Tuesday, May 31, 2016

Pengacau Tun M untuk Kuala Kangsar hanya si "kaki gaduh"


Memang sudah dijangka Tun M akan letak pengacau di Kuala Kangsar dan Sungai Besar untuk gagalkan BN di kedua-dua tempat.

Pada mulanya ada pihak kata Amanah tengah pujuk bekas Ketua Bahagian UMNO untuk tanding. Baca http://yusmanzaharizakaria.blogspot.my/2016/05/prk-kuala-kangsar-pan-pujuk-bekas-ketua.html.

Kemudian sampai khabar Dato Kamelia atau Dato Hamidah Osman nak cuba, tapi rupanya Syed Rosli yang merupakan Penolong Setiausaha Cawangan Taman Cempaka di parlimen Pandan, Kuala Lumpur.


Syed Rosli ini pernah menawarkan diri untuk tanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Reputasinya sangat buruk. Di mana saja kumpulan Whass App atau media sosial yang dia melibatkan diri, di akan bergaduh, bertengkar dan maki hamun sesiapa yang tidak bersetuju dengannya. Terkenal dengan sikap tidak boleh ditegur atau di minta kerjasama. Inikah calun terbaik kumpulan Tun M-Azmin berdaya tawarkan untuk rakyat Malaysia?

Suatu masa dia melalak mengkritik Dato Najib. Tiba-tiba dia pusing dan serang Tun M. Namun ternyata asas dia serang Najib dan Tun M pun tidak ada prinsip atau hujah yang kukuh dan meyakinkan. Semua berdasarkan perasaan. Hanya menunjukkan emosi dia tidak stabil.

Sikap melampau Syed Rosli ini hingga ke tahap seperti doa supaya balu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Yazid ditimpa kejadian yang tidak diingini. Jika sudah aibkan orang, macam mana dia boleh menang dengan sikap biadap sedemikian.






Entah kenapa teruk-teruk orang perak dalam FB dan blog mutakhir ini. Pastinya bukan begini perangai orang Perak yang sebenar. Malah orang dari Chembung Negeri Sembilan lebih mencerminkan adab budi dan dapat menyelami isi hati orang Kuala Kangsar dari mereka yang asal dari Kuala Kangsar.

Ya Allah ... berilah kesedaran pada orang sebegini dari terus merusuh sana sini dan merosakkan diri sendiri.


Tak mahulah kami menghina orang cari makan yang halal, rasanya penjual kuew tiow bersikap macam gini. Jika gambar ini betul Syed Rosli, dia telah malukan insan yang ikhlas dalam berusaha mencari rezeki.

Skrip PKR untuk alasan tak tanding Sungai Besar?


Kalau setakat hanya buat laporan pada SPRM, tiada mengherankan. Baca laporan Rafizi ikut arahan Wan Azizah untuk buat laporan pada SPRM.  http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/betulkah-rafizi-ada-maklumat-azmin.html

Entah apa-apa kandungan dalam isi laporan kepada SPRMnya tu...

Masa PKR nak tumbangkan Khalid dari jawatan MB, Saifuddin Nasution siap tunjuk fail bertingkat-tingkat tapi tak bleh dilihat wartawan-wartawan isi kandung. Akhirnya Pudin jerawat batu minta maaf pada Khalid untuk out of court settlement. Sahlah itu hanya wayang nak jatuhkan Khalid.


Buat laporan pada SPRM tak boleh cakap dan tak boleh sebut isi kandung. Trick sama boleh diguna ... tapi motifnya untu jatuhkan Azmin atau lain?

Niat untuk jatuhkan Azmin itu jelas walaupun Wan Azizah ada beri kenyataan semalam masih yakin dengan pentadbiran Azmin. Itu hanya dibibir tapi tak tahu apa dalam hati. Terutama bila banyak kenyataan berbeza sekali pendapat dan pendekatan diluahkan secara terbuka.

Jika dilihat menjangkaui anggapan biasa bahawa ada pergaduhan besar akan meletup antara isteri Anwar dan madu jantannya, mungkin juga ini hanya skrip untuk bolehkan PKR tidak tanding di Sungai Besar unuk bolehkan pertandingan satu lawan satu antara UMNO dan PAS.


Ini cara yng dikatakan tarik rambut dari tepong yang berhati-hati supaya tidak terbarai. PAS dan PKR tak mahu dilihat ada persekongkolan. PAS nak dilihat bekerjasama dengan UMNO khususnya dalam pindaan RUU.

Manakala PKR mahu dilihat masih kerjasama dengan DAP. Mahu makan dua-dua kolam macam sesetengah penulis yang duit Najib di ambil tapi baling batu ke arah Najib sorok tangan untuk Tun M dengan porak perandakan sesama blogger dan FB. Bawa mulut sana sini ...laga-lagakan orang ini dan orang itu dengan fitnah. Ingat orang tak kongsi nota.

Bila kelihatan Rafizi macam kelahi dengan Azmin, adalah alasan untuk tak tanding. Konon takut sabo sesama ssendiri. Intipatinya PKR takut ... jika tak tanding.

Cuba fikirkan balik ... Rafizi pernah kata dia bukan whistleblower yang mana tak penting ikut whistleblower act untuk buat pass info pada SPRM atau polis dan duduk diam-diam. Yang penting jadi whistleblower pada rakyat atau lain kata, jadi pendedah walaupun hanya fitnah.

Hai ... raja fitnah ni ingat orang semua bodoh macam mereka yang percaya padanya.



Jangan buat masa nak fikir-fikir, pilih saja Waibi berBudi.



 

Jika tak mahu Waibi Budi menang, guna Sg Besar untuk Guan Eng jelaskan isu-isu


Antara pertandingan Waibi Budi dan Dr Rani, ianya dilihat sebagai pertandingan muda lawan tua. Berjasa dan bertenaga lawan bekas pemegang macam-macam jawatan.

Ekoran majlis Amanah yang tidak berjaya dan kosong, kemungkinan Amanah tidak tanding. Lagi pun, sesuatu yang diumum oleh Khalid Samad mana pernah berlaku. Selalunya auta sahaja ... Rasanya PH patut letak PKR untuk tanding di Sungai Besar.


Dr rani mungkin bukan lawan untuk Waibi Budi. Pengaruh Jawa, Khir Toyo dan anak tempatan jauh lebih kuat dari sentimen parti kali ini. Dr Rani mungkin pelam harum manis yang mahu disembelih oleh pihak tertentu. PKR perlu turun jika mahu nafikan BN.

Undi Melayu dilihat boleh pecah antara UMNO dan PAS, PKR ambil sedikit undi Amana dan Melayu, DAP bantu undi cina. Lepas up for grab siapa yang menang. Mungkin sengit majoriti. Itu pun kalau PKR yakin DAP tak sabo. DAP tak tanding tapi boleh bantu pembangkang dapatkan sokongan cina, terutama cina Sekincan.

JIka DAP tak bantu, berpanjanganlah perseteruan antara PKR dan DAP. Amanah bukan rakan kongsi yang efektif. Ahli dan cawangan tak ada . Cuma pemimpin berapa kerat yang kuat melalak. Namun bila sudah bukan lagi dalam PAS, tiada umphhh ... dah.

DAP harus bantu. Jika tidak BN akan menang walkover sana sini. Penat Tok Bomoh Maha Klinik menyambut Clare Brown, Tony Pua, dan Rafizi dalam isu Wan Emdibi. Kit Siang masih mahu lihat DAP pegang tampuk kerajaan federal sebelum dia pencen atau mati, mana-mana dahulu. Tak lupa juga, dia mahu kasi Tok Bomoh terkejut sebelum akhir hayatnya. Tok Bommoh tak boleh salahkan sesiapa jika DAP berkuasa melainkan dirinya sendiri.

Oleh itu, DAP kena turun tolong. Guna peluang untuk Lim Guan Eng jelaskan pelbagai isu. Baca http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/isu-isu-untuk-majlis-penjelasan-guan.html






Monday, May 30, 2016

Terlewat ucap Selamat Hari Gawai dan Tadau Keamatan


Terlupa nak ucap pagi tadi ...

Namun kami tidak lupa bahawa Sabah dan Sarawak adalah sebahagian dari Malaysia dan suku kaum Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Murut, Kadazan, Dusun, dan lain-lain yang raikan Hari Gawai dan Tadau Keamatan

Dato Najib pun tidak lupa akan mereka kerana dia ulang lagi visinya untuk kurangkan jurang pembangunan antara Semenanjung dan Sabah / Sarawak http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/kurangkan-jurang-pembangunan-malaya-dan.html

Selamat meraikan bersama keluarga masing-masing.

Kenapa orang UMNO pulak lebih-lebih pasal isu eddah?


https://www.bnbbc.my/mastura-boleh-bertanding-pm-dan-mb-tanya-saya-sebelum-umum/


Mungkin sekali ada pihak nak sabotaj calun. Tak tolak kemungkinan ini psyop.PAS buat isu tapi dilakar macam orang UMNO. Bukti.takde maka ini bukan tuduhan.

Tak tolak juga ada orang UMNO yang tidak lagi ahli masih ada cita-cita. Baca di Snapshot 2016. http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/alahai-midah-mesti-tun-m-suruh-jadi.html

Sunday, May 29, 2016

Petanda Amanah tak tanding Sg Besar?

Janganlah orang UMNO buang masa berpolemik benda tak membantu calun


Kadang-kadang orang UMNO suka berpolemik benda yang tak munafaat dan tak bantu calun. Takkanlah sampai kita tak tahuu hukum dan tiada cara untuk hadapi. Tambah lagi pemahaman hukum ni janganlah terlalu jumud.


Apa nak jadi balu yang dihukumkan berkabung sampai tak boleh pergi kerja, tak boleh ke pasar untuk beli makanan dan tak bleh hantar anak ke sekolah. Asyik di rumah bersedih dan tidak jalankah tanggungjawab?


Sekarang isteri nak kerja untuk sambung tanggungjawab arwah suami kepada rakyar dan kerajaan. Isteri juga perlu teruskan bela dan hidupkan anak jadi orang. Ada mufti kata berkabung bukan makna tak bleh keluar rumah.


Hujah cucu tok selampit menarik ... http://khairulryezal.blogspot.my/2016/05/menjawab-persoalan-dalam-eddah-dan-soal.html


Namun kita faham realiti kejumudan sesetengah pihak dalam masyarakat. Perlu  juga dihindarkan fitnah dan tanggapan salah mulut macam cibai yang suka timbulkan isu yang tak perlu dijadikan isu hingga merosakkan calun.

Maka Datok Dr Puad Zarkashi ada beri kenyataan:

HUKUM TETAP HUKUM. TIDAK PERLU DIPOLIMIKKAN. SOALNYA SEKARANG IALAH CARA BERKEMPEN

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO

Kenapa kita cepat menghukum? Apakah Datin Mastura Yazid calon BN di PRK Kuala Kangsar sudah melanggar hukum? Sedangkan Datin Mastura Yazid sendiri memohon agar pengundi di Kuala Kangsar dapat memahami tempoh edah 4 bulan 10 hari yang kini perlu dijalaninya. Beliau berkata demikian melalui satu video yang dimuat naik di laman Facebook setelah diumumkan sebagai calon. 

Katanya....... "Tuntutan  syarak ini wajib saya patuhi. Sehubungan itu saya mengharapkan kefahaman seluruh jentera parti khususnya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi akan kedudukan saya ini," katanya di dalam video berkenaan.

Maksudnya tidak ada siapa termasuk Datin Mastura mahu mengabaikan soal hukum. Ini dibuktikan apabila dia tidak hadir semasa majlis pengumuman calon. Ucapannya disiarkan melalui tayangan screen besar.

Maka isunya di sini ialah cara berkempen. Oleh kerana, ini adalah zaman hyper connectivity maka tidak ada masalah untuk Datin Mastura menjalankan aktiviti kempennya. Apatah lagi di dalam suasana bulan Ramadhan.

Apakah boleh menang? Di Malaysia sudah ada beberapa orang yang menang pilihanraya walapun dalam tahanan ISA seperti bekas pemimpin Makkal Sakthi En Wytermoorthy. Mereka langsung tidak boleh keluar berkempen dan ketika itu media sosial belum sehebat sekarang.

Sekurang kurangnya untuk Datin Mastura, orang ramai masih boleh berkunjung dan menziarahi beliau. Insyaallah Datin Mastura menang cemerlang di PRK Kuala Kangsar ini.

------------------

Teknologi kan ada ...


Berkeyakinan bila dengar Datin Mastura bercakap ...

Takpalah kempen bulan puasa kita buat dengan beramal ibadat di masjid.


Terima kasih PAS kerana tidak polemikkan benda kecil begini. Ramai juga terkejut mereka letak calun wanita yang sudah banyak kali kalah. Yang diharap adalah Ramli yang pernah tanding situ. Pengikut PAS juga perlu wala' dan berbaik sangka terhadap kepimpinan.

Orang UMNO ni bila nak sebegitu. Suka benar kelahi dan polemik ... kempen perlu banyak kerja Ambillah peranan untuk bantu. Takdelah nak buang masa dan karen.

Penjelasan mengenai pilihan Mastura : http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/sebab-balu-wan-khairil-jadi-calun.html

Saturday, May 28, 2016

Mengapa Hadi tersasul umum Dr Ghani sebagai calun?


Calun PAS adalah Dr Rani, bekas ADUN Meru dan bekas Pesuruhjaya PAS untuk Selangor. Dulu dia agak mirip macam pemikiran orang Amanah.

Malam tadid ketika nak umum, Haji Hadi tersasul nama Dr Ghani sebagai ccalun beberapa kali hingga Pengerusi Majlis terpaksa betulkan. Siapa Dr Ghani ni? Adakkah Dr Gani pilihan Hadi?

Azmin juga yang kata Hadi tak tahu apa hal dalam parti 

Adakah Dr Rani ukan pilihan Hadi tapi telah dipaksa ke atas Hadi? Adakah Dr Rani juga pilihan PKR untuk bolehkan Amanah undur dan PKR tak perlu tanding supaya ada one- on - one? Dr Rani bleh tarik pengundi cina ke?

Kita boleh kata PAS kongkalikong lagi dengan PKR dna PH. UMNO kena main ke dengan PAS? Adakah UMNO tak sedar dan bbiarkan saja?

PH pun tak lagi mesyuarat. Rabu baru nak umum calun. Ada ke calun nak diumum pada 1hb kelak??? 

Tapalah ... kita sokong calun kita di Sungai Besar. Pilihan yang baik dan harap Noh Omar dan Jamal Yubos redha dengan keputusan teratas parti. Budiman orang Khir Toyo maka boleh tarik pangundi Jawa dan cina. Dia pula bukan threat kepada kedudukan Jamal sebagai Ketua Bahagian di Sg Besar.


Hebat Waibi Budi ni ...http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/hebat-waibi-berbudi.html

Friday, May 27, 2016

Sabotaj, kejar kuasa dan kepentingan boleh nafi kemenangan


BN umum calun Sungai Besar hari ini. Calun Kuala Kangsar esuk.

PAS akan umum hari ni juga untuk Sungai Besar. PH umum Jun 1hb sebelum penamaan 5hb.

Nak menang pilihanraya mesti pilih calun, sumber cukup, mesej cekap dissmpaikan, tahu serang dan defend dan rata-rata elok pengurusan kempen.

Hal calun penting sekali ditekankan dan Dato Zahid kata pilih calun yang pengundi mahu undi. http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/zahid-ada-kata-pilih-calun-yang.html

Memang mudah tapi sudah filakukan sebab macam-macam sebab. Jika semua dah ok, jangan pula ada sabotaj. Boleh kalah.

Thursday, May 26, 2016

Jika PAS dan PAN tanding juga di Sg Besar, bantuan Azmin pada siapa?


Itu satu persoalan yang perlu difikirkan oleh pembangkang dan perlu juga jawapan segera.

Hati Azmin masih terbuka pada PAS. Dia berhutang budi dengan PAS kerana PAS yang sokong kenaikkannya jadi MB. Azmin tidak percaya habis pada DAP dan Kak Wan kerana mereeka tolak habis PAS.

Tanpa PAS, Azmin lihat PKR hilang upaya in numbers and machinery. PAS boleh diperguna untuk mengisi kekurangan PKR.

Maka itu yang dia bertegas mahu PAS kekal sebagai exco kerajaan negeri dan riuan ahli dan pemimpin akar umbi PAS adalah dalam senarai gaji dari kerajaan Selangor.

Biasalah ada ahli PKR bengkak dengan Azmin. Boleh baca di Snapshot2016 http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/ada-tuntut-azmin-dipecat-tapi-boleh-ke.html.

DAP istiqamah tak mahu apaapa dengan PAS.

Masaalahnya sekarang, PKR hanya akan tanding jika bleh menang di Sg Besar. Untuk menang, kena satu lawan satu. Nampak gayanya jika PAS masih berdegil dan nampaknya gitu, Amanah akan tanding.

Peluang Amanah ada. Ambik sikit undi dari pengundi PAS. Sikit dari ahli UMNO yang tidak puashati. DAP dapatkan undi cina.

Oleh kerana Amanah dalam PH, maka wajibnya atas Azmin bantu. Namun begitu PAS adalah sebahagian dari kerajaan Selangor dia kenalah bantu. Sekurangkurangnya tanda terima kasih.

Mana kecenderungan hati Azmin yang dah terlalu lama tidak booleh buat keputusan untuk pilih antara PAS atau PAN? Jika mahu tolong dua-dua dia boleh dilihat sebagai sebahagian PKR untuk bantu PAN. Duit boleh salur ke PAS.

Entahlah ... rasanya Azmin akan cuba ambilalih PKR. Jika kalah jadi  macam orang-orang PAN untuk keluar PKR dan sertai PAS, Ikatan dan pro Tun. 



Tuesday, May 24, 2016

Undur atau tidak PAS di PRK Sg Besar atau K Kangsar?


Naib presiden PAS, Idris Ahmad nafikan teori Tun Dr Mahathir bahawa PAS akan akhirnya undur diri dari tanding di kedua-dua PRK setelah bertegas kata akan tetap tanding. Baca komentar The Flying Kick SINI.

BNBBC pula di SINI merasakan PAS akan kekal bertanding di kedua-dua PRK setelah tarikh tempoh hari Isnin yang diberikan Azmin untuk undur tidak berlaku. Pihak Azmin dan beberapa pemimpin PAS menafikan berlaku ugutan tersebut walaupun Nik Abduh dan pemimpin tertentu akui ada kata dua tersebut.

Paling tidak boleh nafi adalah akan wujudnya rundingan sesetengah pihak dalam PAS dengan Azmin. Dato Mustapha Ali ada dilaporkan kunci mulut tentang calun. Baca mSTar SINI.

Azmin akui akan wujudnya rundingan dengan Stopa Ali, Tuan Ibrahim dan Setiausaha Politik Hadi, Samsuri Mokhtar dalam kritikannya terhadap Hadi. Baca agendadaily SINI.

Persoalannya sediakah PAS mendedahkan pilihan mereka untuk bekerjasama dengan PKR dan Tun dr Mahathir ketika Hadi dan pemimpin tertentu menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO untuk kepentingan bersama ummah.

Jika ini berlaku, maka PAS sudah dedahkan muslihat politik mereka untuk konon bekerjasama dengan UMNO.

Dengan demikian, terdedahlah bahawa PAS secara senyap-senyap masih bersekongkol dengan DAP. PAS dan PAN hanya berpura-pura ... baca teori Snapshot 2016 http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/teori-pas-hanya-pura-pura-kerjasama.html


RPK kata Rafizi tiadak ada bukti, guna fitnah 'trick' lama


Dalam posting terkini di MalaysiaToday, Raja Petra Kamaruddin mengingtkan kembali bahawa salah satu trick yang diguna untuk jatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah dengan membuat fitnah kononnya ada bukti dan dokumen yang tebal tapi isi kandung tidak didedahkan:
In Khalid’s case they raised allegations of corruption and abuse of power plus the allegation that Khalid is not a team-player, refuses to listen to the party president, refuses to do what the party asks, refused to give PKR’s candidates in the 2013 general election the money they needed, and so on.

The then PKR secretary-general, Saifuddin Nasution, waved a thick file in front of the press and said that it contains all the evidence of Khalid’s transgressions and crimes. And that was why PKR was forced to get rid of Khalid. Khalid sued Saifuddin, who later apologised and settled the case out of court.

Furthermore, no report has ever been made to the MACC and Khalid has not been investigated, arrested or charged for any crime in spite of that thick file which Saifuddin showed us (and which he refused to show the court). As what we suspected all along, that thick file contained nothing more that blank sheets of paper.
Snapshot2016 menyiarkn laporan berita The Mole mengenai penipuan ini di SINI.

Modis operandi yang sama digunakan cuma kali ini bukan salahlaku tapi perempuan jadi habuan dan Rafizi yang menuduh.

Semua ini menunjukkan Azmin akan dijatuhkan sebelum 2018.


Monday, May 23, 2016

Kemungkinan Azmin digugur dari PKR dan sertai PAS, Ikatan



Azmin naik menjadi MB hasil permainan lecik untuk 'hijack' jawatan MB dari Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah.

Perkembangan terbaru menunjukkan Azmin sudah salah langkah. Anwar bukan saja sudah bersuara melalui surat tetapi bersuara ketika di mahkamah untuk mengesahkan supaya PKR tidak ikut jejak langkah Dr Mahathir.

Baca The Star berjodol Anwar: Don't fight for Dr M.

Sementara itu, Rafizi sudah mulakan gerak langkah. Baca di Snapshot2016 http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/rafizi-sudah-jerat-untuk-tumbangkan.html

Azmin sudah jelas mengambil langkah bahaya. Kumpulan Wan Azizah bakal gugurnya dari jawatan MB atau dari jawatan atau keahlian parti.

Apa agaknya perbincangan Azmin dengan PAS hari ini kerana Amanah kini tidak mahu tunggu lagi dan sudah umumkan akan tanding di kedua-dua PRK.


Sokongan PAS yang telah memberi Azmin sokongan dan laluan untuk jadi MB Selangor. Adakah PAS yang konon bekerjasma dengan UMNO akan beri laluan untuk PKR ketika PAS sudah umumkan bertegas akan tetap bertanding?

Jeng jeng jeng .... keputusan terletak di tangan PAS. Ada pihak menjangka Azmin akan bersama PAS dan Ikatan. Hanya berharap kedua-dua PRK akan jadi macam Telok Intan.

Tun M gagal perguna PKR


Perang saudara bakal bermula antara kumpulan Anwar - Wan Azizah dan Tun Dr Mahathir - Azmin. Begitulah yang dilihat oleh media pembangkang. Baca di Snapshot2016 http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/perang-saudara-pkr-menunggu-berlaku.html

Hehehe ... betul Tun M cakap. Macam mana nak jatuhkan BN jika sesama pembangkang tidak boleh bersatu? Masaaalahnya Tun M sama terlibat memecahbelahkan pembangkang.

Tun M nak gunakan PKR melalui Azmin tapi rupanya dia terjerat. Untuk guna PKR, dia perlu kawtim dengan Anwar Ibrahim. Kini Anwar kata jangan ... baca The Star SINI.

Dulu anwar yang berjaya satukan pembangkang. Blehkah Tun M satukan pembangkang melalui Azmin?

Khabarnya sudah pening dan blog posting pun dah jadi defensif. Banyak dah tak menjadi akibat terburu-buru dan tidak konsisten. Penasihat hanya tahu propaganda tapi tidak ada daya memahami isu dan berupaya menartikulasi isu.

Friday, May 20, 2016

Adakah perang Azmin-Wan Azizah sudah mula?


Walaupun mendapat reaksi Nik Abduh dan Hadi Awang, laporan Agendadaily yang dipetik dari The Star semalam [baca SINI] tentang ugutan Azmin terhadap PAS dinafikan Azmin, dan Takiyuddin.

Menurut blog Dr Mim, laporan itu tidak masuk akal. Ia seolah-olah Azmin menjerat sendiri kerusi empuknya di Shah Alam.

Ini juga agak mengelirukan kerana Tun Dr Mahathir yang dilihat sekutu kuat Azmin bersungguh mahu PH biarkan sahaja PAS tanding di kedua PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar tanpa dikacau.  

PAS bertegas mahu tanding dikawasan yang mereka lazimnya tanding. Maka cerita The Star bahawa PKR mahu tanding agak tidak lojik. Tambah lagi, Amanah mahu tanding hingga dikatakan Mat Sabu akan tanding di Sg Besar. Eloklah itu ...

Raja Petra dalam lognya Malaysia Today bertegas mengatakan ada kebenaran pada laporan The Star itu. Malah desas desus mengatakan Azmin cuba membaling batu dan sorok tangan untu salahkan pada DAP dan Wan Azizah.

Azmin masih bersengketa dengan DAP ie DAP sarawak yang berkenaan pembahagian kerusi untuk PRN Sarawak. Akibatnya DAP hilang banyak kerusi di atas keangkuhan mereka. Adakah ini motivasi Azmin unttuk membalas dendam?

Namun begitu, Azmin juga dikatakan mengarahkan 5 ADUN PKR untuk sokong usul tambak tanah di DUN Pulau Pinang. Isu Sarawak dilihat lebih melibatkan ketua DAP Sarawak Chong Chen Jen daripada DAP Pusat.

Sementara itu, tersebar semalam satu laporan The Mirror yang tidak diketahui lagi kepada siapa dituju samada pada PAS atau Azmin? Baca di Snapshot2016 http://snapshot2016.blogspot.my/

Thursday, May 19, 2016

Radio lapor Azmin tengah nego tapi rupanya ugut PAS


Pagi tadi terdengar asalah satu radio yang mirip pro-pembangkang laporkan Azmin Ali sedang buat nego mahukan supaya ada satu lawan satu di di PRK-PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar. Mengikut perkembangan politik, macam-macam kmungkinan akan berlaku. Baca di Snapshot 2016 nanti ....

Pagi ini Agendadaily laporkan Azmin sudah kasi kata dua.

PAS diberi kata dua oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali supaya menyerahkan kerusi Sungai Besar kepada PKR atau keluar daripada kerajaan Selangor pada Isnin ini.

Sebaliknya, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz mempertahankan pendirian parti tersebut untuk bertanding di kedua-dua kerusi PAS Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan menolak ugutan Azmin.

"PAS kekal bertanding di kedua-dua kawasan dalam PRK kali ini. Hormati kami jika kami menolak rundingan 'mee segera' yang sekadar untuk memaksa kami melepaskan hak berasaskan kerusi PRU13.

"Luka dalam kami masih belum sembuh. Penawarnya bukan ubat satu malam. Saya hormati luka dalam DS Anwar Ibrahim terhadap Tun Mahathir. Sesiapa pun boleh berkata, tutuplah cerita lama. Tetapi, adat berkawan, adat berunding, hormati tuan hak sebelum tunjuk belang," kata beliau dalam satu komen di facebooknya tengah malam Rabu.

Ugutan Azmin dipandang sepi oleh Pemuda PAS.

"Kalau masing-masing nak tunjuk belang, biarlah kami kekal bulan," kata Nik Abduh.

Exco Selangor dari PAS telah diminta untuk meletakkan jawatan pada Isnin depan jika parti mereka berkeras untuk bertanding di Sungai Besar.

Baca sepenuh di SINI


Monday, May 16, 2016

Dalam 2 hari Deklarasi Rakyat dapat lebih 500,000 tandatangan?


 Nak isi dewan hingga penuh pun susah tapi ngaku dapat 1 juta tandatangan. Hehehe ... setiausaha agong deklarasi rakyat kata lain. Tun M dan TSMY kata lain pula.

Nampak sangat menipu. Baca di: http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/kamaruddin-jaafar-akui-susah-nak-dapat.html

Monday, May 9, 2016

Amat patut Rafizi yang tidak faham-faham didakwa lagi bawah BAFIA!!!


Rafizi telah mendedahkan suatu surat dari Tan Sri Shukry bin Mohd Salleh, Setiausaha Sulit Kepada PM kepada Presiden dan CEO MBSB, Dato Ahmad Zaini bin Osman melibatkan Ketua Bahagian UMNO Kepong.

Walaupun isi kandung surat yang didedahkan membawa maksud lain, Rafizi terus menuduh Dato Najib arah MBSM ketepikan tindakan bankrap terhadap KB yang berkenaan. Sesiapa yang percaya terus apa yang Rafizi memang ternyata bodoh dan tiada otak serta tiada langsung pemahaman tentang perbankan dan amalan perbankan orang Malaysia.

Baca seterusnya di Snapshot2016 http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/wahai-rafizi-sotong-perhatian-dan.html untuk liht surat yang konon pendedahan tapi sebenarnya menjerat diri Rafizi.

Harap ada buat laporan polis terhadap Rafizi bagi kesalahan BAFIA. Surat yang ditujukan kepada Insttusi Kewangan termaktub di bawah BAFIA dan FSA maka dia adalah rahsia pelanggan yang tidak boleh didedahkan.

Pembocor rahsia mungin datang dari dalam MBSB. Cekup sekali kerana sama bodoh dan tak layak jadi pegawai atau staf Bank. ELok ssatu sel dengan Rafizi yang masih tidak faham-faham lagi BAFIA. 

Mahathir serupa minta maaf dengan DAP


Itu pun tidak ramai yang datang. Lihat FB Kelab Che Det SINI. Pentaksub pun tidak upaya tutup kemaluan dari kelopongan.


Penyokong DAP pun tidak datang walaupun kehadhiran empunya banglo tanpa swimming pool dan Zairil. Baca http://khairulryezal.blogspot.my/2016/05/cina-dap-tidak-hairan-dengan-kehadiran.html

Mungkin sebab Tun M berperanan bantu BN merampas 5 kerusi DAP hasil gara2 menjalinkan hubungan dgn Lim Kit Siang. I atelah membuatkan orang-orang cina beralih arah menyokong BN Sarawak.

Apa yang Tun M kata sebenarnya? Baca http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/tun-m-takut-dosanya-di-sarawak-terdedah.html

Sunday, May 8, 2016

#PRNSarawak: DAP tenggelam dilanda Gelombang Biru Denan


Dari 31 kerusi yang ditanding DAP, hanya menang 7. hilang 5 kerusi dan gagal dapatkan kerusi pendalaman. Formula Telok Intan yang mahu dicuba lagi hingga dapatkan kejayaan masih belum nampakkan demikian.

Adenan begitu berjaya sekali.

Baca sedikit sebanyak analisa di http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/prnsarawak-dap-hilang-5-kerusi-gagal-ke.html

Saturday, May 7, 2016

#PRNSarawak: Vote for vision

Friday, May 6, 2016

#PRNSarawak: Terdesak DAP hingga fitnah calun bebas Batu Kawah?


Lim Kit Siang mula merasa akan hilang kemungkinan beberapa kawasan dan dia sendiri tidak mendapat layanan di Kapit:



Kekuatan DAP dikawasan-kawasan kaum Iban pun sudah tergugat.


Usaha DAP untuk masuk ke kawassan Dayak pun tidak dijangka berjaya. Baca http://www.sarawaklive.com/2016/04/dap-unlikely-to-make-inroads-in-dayak.html

Akhbar-akhbar pun mula lebih memberi liputan kepada calun-calun BN. Sambil itu, pengundi ramai datang mendengar calun-calun BN berceramah. Sudah ada komplen DAP mula main kasar untuk kacau ceramah parti-parti lain.


Kwong Wah ada melaporkan ceramah SUPP kini bertambah popular. Prof Peter Sim kini dilaporkan Borneo Post hari ini sebagai mendahului dalam satu survey yang telah dijalankan,

Arah tuju sudah tidak begitu jelas untuk memihak DAP dan kini sudah dibaca.

Sudah ada pihak melihat kaum cina telah mula hilang harapan dengan DAP. Angin Adenan Satem yang sedang bertiup kuat membuat kaum cina yang kritikal pun dalam dilemma dan perlu berfikir akan masa depan kaum cina dalam kerajaan.

Jika tidak pilih BN, kaum cina tidak akan ada jawatan dalam kerajaan. Adenan kini telah menjanjkan jawatan DCM untuk kaum cina.



DAP yang berkempen berasaskan isu-isu kebangsaan termasuk GST kini terkedu bila Adenan Satem cabar DAP dan PKR untuk bubarkan GST. Kuasa bubar GST terletak pada kerajaan pusat dan parlimen.

Langsung ini membuat Guan Eng yang mencatur calun dan pertindihan dengan PKR menjadi terkedu. Dia menafikan berjanji bubar GST.

Kini DAP akan usahakan apa yang dipanggil bom psikoloi. Salah satu cara adalah membuat perhimpunan malam terakhir yang besar-besar.  Perhimpunan di Bintulu agak ramai. Satu perhimpunan besar dirancang untuk Sibu.


Mereka juga dilaporkan yakin pertahan kerusi Pissau dan Pujut. Hairan kenapa RBA menyebarkan satu SMS fitnah terhadap calun bebas yang merupakan bekas Pengerusi UPP, Liu Thian Leong.

Fitnah RBA di http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/prnsarawak-rba-tuduh-calun-bebas-batu.html

Jika musuh ketat DAP adalah SUPP dan bebas bekas UPP untuk kerusi Batu Kawah, kenapa UPP diserang? Mungkinkah DAP mahu kikis undi bebas dan laga-lagakan SUPP dan bekas UPP dan SUPP?
fda

Archives