Semalam laman blog ini membongkarkan cerita seorang Menteri Besar yang sangat bertuah kerana dapat bercuti bersama-sama dengan keluarga di chalet 5 bintang, The Datai Langkawi dengan percuma.
Admin juga ada dedahkan siapa yang menjadi penaja penginapan Menteri Besar tersebut, tidak lain dan tidak bukan ialah taikun Cina yang juga merupakan kroni rapat Dr Mahathir.
Seperti yang admin tulis semalam, ada pi, mesti ada mai.
Vincent Tan sudah melabur puluhan, malahan mungkin juga ratusan riban, sudah pasti ucapan terima kasih sahaja tidak memadai, buat kata orang muda sekarang, terima kasih ada banyak dekat highway.
Berita Harian melapurkan Berjaya Group akan pelopori pelancungan di Terengganu.
Tahukan siapa pemilik Berjaya Group?
Tidak lain dan tidak bukan adalah taikun Cina yang juga merupakan kroni rapat Dr Mahathir, iaitu Vincent Tan.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Vincent Tan mengaup keuntungan dari sektor pelancungan dengan meranapkan alam semula jadi di Malaysia.
Selama 50 tahun Berjaya Tioman Resort, anak syarikat Berjaya Group menjalankan aktiviti perniagaan di bawah industri pelancungan yang berasaskan keindahan alam semula jadi Laut China Selatan, di Pantai Salang, Pulau Tioman dan kini telah ditutup dengan alasan 'pandemik Covid-19'.
Apa sebenarnya yang telah berlaku di Pantai Salang, Pulau Tioman?
Sekumpulan penyelidik dari Kluster Penyelidikan Pelancongan Lestari, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang terdiri dari Siti Zulaiha Zainal Abidin, Shida Irwana Omar & Badaruddin Mohamed telah melakukan penyelidikan mengenai kemusnahan alam sekitar terutamanya hakisan tanah yang menyebabkan perubahan garis pantai dan juga terumbu karang di perairan sekitar Pulau Tioman akibat dari kegagalan untuk menguruskan alam semula jadi hasil dari aktiviti pelancungan yang terlalu agresif.
Penyelidikan yang mereka lakukan telah mendapati telah berlakunya kemusnahan berskala besar terhadap alam sekitar akibat dari aktiviti pelancungan yang tidak diuruskan dengan baik.
Kemusnahan alam sekitar, terutamanya Terumbu Karang merupakan satu kerugian atau kehilangan yang tidak ternilai kepada bukan sahaja negara malah dunia.
Menurut Pusat Sains Negara (PSN), Terumbu Karang merupakan warisan alam yang mesti kita pelihara kerana ianya bukan sekadar batuan di dasar laut.
Terumbu Karang juga memainkan peranan penting di dalam menjaga ekosistem dasar laut dan juga menjadi sumber bekalan makanan kepada hidupan di laut.
Kemusnahan Terumbu Karang akan mengambil masa puluhan tahun untuk dipulihkan kerana pembesarannya hanyalah sekadar 0.5 cm hingga 2.0 cm setahun.
Dan kini setelah berlaku kemusnahan berskala besar dan mengaut keuntungan jutaan malah mungkin mencecah puluhan atau ratusan juta ringgit hasil dari aktiviti pelancungan, Berjaya Group akan mengembangkan pelaburan mereka dalam industri pelancungan di Terengganu pula.
Apakah Kerajaan Negeri Terengganu akan mengenakan syarat yang ketat kepada Berjaya Group untuk memastikan kemusnahan yang berlaku di Pulau Tioman tidak berulang lagi di perairan Terengganu.
Tapi apa ada hal, kerana harga khazanah laut di Terengganu hanyalah sama nilainya dengan bermalam di chalet 5 Bintang di The Datai Resort, Langkawi!!!
0 comments:
Post a Comment