Sejak Dr Mahathir umumkan akan menubuhkan parti baharu bersama-sama serpihan PPBM pada 7 Ogos 2020 lalu, tidak dapat dinafikan ianya mencetuskan suasana panik kepada kem Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin.
Sama ada Dr Mahathir benar-benar mahu menubuhkan parti baharu atau ia cuma satu lagi sandiwara politik Dr Mahathir, bagi admin, elok kita ambil sikap tunggu dan lihat.
Sebab bagi admin agak pelik dan terasa amat janggal bila Dr Mahathir memanggil wartawan untuk membuat sidang media tetapi bila ditanya wartawan bila dan apakah nama parti baharu tersebut, jawapan yang keluar dari mulut Dr Mahathir adalah belum ditentukan lagi dan akan dimaklumkan kemudian.
Jadi apa sebenarnya tujuan sidang media itu diadakan?
Apa pun kita mengambil sikap negara kita mengamalkan sistem demokrasi, siapa sahaja yang mampu, boleh menubuhkan parti, tidak kira sama ada parti politik atau parti Tupperware!!!
Admin yakin, bagi pihak UMNO khasnya dan Muafakat Nasional amnya, penubuhan parti baharu oleh Dr Mahathir tidak mendatangkan impak yang besar.
Tapi yang jelas nampak panik ialah pihak PPBM atau lebih tepat lagi kem Muhyiddin Yassin.
Sangat jelas, selepas pengumuman dibuat oleh Dr Mahathir, bukan sahaja PPBM dilanda tsunami keluar parti secara beramai-ramai oleh pemimpin dan ahli PPBM, malah ada yang menutup terus cawangan PPBM di kawasan mereka dan ianya semakin merebak ke seluruh negara (BACA DI SINI), (DI SINI), (DI SINI) dan (DI SINI).
Muhyiddin yang telah menjangkakan perkara ini akan berlaku telah bertindak awal dengan mengadakan pertemuan dengan kesemua Ahli Parlimen Barisan Nasional.
Tujuan pertemuan itu diadakan adalah untuk mendapatkan jaminan sokongan dari Ahli Parlimen Barisan Nasional sekiranya sebahagian besar Ahli Parlimen PPBM yang berada di dalam blok kerajaan sekarang ini melompat ke team Dr Mahathir.
Selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional, Muhyiddin bertemu pula Presiden UMNO dan Presiden PAS untuk mengukuhkan lagi jaminan sokongan ke atas beliau dengan alasan untuk menyatukan ummah.
Percaturan Muhyiddin mudah, sekarang sudah berlaku gelombang keluar PPBM beramai-ramai di peringkat akar umbi, namun ini belum menjejaskan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.
Tetapi sekiranya berlaku pula gelombang keluar PPBM di peringkat Ahli Parlimen, maka sokongan dari UMNO dan PAS sangat-sangat beliau perlukan untuk kekal sebagai Perdana Menteri.
Kerana sekiranya ini berlaku, Muhyiddin tidak ada pilihan lain, kecuali untuk bubarkan parlimen.
Dalam PRU 15, tanpa sokongan Muafakat Nasional, terutamanya dari UMNO dan PAS, PPBM akan terus terpinggir dari gelanggang politik tanah air dan tidak mungkin beliau dapat mengekalkan jawatan Perdana Menteri.
Kerana itu di dalam 2 pertemuan yang berasingan antara Muhyiddin dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional dan pertemuan antara Muhyiddin dengan Presiden UMNO dan Presiden PAS, Muhyiddin secara terus terang menyatakan hasrat beliau untuk membawa PPBM ke dalam Muafakat Nasional.
Kalau mengikut adat dan adab, sepatutnya pihak PPBM yang perlu mengemukakan permohonan rasmi kerana PPBM lebih memerlukan Muafakat Nasional dari Muafakat Nasional memerlukan PPBM tetapi admin kurang pasti mengapa perlu Muafakat Nasional yang menghantar surat jemputan kepada PPBM!!!
Tetapi admin kurang pasti mengapa Muafakat Nasional pula yang perlu mengeluarkan pelawaan rasmi kepada PPBM untuk menyertai Muafakat Nasional?
Ini membuatkan 'macai-macai' Muhyiddin 'besar kepala' kerana menyangkakan Muafakat Nasional yang beriya-iya mahukan penyertaan PPBM, seolah-olah tanpa PPBM maka Muafakat Nasional akan hilang hala tuju.
Beberapa kenyataan biadab dari pemimpin PPBM terutamanya terhadap UMNO telah menyerlahkan sikap bongkak mereka.
Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga merupakan Ahli Parlimen Mersing, Dr Abdul Latiff, dengan biadabnya telah mengatakan bahawa UMNO sudah tidak laku.
Dalam menghadapi Pilihanraya Negeri Sabah, Ketua Badan Pimpinan PPBM Sabah, Hajiji Noor pula menampakkan sifat tamak yang tidak langsung berpijak di bumi nyata bila membuat kenyataan bahawa PPBM mahu bertanding 45 dari 73 kerusi DUN Sabah, sedangkan 32 kerusi DUN yang dimenangi dalam PRU 14 lalu adalah atas tiket UMNO!!!
Terkini pula Timbalan Menteri Belia & Sukan, Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, yang cuma bertaraf senator telah mengeluarkan kenyataan bahawa PPBM tidak pernah menyokong DS Najib sedangkan beliau pasti tahu DS Najib adalah mantan Presiden UMNO dan mempunyai impak yang besar dalam UMNO dan Barisan Nasional.
Sekiranya tujuan PPBM mahu menyertai Muafakat Nasional adalah benar-benar ikhlas untuk penyatuan dan kebaikan ummah, rasanya ibarat kecil tapak tangan, nyiru kita tadahkan tetapi sekiranya PPBM cuma mahu menggunakan Muafakat Nasional semata-mata untuk mengekalkan Perdana Menteri datangnya dari PPBM dan untuk mengelakkan dari PPBM berkubur selepas PRU 15, maka pemimpin Muafakat Nasional mesti bijak di dalam membuat keputusan.
Tujuan Muafakat Nasional yang lahir dari gerakan Penyatuan Ummah adalah semata-mata bermatlamatkan penyatuan ummah di negara ini terutamanya masyarakat Melayu Islam.
Penyatuan Ummah yang sudah mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi dan lebih diperkukuhkan lagi dengan penyertaan parti komponen dari Barisan Nasional, In Sya Allah, sudah cukup kukuh untuk menumbangkan Pakatan Harapan walau pun tanpa PPBM.
Beberapa siri PRK telah membuktikan bahawa rakyat lebih selesa dengan Muafakat Nasional berbanding Pakatan Harapan walau pun ketika itu Muafakat Nasional adalah pembangkang dan PPBM berada bersama-sama di blok Pakatan Harapan.
Apakah itu bukan petunjuk yang jelas kepada kita semua?
0 comments:
Post a Comment