Tuesday, August 25, 2020

Adakah Kedua- Dua Tangan Yang Menggenggam Dahulu Masih Erat Genggamannya?


Keupayaan Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad bin Hassan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat Hassan, untuk menenangkan keresahan akar umbi UMNO ketika berlaku isu-isu yang panas pada UMNO memang sudah terbukti.

Sebelum ini, ketika UMNO dilanda krisis kepercayaan orang Melayu selepas tewas dalam PRU 14 dan dalam masa yang sama, Dr Mahathir cuba membunuh UMNO hingga memaksa Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi bercuti rehat, Tok Mat Hassan yang memangku jawatan Presiden UMNO ketika itu, bukan sahaja telah berjaya menyelamatkan UMNO dan mengembalikan kepercayaan orang Melayu kepada UMNO tetapi juga telah berjaya membuka jalan yang lebih luas kepada kerjasama antara UMNO dan PAS, sehingga akhirnya lahirlah Muafakat Nasional.

Kini sekali lagi UMNO berada dalam dilema.

Akar umbi UMNO sekali lagi dilanda keresahan, malah ada antara mereka yang mula memandang sinis kepada PAS ekoran keputusan  parti itu bergabung dengan PPBM di dalam Perikatan Nasional.

Laman blog ini ada mendedahkan mengapa berlaku keresahan akar umbi UMNO bila mendapat berita PPBM mahu menyertai Perikatan Nasional.

Malah Tok Mat Hassan sendiri ada mengutarakan mengenai keresahan akar umbi UMNO mengenai isu tersebut.


Terkini, Tok Mat Hassan menjelaskan mengenai isu hubungan yang sebenarnya antara UMNO dan PAS dan berharap supaya akar umbi UMNO tidak panik dan salah faham.

Antara intipati kata-kata Tok Mat Hassan itu ialah piagam yang termeterai antara UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional adalah perjanjian yang terhad untuk berkerjasama  atau 'ta'awun' sahaja.

Baik UMNO atau PAS adalah bebas untuk menjalinkan atau tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik.

Apa yang paling penting ialah untuk memastikan tidak berlaku pertandingan 3 penjuru di dalam PRU 15 nanti.


Manakala Setiausaha Agung Barisan Nasional, TS Annuar Musa, pula dalam satu kenyataan menyeru supaya akar umbi UMNO bertenang.

Biarlah kita bertatih, asalkan jangan kita rebah tambah Annuar Musa lagi.

"22 bulan ummah resah, kini baru sedikit lega tetapi bukan tiket menyalakan api untuk berbalah."

"Menyelamatkan negara, agama dan ummah bukan mudah." 

"Kita baru menyusun langkah, bertatih asal jangan rebah, rapatkan saf satukan ummah bergerak ke satu arah," ciapan Annuar di Twitternya.


Pada pihak PAS pula, Yang Di Pertua PAS Tg Malim, Mohd Tarmizi Ab Rahman, berkata hubungan antara akar umbi UMNO dan PAS di peringkat akar umbi masih lagi akrab.

Menurut beliau, ianya dapat dilihat melalui kerjasama antara akar umbi UMNO dan PAS di dalam kempen PRK Slim.

"Di mana calon BN berada, di situlah wakil PAS akan turut serta dan sehingga hari ini, rakyat di sini menyambut baik dan memberi sokongan kepada penyatuan parti Melayu antara PAS-UMNO."

"Kerjasama ini, saya akan pastikan sampai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15 ) dan dalam PRK ini kami jadikan sebagai medan latihan serta akan memperbaiki gerak kerja pilihan raya selepas PRK ini supaya hubungan PAS-UMNO lebih relevan," katanya.

Kita tidak sekali-kali mempertikaikan komitmen PAS dalam Muafakat Nasional.

Kita tidak sekali-kali mempertikaikan semangat setiakawan PAS terhadap UMNO.

Namun, di dalam pembahagian kerusi di PRU 15 nanti, apabila PPBM menuntut kerusi yang selama ini menjadi kerusi tradisi UMNO dan yang telah dimenangi atas tiket UMNO di dalam PRU 15 nanti, apakah sikap dan pendirian pemimpin-pemimpinUMNO dan juga PAS!!!

0 comments:

fda

Archives