Monday, August 31, 2020

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 63

 


Hari ini, 31 Ogos 2020, kita sebagai rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke 63.


Ini bermakna sudah 63 tahun, laungan MERDEKA sebanyak 7 kali dilaungkan oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia, Al Marhun Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, di Stadium Merdeka berlalu.

Untuk generasi muda yang lahir sekitar 90'an dan selepas tahun 2000, hayatilah perjuangan dan pengorbanan datuk nenek kita dalam perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan negara.

Benar, kita mendapatkan kemerdekaan dari kolonial British bukan dengan mengangkat senjata seperti negara jiran kita.

Kolonial British bersetuju memberikan kemerdekaan negara di meja perundingan.

Tetapi perjuangan kemerdekaan kita juga bermula dari pengorbanan darah dan airmata datuk nenek kita.

Kerana setiap kejayaan pasti akan menuntut pengorbanan.

Kenalilah siapa Tok Bahaman, Tok Janggut, Datuk Maharajalela, Tok Perak, Mat Kilau dan ramai lagi.

Telusurilah dan hayatilah kisah pengorbanan dan perjuangan mereka yang akhirnya menimbulkan kesedaran dan penyatuan kepada bangsa Melayu.

Harga yang terpaksa dibayar untuk memerdekakan negara, bukannya murah.

Selain pengorbanan pahlawan-pahlawan Melayu itu, pemimpin-pemimpin Melayu di era pra merdeka harus akur dengan perkongsian hidup dengan bangsa-bangsa pendatang seperti Cina dan India di Malaysia yang dipanggil sebagai Tanah Melayu ketika itu.

Atas sikap toleransi dan saling menerima dan memberi, maka lahirlah kontrak sosial antara pemimpin Melayu, Cina dan India.

Hormatilah kontrak sosial yang sudah disepakati oleh pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu kerana itulah asas yang membawa kepada kemerdekaan dan kemakmuran negara yang dinamakan Malaysia.

Kenalilah negara kita untuk mencintainya kerana kalau tidak kenal, mana mungkin kita akan cinta kepada negara kita.

Ingat...

KEAMANAN YANG KITA KECAPI HARI INI BUKANLAH SESUATU YANG KITA WARISI DARI GENERASI TERDAHULU TETAPI IANYA ADALAH SATU PINJAMAN YANG DIBERIKAN OLEH GENERASI TERDAHULU KEPADA KITA DAN KITA WAJIB MEMINJAMKANNYA KEPADA GENERASI SELEPAS KITA SUPAYA MEREKA DAPAT MEMINJAMKANNYA PULA KEPADA GENERASI SELEPAS MEREKA!!!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 63.

0 comments:

fda

Archives