Wednesday, August 5, 2020

PRN Sabah : Pertembungan Antara Kekuatan BN Dan Ketamakan PPBM Akan Menyaksikan Pertembungan 3 Penjuru



31 Julai 2020, TYT Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, telah memperkenankan perrmintaan Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah yang sekali gus akan menyaksikan Pilihanraya Negeri Sabah akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.

Alasan yang diberikan Shafie untuk memohon supaya TYT Sabah membubarkan DUN Sabah adalah untuk mengembalikan mandat kepada rakyat Sabah kerana kononnya  terdapat banyak gangguan dari Putrajaya ke atas Kerajaan Warisan Sabah.

Ramai yang menyambut sinis kenyataan Shafie itu kerana umum tahu Kerajaan Warisan Sabah ditubuhkan juga kerana ada ADUN Barisan Nasional yang 'dibeli' oleh Shafie untuk membentuk sebuah kerajaan dengan majoriti mudah dan alasan sebenar Shafie memohon untuk dibubarkan DUN kerana beliau sedar telah kehilangan sokongan majoriti mudah di dalam DUN Sabah (BACA DI SINI).

Untuk rekod, walau pu keputusan awal PRU 14 DUN Sabah membolehkan Barisan Nasional membentuk kerajaan namun selepas urusan 'urusniaga' ADUN Sabah secara besar-besaran oleh Warisan ke atas ADUN yang memenangi PRU 14 atas tiket Barisan Nasional maka Shafie berjaya membentuk Kerajaan Warisan Sabah dengan majoriti mudah (BACA DI SINI).

Tetapi itu bukanlah isu yang mahu admin bincangkan, apa yang admin mahu bincangkan di sini ialah pertembungan antara kekuatan BN dan ketamakan PPBM di dalam PRN Sabah yang bakal diadakan.


Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, DS Bung Mukhtar, memaklumkan dalam satu sidang media bahawa UMNO akan mempertahankan kesemua 32 kerusi DUN yang dimenangi atas tiket UMNO pada PRU 14 yang lepas disamping akan mempertimbangkan untuk bertanding di 13 kerusi baharu DUN Sabah (BACA DI SINI).

Untuk makluman, jumlah DUN Sabah sebelum ini adalah sebanyak 60 kerusi, namun Dewan Undangan Negeri Sabah telah meluluskan untuk menambah lagi 13 DUN baharu yang menyaksikan jumlah DUN Sabah bertambah dari 60 ke 73 kerusi.

Hasrat dan keyakinan UMNO Sabah itu berasas kerana kesemua 32 kerusi yang dimenangi oleh UMNO Sabah itu adalah kerusi tradisi dan merupakan kubu kuat UMNO dan tambahan 13 kerusi DUN yang masih dalam pertimbangan UMNO itu akan ditetapkan kemudian dan menurut Bung Mukhtar, antara faktor utama yang menjadi pertimbangan ialah tahap keyakinan UMNO Sabah terhadap sokongan pengundi tempatan kepada UMNO Sabah.

Sekiranya UMNO Sabah yakin mempunyai sokongan melebihi 60% dari pengundi tempatan, barulah UMNO Sabah akan menawarkan untuk meletak calon.


Manakala Ketua Badan Pimpinan PPBM Sabah, Hajiji Noor, pula membuat kenyataan bahawa PPBM akan bertanding di 45 DUN Sabah dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang bakal diadakan nanti (BACA DI SINI).

Adakah ini bermakna, PPBM akan meletakkan calon di semua DUN yang sama UMNO Sabah sudah menetapkan untuk meletakkan calon?

PPBM mesti sedar, kesemua 35 DUN yang dimenangi UMNO pada PRU 14 lepas merupakan kerusi tradisi UMNO dan UMNO sudah bertapak di Sabah selama puluhan tahun.

Dalam artikata lain, 'social network' dan jentera pilihanraya UMNO di 35 DUN itu sudah kukuh.

Malah ada di antara ADUN PPBM sekarang memenangi PRU 14 atas tiket UMNO dan kerja keras jentera pilihanraya UMNO.

Kalau hasrat PPBM Sabah itu cuma berlandaskan kerajaan pusat sekarang diketuai oleh Perdana Menteri dari PPBM, Hajiji harus ingat, Muhyiddin menjadi Perdana Menteri adalah atas ihsan dari Ahli Parlimen dari Muafakat Nasional.

Tanpa ihsan dan pengorbanan Ahli Parlimen dari Muafakat Nasional, adalah mustahil Muhyiddin akan dilantik menjadi Perdana Menteri kerana di dalam Perikatan Nasional, PPBM adalah parti picisan yang mempunyai kerusi yang paling sedikit.

Apakah PPBM Sabah sudah mempunyai 'social networking' dan jentera pilihanraya yang mantap di Sabah.

PPBM pasti akan kecundang sekiranya hanya bermodalkan Perdana Menteri adalah orang PPBM, ini dibuktikan dalam PRK Kimanis.

Calon yang datangnya dari parti Warisan, disokong kuat oleh Ketua Menteri yang juga dari Warisan dan dibantu oleh pemimpin utama Pakatan Harapan yang ketika itu adalah kerajaan pusat, namun tumbang kepada calun UMNO/Barisan Nasional yang merupakan pembangkang di peringkat negeri dan pusat.

Atau apakah PPBM sebenarnya ingin memberi laluan mudah kepada Warisan untuk menjadi kerajaan sekali lagi, kerana dengan meletakkan calon di kawasan yang sama dari Perikatan Nasional akan memecahkan undi atau PPBM dengan sengaja mahu meletakkan calon yang lemah (mungkin sekiranya PPBM berkeras mahu meletakkan calon, maka Muafakat Nasional akan berikan laluan) supaya pengundi tempatan memberikan undi kepada calon Warisan sekali lagi.

Atau Hajiji sebenarnya mengidamkan jawatan Ketua Menteri Sabah? (BACA DI SINI).

Kepada Hajiji, mempunyai Perdana Menteri dari PPBM bukanlah tiket untuk merampas atau memaksa parti lain mengikut selera PPBM kerana kerjasama yang ada dalam Perikatan Nasional bukanlah bermaksud mengikat parti lain supaya bersetuju apa saja dengan kehendak PPBM!!!

0 comments:

fda

Archives