BUKAN DILEMA MELAYU TAPI DILEMA MAHATHIR
Mahathir ada menulis buku berjudul “The Malay Dilema” di zaman pentadbirannya. Pasti waktu menulis buku itu pasti Mahathir tidak sangka yang dia akan berada dalam dilemma satu hari.
DILEMA 1 – ANTARA ANWAR IBRAHIM BERSALAH ATAU ANWAR IBRAHIM MANGSA POLITIK MAHATHIR
Dengan U -Turn yang dibuat untuk menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri kebelakangn ini, Mahathir telah meletakkan dirinya dalam dilemma undang undang yang rumit.
Di zaman Mahahir, Anwar telah dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa dan meliwat.
Sekarang, dengan Mahathir memberikan sokong kepada Anwar sebagai jadi calon Perdana Menteri, bagimana persoalan penjara Anwar di zaman Mahathir?
Adakah tuduhan tuduhan terhadap Anuar di zaman Mahathir benar atau hanya satu konspirasi politik yang direka oleh Mahathir untuk ketepikan cabaran politik Anuar terhadap Mahathir sebagai Perdana Menteri waktu itu?
Jikalau tuduhan tuduhan itu benar, ini bermakna kata kata, tomahan dan kutukan Mahathir terhadap Anuar juga benar dan Anuar, sebagai seorang peliwat yang telah salah guna kuasa, memang tak layak jadi Perdana Menteri.
Jikalau dengan menyokong Anwar Mahathir memberikan indikasi bahawa Anuar layak menjadi calon Perdana Menteri, adakah tuduhan tuduhan yang dibuat Mahathir dulu tidak benar dan anwar dipenjarakan oleh Mahathir dengan salah guna kuasa oleh Mahathir sebagai Perdana Menteri diwaktu itu?
Anuar dipenjarakan atas tuduhan salah guna kuasa. Mahahathir juga mungkin menghadapi nasib yang serupa dan mungkin dipenjarakan jikalau didapati bersalah memenjarakan Anwar dengan salah guna kuasa.
DILEMMA 2 – ANTARA “RAHSIA” KEKAYAAN FAMILI MAHATHIR, SKANDAL, KRONI DAN KUASA YANG DIKEJAR
Satu lagi dilemma yang Mahathir hadapi adalah antara mengejar kuasa politik sekali lagi dan “rahsia rahsia” dirinya, family dan kroni dia dibukakan.
Jikalau Mahathir buat cara Pak Lah, mungkin ini tidak akan terjadi atau dia tidak perlu menghadapi dilemma ini tapi dengan menceburi diri secara aktif dalam politik Malaysia, Mahathir membuka pintu untuk dikritik dan membenarkan dirinya, family dan kroni dia di periksa dibawah teropong mikroskop.
Perkara perkara yang Mahathir harap dapat disembunyikan atau di tutup termasuk:
1. Skandal Forex;
2. Kekayaan anak anak Mahathir yang memiliki lebih dari 400 syarikat termasuk Petron dan San Miguel Beer;
3. Kekayaan dirinya yang termasuk pemilik saham terbeesar dalam hotel The Palace of the Golden Horses dan ladang di Argentina;
4. Kontrak kontrak songsang yang menguntungkan dan mengkayakan familinya dan kroni dia termasuk kontrak IPP, PLUS dan ERL;
Terdapat banyak lagi skandal skandal Mahathir yang dulu sembunyikan termasuk Bumiputra Finance/Lorraine, Perwaja Steen, Proton, “bail out” anak dan kroni.
Dalam perjalan politik Mahathir kali ini, berapa lama agaknya perkara ini semua dapat Mahathir elak dari menjawab atau dipertanggungjawabkan?
DILEMA 3 – ANTARA IMEJ PENYELAMAT MALAYSIA DAN BANGSA DAN TAMAK KUASA
Bukan rahsia lagi bahawa tujuan Mahathir menceburkan diri bukan hanya untuk jatuhkan Datuk Sri Najib tapi juga untuk menjadikan Mukhriz atau Boboi Perdana Menteri Malaysia.
Mahathir telah cuba untuk mencapai matlamat ini dengan membuat permainan dan percaturan di belakang tabir UMNO waktu dia masih ahli. Tapi kegagalan ushanya untuk jatuhkan Datuk Sri Najib dari dalaman UMNO meninggalkan Mahathir dengan tiada pilihan selain dari berusha untuk jatuhkan Najib dari luar UMNO.
Dilema Mahathir disini timbul dari persepsi yang Mahathir sendiri reka – dilemma antara Mahathir dilihat sebagai Penyelamat Negara dan tamak kuasa dan pengkhianat bangsa.
1. DEKLAEASI RAKYAT
Mahathir, walaupun bergabung dengan pembangkang, telah memulakan ushanya dengan “Deklarasi Rakyat”. Ceramah, Roadshow dan kutipan tanda tangan dijalankan untuk mendapat sokongan untuk memberi tekanan pada Dato Sri Najib untuk mengundur diri dari kerusi Perdana Menteri.
Mahathir menyatakan ushanya telah mendapat sokongan tandatangan lebih dari sejuta rakyat. Berbekalkan modal ini, Deklarasi Rakyat menjadi platform Mahathir bahawa masanya dah tiba untuk Dato Sri Najib disingkirkan. Tujuan Mahathir adalah untuk mempersembahkan Deklarasi Rakyat kepada DYMM sebagai modal untuk jatuhkan Dato Sri Najib.
Tekanan diberikan oleh Mahathir supaya dapat bertemu dengan DYMM termasuk membuat tuduhan bahawa DYMM dibawah tahanan rumah atau “house arrest”.
Apabila didapati bahawa jumlah sebenar jauh kurang dari apa yang di gembar gemburkan Mahathir dan dengan cerita atau berita bahawa ramai “rakyat” yang dikatakan memberi sokongan kepada Deklarasi Rakyat Mahathir adalah dari rakyat yang telah meninggal dunia, Deklarasi Rakyat menjadi satu bahan jenaka negara.
Deklarasi Rakyat ditambah lagi nilai jenakanya apabila Mahathir, yang bersungguh sungguh hendak menemui DYMM untuk mempersembahkan Deklarasi Rakyat telah diberi kesempatan dan gagal untuk melakukannya dengan alasan jumlah yang memberikan sokongan tidak benar seperti yang dibanggakan oleh Mahathir.
Disini boleh dikatakan Mahathir kantoi dua kali dalam satu masa:
(i) Membohong dengan membuat tuduhan DYMM dibawah tahanan rumah;
(ii) Membohong tentang jumlah yang menyokong Deklarasi Rakyat.
Reputasi Penyelamat Negara yang cuba direka oleh Mahathir untuk dirinya hancur dengan apa yang berlaku kepada Deklarasi Rakyat.
2. PAKATAN HARAPAN
Dengan Mahathir menjadi ahli Pakatan Harapan menerusi parti PPBM, ada yang melihat Mahathir sebagai keldai tunggangan DAP memandangkan DAP adalah parti yang paling banyak kerusi dalam komponen itu dan PPBM hanya ada satu kerusi.
Mahathir sanggup menjadi alat DAP untuk menipu rakyat yang DAP tidak berkuasa dalam Pakatan Harapan tapi bangsa Melayu yang berkuasa. Dengan kedudukan kerusi seperti berikut dalam Pakatn Harapan, Mahathir yang partiya hanya ada satu kerusi tapi diangkat sebagai pengurusi dilihat sebagai boneka DAP.
DAP – 37 kerusi
PKR – 29 kerusi
PAN – 6 kerusi
PWS – 2 kerusi
PPBM – 1 kerusi
Bukan hanya perkara diatas yang menjadi bahan dakwaan Mahathir telah mengkhianati bangsa, gabungan antara Lim Kit Siang/DAP dan Mahathir dianggap ramai sebagai Mahathir menelan air liur demi untuk kepantingan politik diri sendiri.
3. KENYATAAN YANG DIBUAT
Mahathir telah buat banyak kenyataan yang dia sendiri tahu tidak benar termasuk:
(i) Malaysia negara gagal;
(ii) Malaysia akan bengkrap;
(iii) SOSMA lebih zalim dari ISA;
(iv) Najib akan ditahan jikalau dia keluar negara;
(v) DYMM dibawah tahanan rumah;
(vi) Pelaburan dari luar adalah menjual negara.
Semua ini menunjukkan bahawa Mahatnir tidak ada batasan dan tidak akan ragu ragu untuk membohong untuk mencapai matlamat dia.
Disinilah Mahathir dilihat sebagai pengkhianat bangsa Melayu yang tidak ada batasan demi tamak kuasa dan usha membina dinasti politiknya.
DILEMA 4 – ANTARA PATRIOT DAN PENGKHIANAT
Mahathir tidak hanya gunakan sumber dalam negara untuk menjatuhkan Dato Sri Najib malah telah mengunakan individu dan kuasa asing untuk tujuan itu.
Dengan mengunakan individu dan kuasa luar negara – Mahathir menempatkan dirinya dalam satu dilemma – adakah Mahathir seorang partriot atau pengkhianat.
Selain dari Claire Rawcastle dan WSJ, Mahathir juga telah mengarahkan kuncu kuncunya untuk membuat laporan penyelewengan wang 1MDB di beberapa negara dengan harapan ini akan membawa kepada jatuhnya reputasi dan kepercayaan rakyat Malaysia kepada Dato Sri Najib.
Kes DOJ menjadi modal politik Mahathir yang mengunakan kuasa asing untuk campurtangan dalam urusan negara Malaysia.
Mungkin Mahathir tidak menyangka bahawa sebahagian rakyat akan menganggap kelakuan dia melibatkan kuasa asing dalam ushanya untuk menjatuhkan Dato Sri Najib sebagai satu penkhianatan kepada negara walaupun pembangkang dan penyokong Mahathir tetap memandang Mahathir sebagai patriot.
DILEMA 5 – ANTARA HERO DAN PENYAMUN
Setelah bersara dari jawatan Perdana Menteri, Mahatir dianggap hero atau wira Malaysia yang mennggalkan legasi besar dalam sejarah Malaysia.
Jalan Highway Utara-Selatan PLUS dan Petronas Twin Tower menjadi tanda kejayaan era Mahathir. Mahathir tidak dapat disentuh sebagai ikon dan wira negara.
Disini Mahathir menghadapi dilemma reputasi antara mengekalkan dirinya sebagai wira dan Mahathir penyamun terbesar Malaysia.
Apabila Mahathir menceburkan dirinya dalam politik kali ini, segala skandal, mega projek, kontrak songsang dan keputusan yang meragukan menjadi modal politik.
Jika terbuka semua salah laku Mahathir semasa dia memegang jawatan Perdana Menteri, Mahathir pasti dilihat sebagai penyamun terbesar dalam sejarah Malaysia.
Hampir semua mega projeknya melibatkan famili atau kroni yang mendapatkan keuntungan besar.
Projek projek mega Mahathir hanya satu mekanisme untuk menyedut duit dari rakyat dan kayakan famili dan kroni Mahathir.
Dimana kah Mahathir akan bersembunyi jikalau RCI FOREX mendapti dia bersalah dalam melakukan spekulasi wang di zaman pemerintahan nya? Siapa Mahathir akan mencari untuk membantu dia jikalau terdapat bukti bahawa syarikat anak anaknya yang berjumlah lebih dari 400 syarikat terlibat dalam penyaluran dan pembersihan dana FOREX secara melangar hukum?
KESIMPULAN
Setiap dilemma memaksa seorang individu untuk membuat pilihan dan setiap pilihan ada konsekuensi atau akibatnya.
Mahathir telah membuat pilihan dan banyak pilihannya ternyata memaksa dia membuat U-TURN untuk menyelamatkan dirinya.
Mahathir – FROM HERO TO ZERO? Mungkin.
Facebook Aznila Abdul Rahman