamkan tu adalah amanah dariNya dan akan dipersoalkan nanti di akhirat.

Jadi, gunakanlah dengan sebaik-baik mungkin dan janganlah gadaikan maruah agama, bangsa dan tanah air dengan menyalahgunakan amanah yang Allah SWT pinjamkan itu.

Saturday, August 22, 2020

Penganalisis Politik : 80 Kerusi Parlimen Dalam Genggaman UMNO/Barisan Nasional Sekiranya PRU 15 Di Adakan Sekarang

|0 comments

UMNO bersama-sama parti komponen dalam Barisan Nasional kini berada di dalam landasan terbaik umtuk menghadapi PRU 15.

Kajian terkini mendapati, sekiranya PRU 15 diadakan sekarang atau dalam tempoh yang terdekat ini, UMNO/Barisan Nasional dijangka akan memperolehi lebih dari 80 kerusi Parlimen.


Malah menurut penganalisis dari Universiti Teknologi Malaysia, dan juga merupakan salah seorang dari penganalisis di Ilhanm Centre, Dr Mazlan Ali berkata, sekiranya UMNO/Barisan Nasional dapat menjalinkan kerjasama yang baik bersama-sama PAS, gabungan itu boleh memenangi lebih banyak lagi kerusi Parlimen.

Admin agak terkejut dengan jkenyataan yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali kerana setahu admin, Dr Mazlan Ali dan Ilham Centre adalah pro kepada PAN dan Anwar Ibrahim.

Namun, setelah mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak, admin akui apa yang didakwa oleh Dr Mazlan itu mempunyai asas yang kukuh.

Berdasarkan peralihan semasa sokongan pengundi yang lebih memihak kepada UMNO/Barisan Nasional dan sokongan semasa anak muda kepada UMNO/Barisan Nasional di dalam media sosial, jelas menunjukkan gelombang sokongan pengundi beralih kepada UMNO/Barisan Nasional.

Mengenai keputusan PAS untuk sama-sama menyertai PPBM di dalam Perikatan Nasional bagi mewujudkan satu gabungan besar atau 'grand coalition' di dalam Perikatan Nasional, ada antara penyokong Muafakat Nasional, sama ada dari UMNO mahu pun PAS memandang sinis keputusan PAS itu dan menganggap PAS seolah-olah mahu meninggalkan Muafakat Nasional.


Namun kepimpinan tertinggi UMNO tetap menghormati keputusan PAS dan menganggap keputusan PAS itu sebagai hak mereka.


Walau apa pun keputusan PAS, UMNO/Barisan Nasional akan tetap menjalinkan kerjasama dengan PAS/Perikatan Nasional demi untuk memastikan Pakatan Harapan yang ditunjangi DAP tidak lagi berkuasa di Putrajaya.

Cuma yang agak dikesalkan ialah sikap PPBM yang menuntut 54 kerusi parlimen dalam PRU 15 nanti, di mana sebahagian besarnya merupakan kubu kuat UMNO/Barisan Nasional.

Tidak mungkin UMNO/Barisan Nasional akan akur dengan kehendak PPBM kerana ini akan menjadikan UMNO/Barisan Nasional sebagai parti picisan di dalam kerjasama UMNO/Barisan Nasional dengan PAS/Perikatan Nasional.

Sekiranya mahu menjalinkan kerjasama, PPBM mesti membuang sikap tamak dan gelojoh.

Apa pun nanti, admin berharap agar satu kesepakatan yang baik dapat diwujudkan oleh ketiga-tiga parti demi untuk agama, bangsa dan tanah air.

Friday, August 21, 2020

Bila Anjing DAP Menyalak, Pasti Akan Mengikut Arahan Tuannya!!!

|0 comments

 

ECXO Kerajaan Negeri Perak, merangkap Naib Pengerusi DAP Perak, Aziz Bari, mendakwa tiada undang-undang yang membolehkan memasang bendera terbalik boleh dikenakan tindakan!!!


Dipercayai dakwaan Aziz Bari ini adalah sebagai respon dari tindakan PDRM Johor yang menahan 4 orang di salah sebuah kilang di Johor kerana dengan sengaja telah memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik.

Dalam kenyataannya, Aziz berkata, "Benda ni terlalu mudah atau pun cepat disebarkan, cuma setahu saya tak ada kesalahan." 

"Ada undang-undang ke yang menyatakan salah pasang bendera terbalik?"

"Cuma benda ni jangan dimainkan, jangan dipanaskan lah." 

"Jadi kalau kadang-kadang tersilap atau pun terlepas pandang, jangan kata ini perbuatan tidak patriotik (atau) anti itu dan ini." 

"Jangan digambarkan begitu," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bagi admin, kenyataan Aziz itu biarlah kita anggap sebagai polemik politik murahan yang bertujuan untuk mendapatkan publisiti tidak bermaruah setelah beberapa kali cubaan beliau untuk menjadi Menteri Besar Perak, yang begitu beliau idam-idamkan masih belum kesampaian.

Namun apa yang cukup admin kesali ialah sikap Aziz yang sanggup memperlekehkan maruah negara demi kepentingan politik peribadi beliau.

Menjawab kenyataan Aziz, apakah Aziz tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu atau sengaja menipu dengan mengatakan memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik bukan satu kesalahan dalam perundangan Malaysia.


Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 6 bulan dan denda tidak melebihi RM500 bagi individu yang disabitkan kesalahan di bawah akta tersebut, sekira melakukannya di dalam premis milik individu seperti di rumah persendirian, manakala sekiranya dilakukan di premis milik pertubuhan atau perbadanan, maka boleh dihukum penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM500, manakala pertubhan atau perbadanan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM1,000.

Anggapan Aziz bahawa orang yang memviralkan atau pihak yang mengambil tindakan tegas terhadap salah laku menghina lambang kebesaran negara adalah satu anggapan yang menggambarkan tiada semangat cintakan negara pada diri beliau.

Lambang kebesaran negara seperti bendera Jaur Gemilang, Lagu Negaraku, Panji Panji Kebesaran Negara dan Jata Negara adalah bukan sahaja menjadi lambang kebesaran, malah menjadi lambang kedaulatan negara.

Kita sebagai warganya, WAJIB merasa marah dan merasa terhina bila lambang kebesaran negara diperlekehkan.

Apakah Aziz menganggap menghina lambang kebesaran negara sebagai sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan boleh diterima?

Bagaimana pula dengan penghinaan ke atas Jata Negara oleh Kean Wong dan syarikat penerbitan buku Gerakbudaya dalam buku bertajuk 'Rebirth : Reformasi, Resistance And Hope In New Malaysia'!!!


Bagaimana pula dengan bendera Jalur Gemilang berbucu lima yang dinaikkan di dalam satu majlis rasmi ketika berita abu mayat Setiausaha Agong Parti Komunis Malaysia, Chin Peng dikatakan berjaya diseludup masuk ke dalam Malaysia?


Dan bagaimana pula dengan perbuatan memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik yang dilakukan hampir di seluruh negara ketika bulan kemerdekaan tahun lepas?

Layakkah mereka ini dikekalkan kewarganegaraan mereka sekiranya alasan yang diberikan adalah tidak tahu, tidak sengaja atau tidak perasan?

Dan layakkah Aziz Bari dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak sekiranya beliau mempertahankan perbuatan terkutuk itu dengan alasan dilakukan secara tidak sengaja!!!

Thursday, August 20, 2020

Kenapa Akar Umbi UMNO Masih Tolak PPBM

|0 comments

Pi kini dalam dilema.

Ada antara pemimpin UMNO yang sangat bersetuju sekiranya Muafakat Nasional, di mana UMNO, di bawah panji Barisan Nasional merupakan parti dominan dalam Muafakat Nasional menerima PPBM.

Sudah pasti mereka mempunyai alasan yang tersendiri, di sebalik apa yang mereka laungkan sebagai penyatuan Melayu di bawah jenama Melayu Raya.

Ada pula yang memandang sinis, malah merasakan kurang senang untuk menerima PPBM ke dalam Muafakat Nasional.

Yang paling ketara ialah respon akar umbi UMNO yang rata-rata jelas menolak penyertaan PPBM dalam Muafakat Nasional.

Jangan Pandang Remeh Pandangan Akar Umbi UMNO


Inilah persoalan yang MESTI pucuk pimpinan parti mencari jawapannya supaya perbezaan  pandangan dan kehendak pucuk pimpinan UMNO selari dengan pandangan dan kehendak akar umbi UMNO.

Jangan dipandang remeh bantahan akar umbi UMNO kerana ramai yang sudah menetapkan pendirian untuk meninggalkan UMNO sekiranya pucuk pimpinan UMNO mengenepikan pandangan mereka!!!

Ada juga yang berpendirian akan terus tetap bersama UMNO tetapi sekiranya calon yang bertanding di DUN atau Parlimen mereka adalah calon PPBM, maka mereka akan membuat undi protes atau dengan sengaja akan merosakkan undi!!!

Pucuk pimpinan UMNO mesti ingat, UMNO mempunyai lebih 3.4 juta ahli yang berdaftar, dan mereka tidak bersendirian, bersama-sama mereka adalah penyokong UMNO yang tidak mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO dan undi mereka ini dipengaruhi oleh gelombang ahli UMNO yang berdaftar.

Persoalannya, adakah dengan menolak penyertaan PPBM dalam Muafakat Nasional bermaksud akar umbi UMNO sudah tidak sayangkan UMNO?

Sudah pasti tidak.

Kerana mereka inilah yang berganding bahu untuk bersama-sama merawat luka UMNO yang begitu parah selepas PRU 14 yang lepas.

Mereka inilah yang begitu setia menebalkan muka menjulang panji-panji UMNO yang ketika itu dipandang sangat jijik.

Dan mereka jugalah yang terus mengutip dan mempertahankan maruah UMNO yang hampir hancur setelah dipijak oleh musuh UMNO.

Atau adakah dengan menolak penyertaan PPBM ke dalam Muafakat Nasional bermaksud akar umbi UMNO sudah tidak sayangkan pemimpin UMNO?

Sudah pasti tidak.

Cuba imbas kembali, siapa yang berpanas dan berhujan ketika memberi sokongan moral kepada pemimpin UMNO ketika mereka didakwa di mahkamah?

Airmata siapa yang mengalir ketika mahkamah mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman denda ke atas DS Najib dalam kes SRC?

Berapa kerat pula pemimpin UMNO yang datang memberikan sokongan moral dan menitiskan airmata ketika itu?

Di mana pemimpin UMNO ketika itu?

Atau apakah mungkin penolakan akar umbi UMNO terhadap PPBM menggambarkan sikap akar umbi UMNO yang pentingkan diri sendiri dan menolak perpaduan ummah serta sudah tidak sayangkan agama, bangsa dan tanah air?

Siapa yang membuat tuduhan begitu, nyata orang itu buta hati perutnya.

Siapakah yang menyertai perhimpinan ICERD sehingga dikatakan sebagai perhimpunan bangsa Melayu terbesar dalam sejarah?

Siapakah yang selama ini memperjuangkan keadilan untuk Allahyarham Mohd. Adib, siapakah yang bangkit bila agama Islam, bangsa dan bangsa Melayu dihina dan diperlekehkan, siapakah selama ini yang mempertahankan kedaulatan institusi Raja Raja Melayu?

Bukankah semua itu dilakukan oleh akar umbi UMNO bersama-sama akar umbi PAS di dalam gabungan Muafakat Nasional?

Mengapa Akar Umbi UMNO Masih Menolak PPBM?


Gabungan dari hasil dari perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu dan pengorbanan dari akar umbi orang Melayu, maka lahirlah parti keramat orang Melayu, UMNO, di Istana Besar, Johor Bahru.

Selama 72 tahun, UMNO menjadi rumah yang cukup kukuh untuk orang Melayu berlindung.

Bukan sedikit cerdik pandai yang UMNO lahirkan, bukan sedikit usahawan-usahawan yang bertaraf jutawan UMNO lahirkan, bukan sedikit pemimpin-pemimpin ternama UMNO lahirkan.

Selama 61 tahun, UMNO berserta rakan-rakan komponen di dalam Perikatan dan Barisan Nasional memerintah negara dan meletakkan nama Malaysia di peta dunia.

Ini semua adalah hasil dari kesetiaan dan pengorbanan akar umbi UMNO serta kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO.

Namun tragedi 9 Mei 2018, menyaksikan rumah keramat yang selama ini tempat orang Melayu berteduh runtuh seruntuh-runtuhnya.

Lebih memedihkan lagi, tangan yang meruntuhkan rumah keramat itu datangnya dari tubuh badan yang pernah bernaung di dalamnya sekian lama.

Pemimpin yang memimpin UMNO selama 22 tahun adalah orang yang mengetuai keruntuhan rumah UMNO.

Bersama-sama beliau adalah puak-puak pengkhianat yang bukan sahaja ketawa riang selepas melihat rumah keramat UMNO runtuh, malah setelah runtuh, berbagai kata-kata hinaan, berbagai-bagai usaha dilakukan agar rumah keramat UMNO itu lenyap terus dari mukabumi.

Mereka bergabung pula dengan saki baki pengkhianat yang masih berada dalam UMNO di pasca PRU 14 untuk meneruskan agenda mereka.

Tanpa segan silu, pengkhianat-pengkhianat ini meninggalkan UMNO dengan meninggalkan kata-kata kesat.


Yang masih setia berteduh di dalam rumah keramat UMNO adalah akar umbi UMNO yang masih ada sekarang.

Dengan memekakkan telinga, dengan menebalkan muka, dengan keringat dan air mata berkerja siang dan malam, pagi dan petang, rumah keramat UMNO dibina semula.

Kini, rumah keramat UMNO kembali kukuh, kami akar umbi merasa bangga dan puas melihat rumah keramat UMNO kembali teguh.

Apakah pemimpin-pemimpin UMNO mahu menyerahkan kembali rumah keramat UMNO ini kepada tangan-tangan yang pernah meruntuhkannya dahulu?

Bukan setakat memberi mereka menumpang kembali, tetapi membiarkan mereka menjadi tuan di dalam rumah yang telah kami bina semula dengan keringat dan airmata kami.

Inilah yang mesti difahami oleh pemimpin-pemimpin UMNO sebelum menerima PPBM ke dalam Muafakat Nasional.

Kalau PAS tetap dengan pendirian mereka, itu hak mereka yang mesti kami hormati tetapi kami lebih rela menjadi pembangkang buat selama-lamanya dari duduk serumah dan menjadi kuli kepada pengkhianat di dalam rumah yang telah kami bina semula!!!
fda

Archives