Sunday, July 28, 2019

Kuasa Undang-Undang Pada KP LHDN, Tunduk Arahan LGE Ker?


Lagi satu tekanan pada mantan Perdana Menteri ke 6, Dato' Seri Najib Razak...

Tiba-tiba Lembaga Hasil Dalam Negeri umumkan akan buat saman tuntutan tunggakan cukai ke atas DS Najib sebanyak RM1.69 bilion...

Apa Kedudukan Perkara Yang Sebenarnya


Kesnya begini (Copy And Paste Dari Facebook DS Najib)...

"Tiba-tiba LHDN di bawah Menteri Kewangan kata saya hutang cukai RM1.69 bilion walaupun saya tidak pernah tak memfailkan dan membayar cukai setiap tahun"...

"Kenapa RM1.69 bilion?"

"Itu ditentukan oleh LHDN sendiri"...

"Tidak siapa boleh pertikaikan"...

"Mereka kata kalau nak rayu pun, bayar dulu lepas itu rayu"...

"Kalau tak bayar dulu maka saya akan diiisytiharkan muflis, sekali gus hilang kerusi Parlimen"...

"Barangkali rumah saya dan akaun bank dengan gaji terkumpul saya juga akan disita"...

"Peguam pun saya tak mampu bayar"...

"Main kotor atau tidak?"

"Zalim atau tidak?"

"Saya cuma hanya bagi contoh di bawah ini :"

"Katakanlah kawan dari luar negara hantar RM2,600 kepada kamu pada bulan Mac"...

"Kamu pulangkan RM2,600 itu kepada kawan pada bulan Julai"...

"Selepas 6 tahun, kerajaan tiba-tiba tuduh kamu perlu bayar cukai pada kadar 25% ke atas RM2,600 itu"...

"Oleh kerana pada tahun 2013 itu kamu tak isytiharkan RM2,600 sebagai pendapatan, kamu perlu dikenakan denda"...

"Oleh kerana masih tak dibayar selepas bertahun-tahun ini, pelbagai faedah dan penalti dikenakan ke atas kamu lagi"...

"Cukai atas cukai, denda atas denda, penalti atas penalti"...

"Kerajaan sekarang mahu kamu bayar RM1,600"...

"Dana dari luar negara tak dikenakan cukai, PH kata perlu"...

"Dana politik tak dikenakan cukai, PH kata perlu"...

"Dana cuma dalam akaun untuk 4 bulan sebelum dipulangkan kepada penghantar, PH kata perlu cukai"...

"Adil atau tidak?"

"Saya tak salahkan pegawai-pegawai dalam LHDN"...

"Saya sudah diberitahu arahan ini datang dari siapa di Kementerian Kewangan"...

Tekanan terbaru dari kerajaan PH ke atas DS Najib ada 2 matlamat...

Pertama, untuk memastikan DS Najib tak lagi berada dalam Dewan Rakyat, untuk rekod, seseorang ahli Dewan Rakyat akan digugurkan keahliannya bila mahkamah mengisytiharkan seseorang ahli Dewan Rakyat itu muflis...

Bila DS Najib digugurkan keahliannya sebagai ahli Dewan Rakyat, maka segala pembohongan dan tembelang kerajaan PH yang didedahkan oleh DS Najib di Dewan Rakyat menerusi fakta dan hujah yang tepat, akan dapat dihentikan...

Mandat yang rakyat berikan pada DS Najib cuba dinafikan dengan cara yang paling menjijikkan...

Kedua, ianya dilihat sebagai 'counter attack' Menteri Kewayangan, Lim Guan Eng ke atas DS Najib...

Guan Eng sangat berdendam pada DD Najib sebab dah beberapa kali penipuan beliau sama ada dalam media atau Dewan Rakyat didedahkan oleh DS Najib...

Yang terkini dan masih hangat diperkatakan ialah penipuan dan tuduhan Lim Guan Eng dalam Dewan Rakyat mengenai rompakan hasil pungutan cukai GST oleh mantan kerajaan BN telah terbongkar bila lapuran akhir PAC mendapati tiada wang pungutan cukai GST telah hilang sebagaimana yang dikatakan oleh Guan Eng, malah PAC mendapati terdapat lebihan pada wang kutipan GST...

Terdahulu, usaha untuk halang DS Najib dari memberikan penerangan pada rakyat dalam laman media sedang giat diusahakan oleh Peguam Negara (BACA DI SINI)...

Menyalahgunakan Kuasa Dan Penjawat Awam Untuk Kepentingan Politik Adalah Strategi Yang Sangat Menjijikkan


Seperti yang dihujahkan oleh Ketua Pembangkang DUN Perak, Dato' Saarani Mohamad, dalam sebuah negara yang bertamadun, prinsip pengasingan kuasa mestilah diamalkan dan saling tidak bertindih antara satu sama lain...

Tetapi baru setahun jagung mengambilalih kuasa pemerintahan, kerajaan Pakatan telah berkali-kali 'merogol' prinsip pengasingan kuasa yang diamalkan olrh negara-negara lain dunia...

Jabatan Peguam Negara, SPRM dan PDRM dalam kes SRC dan 1MDB serta dakwaan rasuah ke atas DS Zahid Hamidi...

Bukan setakat menyerang musuh politik kerajaan Pakatan tetapi Jabatan Peguam Negara dan PDRM digunakan untuk membebaskan dan melepaskan sekutu politik kerajaan Pakatan Harapan seperti kes banglo Lim Guan Eng dan beberapa kes yang didakwa ke atas beberapa pemimpin di bawah Akta Hasutan...

PDRM juga digunakan untuk melepaskan dakwaan ke atas kes rogol yang dilakukan oleh Exco DAP di Perak, kes Semburit yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi...

Lebih memualkan lagi, kerakusan kerajaan Pakatan bukan setakat melepasi batasan eksekutif tetapi juga menodai prinsip pengasingan kuasa hingga ke bidang kehakiman...

Mahkamah digunakan untuk menafikan keadilan Allahyarham Mohd. Adib, menangguh hukuman penjara ke atas Wan Ji yang disabitkan atas kesalahan di bawah Akta Hasutan kerana menghina SPB YDP Agong, walau pun Wan Ji telah dihantar ke penjara Sungai Buloh!!!

Cara yang digunakan oleh kerajaan Pakatan untuk survivor politik mereka kali ini adalah jauh lebih menjijikkan dari perlakuan Semburit!!!

Inilah kerajaan yang beraja di mata dan bersultan di hati...

Siapa juga mangsanya, sama ada SPB YDP Agong atau rakyat, pasti TIDAK akan mendapat pembelaan dan keadilan undang-undang sekiranya yang melakukan kezaliman itu adalah sekutu kerajaan Pakatan...

Apajah rakyat Malaysia masih lagi mahu memberikan mandat kepada Pakatan Harapan supaya kezaliman demi kezaliman dan penindasan demi penindasan dilakukan mereka dengan sewenang-wenangnya seolah-olah Malaysia adalah hak milik mak bapal mereka dan rakyat Malaysia semuanya adalah kuli batak mereka yang hanya mampu angguk-angguk dan geleng-geleng!!!

0 comments:

fda

Archives