Monday, July 8, 2019

Mangsa Pertama Dah Meninggal Dunia, Yang Menteri Meroyan Per Hal?


Rakyat Malaysia yang masih mempunyai nilai kemanusiaan menerima berita kematian mangsa pertama akibat pencemaran di Pasir Gudang dengan perasaan yang amat sedih...😢😢😢 (BACA DI SINI)...

Sama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatehah kepada Allahyarhamah Puan Marimi Kasman, seorang ibu dan juga isteri kepada En. Abu Bakar bin Abd. Rahman, bersama-sama kita panjatkan doa kepada Allah SWT muga roh Allahyarham Puan Marimi berada dalam RahmatNya dan semuga keluarga tercinta yang di tinggalkan akan di permudahkan dan di beri kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan kehidupan tanpa seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu di sisi...😢😢😢

Mengapa Tiada Tindakan Yang Tegas Di Ambil Oleh Kerajaan Pakatan Terhadap Pihak Yang Bertanggungjawab


Timbul persoalan yang besar pada kita, kenapa kerajaan Pakatan begitu berlembut malah di lihat seakan melindungi pihak yang bertanggungjawab  dengan tragedi pencemaran udara di Pasir Gudang?


6 Julai 2019, (9.21 am), menteri yang bertanggungjawab, Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, keluarkan kenyataan dalam Facebook beliau TIADA KES BARU (BACA DI SINI)...

Dan pada hari yang sama, 6 Julai 2019, pencemaran udara di Pasir Gudang meragut nyawa yang pertama, Allahyarhamah Puan Marimi Kasman!!!

Apa penjelasan Yeo Bee Yin?

Apakah benar beliau turun padang untuk meninjau dengan dekat masaalah tersebut atau kenyataan beliau sekadar lapuran yang di terima dari pegawai beliau!!!

Setiap penyakit adalah berpunca dan setiap kematian adalah bersebab...

Punca rakyat di persekitaran Pasir Gudang menderita adalah kerana pencemaran toksik yang berlaku bukannya buat kali pertama, tapi kali kedua dan berpunca dari masaalah yang sama!!!

Selepas ribuan nyawa terancam, apakah tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab telah kerajaan Pakatan ambil?

Laman blog ini pernah mendedahkan bagaimana menteri yang bertanggungjawab, Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, telah menipu di dalam Dewan Rakyat dengan mengatakan pemilik kilang yang menyebabkan pencemaran di Sg. Kim Kim sudah di hadapkan ke mahkamah (BACA DI SINI)...

Tapi kenyataan Yeo Bee Yin telah di sangkal oleh Ketua Polis Negara pada ketika itu, Tan Sri Khalid Ibrahim!!!

Kenapa Yeo Bee Yin menipu?

Kalau benar sudah di dakwa, apa perkembangan kes itu sekarang?

Di mahkamah mana mereka di dakwa?

Merujuk kepada kenyataan Exco Kesihatan YB Khuzan pihaknya akan mengempur 38 kilang di Pasir Gudang (BACA DI SINI), tapi sampai ke hari ini kita pun tak tau nama kilang yang mereka dah gempur, ini yang orang kata sembang nak gempak, tapi tak ada apa-apa...

Keadaan semakin pelik, ragu-ragu dengan integriti menteri, Kerajaan Negeri hari ini di bawah pentadbiran MB dan barisan exco yang kurang berpengalaman dan otak yang tidak empuk...

Kenapa pemantau hanya pada kilang-kilang kecik?

Atau itu sekadar untuk menutup mata rakyat?

Kenapa kilang-kilang besar seolah-olah di lindungi?

Adakah kes yang telah mengobankan nyawa rakyat ini di letakan di bawah karpet!!!

Apakah Benar Suami Yeo Bee Yin Adalah Pemilik Kilang Yang Menyebabkan Pencemaran Udara?


Tular di media sosial, suami Yeo Bee Yin adalah pemilik 3 kilang kimia yang beroperasi di Pasir Gudang, Johor...

3 kilang kimia yang di maksudkan ialah IOI Pan Century Oleochemical, IOI Lipid Enzymetec dan IOI Pan Cenruty Edible Oil...

Netizen dan rakyat bertanya kepada Yeo Bee Yin, apakah perkara itu benar?

Kalau benar, katakan benar dan kalau salah katakan salah...


Yang pergi melatah sampai meroyan nak saman tu per hal???


Siap melalut babitkan pegawai kerajaan pulak, per kes?


Nak kata kau mabuk sebab bunting, perut kau kempes, takkan mabuk ketum atau mabuk pil kuda pulak!!!


Kalau benar, rakyat mahu tahu, apakah tindakan kerajaan Pakatan dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan peribadi dan kepentingan keluarga kepada menteri?

Apakah kerajaan Pakatan akan menggugurkan menteri berkenaan dari kabinet atau di tukar ke kementerian lain?

Allahyarhamah Bukan Satu-Satunya Mangsa Pencemaran Udara Di Pasir Gudang


Adik Irfan Wafiy Idham Wazir mengalami kesukaran berjalan akibat dari pencemaran udara di Pasir Gudang...


Bagaimanakah masa depan anak ini, sekiranya kesukaran berjalan yang beliau alami ini akan menjadi kecacatan sepanjang hayat?

Apakah ini juga harus di lihat sebagai mempolitikkan isu pencemaran udara di Pasir Gudang...

Sebenarnya, Yeo Bee Yin yang mempolitikkan isu ini?

Netizen dan rakyat Malaysia cuma mahu tahu kebenaran, tak perlu di war-warkan apa yang telah dan sedang di lakukan sedangkan hasilnya tiada...

Malah sudah pun mengorbankan satu nyawa yang tidak berdosa, sedangkan pihak yang bertanggungjawab masih lagi belum di kesan dengan pasti!!!

Kami tak berminat nak tahu apa yang telah kamu lakukan, yang kami nak tahu ialah bila isu ini dapat di tangani sepenuhnya, apa tindakan yangvtelah di ambil terhadap pemilik kilang tersebut dan apakah jaminan keselamatan penduduk di Pasir Gudang!!!

Seperti yang di harapkan oleh bekas suami mangsa pencemaran udara di Pasir Gudang, En. Abu Bakar bin Abd. Rahman, muga tiada lagi nyawa yang melayang!!!

0 comments:

fda

Archives