Sunday, June 2, 2019

Strategi Licik DAP Menjajah Dan Menjarah Bangsa Melayu


Megah sekali Lim Guan Eng berkokok dalam Persidangan Kebangsaan DAP...

Dia jadi Setiausaha Agung DAP pada 2004, waktu DAP hanya ada 12 kerusi...

Di bawah pimpinannya, DAP dapat 28 kerusi PRU 12, dia jadi Ketua Menteri...

Ini di terus lagi dalam PRU 13, DAP dapat 38 kerusi, dia kekal Ketua Menteri...

Paling baru, PRU 14 DAP dapat 42 kerusi, dia dan 5 rakannya jadi Menteri...

Itu belum di kira dengan Timbalan Menteri, Ahli EXCO Kerajaan Negeri...

Perdana Menteri malah akui pelannya tertakluk kepada kelulusan menteri...

Hanya ada 172,673 ahli, tetapi kehebatannya seolah2 tidak terperi lagi...

Kekuatan DAP Telah Berada Di Pusat Dan Juga Berakar Umbi Di Setiap Negeri


Maka di hitunglah satu per satu segala kehebatan DAP pasca PRU 14...

DAP kini ada 42 Ahli Dewan Rakyat, 7 Ahli Dewan Negara, 109 ADUN!!!

DAP kini ada 1 Timbalan Speaker Dewan Rakyat, 2 Speaker DUN, 2 Timbalan Speaker DUN!!!

DAP kini ada 6 Menteri, 1 Duta Khas, 7 Timbalan Menteri!!!

DAP kini ada 1 Ketua Menteri, 1 Timbalan Ketua Menteri!!!

DAP kini ada 2 Menteri, 2 Pembantu Menteri di Sabah!!!

DAP kini ada 30 Ahli EXCO Kerajaan Negeri!!!

DAP kini ada 450 Ahli Majlis, 500 Ketua Kampung!!!

DAP Akan Terus Mengukuhkan Kuasa


Lalu timbullah suara, apakah Lim Guan Eng sudah puas hati dengan semua ini?

Sudah pastilah tidak, malah DAP sedang giat meluaskan kuasa di seluruh negara...

DAP gunakan semaksima mungkin segala jawatannya untuk perkukuhkan kedudukan...

DAP pastikan semua kemenangan di kekalkan dan tempat baru mampu di terobosi...

DAP tentukan semua pemegang jawatan bersatu hati dan hadam semua strategi parti...

Pada 29-30 Jun 2018 dan 15-17 Mac 2019, di buat Pemukiman Kepimpinan Kebangsaan DAP...

5-6 Januari 2019 da 20-21 April 2019, di buat juga Pemukiman Ahli Majlis DAP...

DAP sebuah parti yang menyelesaikan masalah orang Melayu, itulah mesej di beri...

Lalu di tanya lagi, apakah antara strategi utama perluasan kuasa DAP selepas ini...

Sudah pastilah perkukuhkan kedudukan di Pusat dan di Negeri-Negeri teras utama...

Perjawatan kabinet boleh sahaja berubah bila penjawat Perdana Menteri berubah...

Peruntukan kerusi juga boleh sahaja bertambah bila kawasan pilihan raya berubah...

Cadangan persempadanan semula DAP 2013 pernah menambah kerusi menjadi 262...

143 kerusi bandar, 39 kerusi separa bandar, 80 kerusi luar bandar, ini di hitung sudah...

Bersedekah, berbuka bersahur bersama, dekati masjid, sekolah agama, pusat tahfiz...

Peruntukan untuk Melayu Islam tiada masalah, asal saja tidak melibatkan syariah...

DAP Mula Perkukuhkan Cengkaman Di Peringkat Akar Umbi


Kekuatan di negeri2 juga pasti boleh mengubah kedudukan di pusat...

Pulau Pinang sudah DAP kuasai, Sarawak sedang menanti berpandukan janji...

Bila Sarawak diberi lebih kuasa melalui MA63, DAP tentulah bakal penerima...

Di Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, DAP boleh cuba usahakan ketuai...

DAP sudah menguasai majoriti di empat negeri ini, tetapi akur kepada janji...

Kuala Lumpur pun Lim Guan Eng pernah umum akan tubuh kerajaan negeri...

Lagi penting adalah perluasan pengaruh DAP dalam politik peringkat tempatan...

Ini pasti akan jadi lebih mudah jika pilihan raya kerajaan tempatan di adakan...

Dan kalau di tanya siapa EXCO Kerajaan Tempatan semua negeri PH, jawablah.
EXCO Kerajaan Tempatan Pulau Pinang adalah Jagdeep Singh Deo dari DAP...

EXCO Kerajaan Tempatan Selangor adalah Ng Sze Han dari DAP...

EXCO Kerajaan Tempatan Perak adalah Yong Choo Kiong dari DAP...

EXCO Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan adalah Teo Kok Seong dari DAP...

EXCO Kerajaan Tempatan Melaka adalah Tey Kok Kiew dari DAP...

EXCO Kerajaan Tempatan Johor adalah Tan Chen Choon dari DAP...

EXCO Kerajaan Tempatan Kedah adalah Tan Kok Yew dari DAP...

Impian Malaysian Malaysia DAP Semakin Menjadi Realiti


Apa, mengapa, bila, bagaimana, semua kini sudah tidak lagi jadi tanda tanya...

Forward we march, for a Malaysian Malaysia, itulah cogan kata, matlamatnya...

Sama rata sama rasa sama segala2, hanya menunggu masa jika masih alpa...

Betul2 membimbangkan penguasaan DAP dalam pentadbiran pusat dan negeri...

Pemimpin Melayu Masih Terus Seronok Membunuh Bangsa Sendiri


Di masa yang sama, parti Melayu berpecah dan semakin pudar kerana termakan dengan hasutan dan permainan DAP...

Apakah pemimpin Melayu tak nampak semuanya telah menjadi semakin longlai...

Mahathir di sebelah sana membunuh Melayu dari luar...

UMNO, PAS,  Bumiputera Sabah dan Sarawak lebih yakin berdiri sendiri walaupun lemah...

Itulah tidak bijaknya Melayu dan Bumiputera yang berada di luar PH...

DAP tetap bersatu dan Cina semakin kukuh mencengkam, menolak semua kaum lain dan India jadi penyokongnya...

Apa nak jadi?

Kuasa politik di tangan minoriti, Melayu dan Bumiputera menjadi bueh yang terapong di tiup angin ke sana ke mari, akhirnya hilang  di telan arus deras...

Menjadi lemah bagai buih buih di lautan terapong di tiup angin jadi lemah tak berguna akhirnya di telan arus deras...

Menakutkan sungguh masa depan Melayu, Bumiputera dan Islam di bumi mereka sendiri...


Sedarlah, sekiranya Melayu tak dapat ambil balik kuasa dalam PRU 15, kuasa politik Melayu akan terhapus sama sekali buat selama2nya di bumi Malaysia...

Apakah nasib Melayu Singapura masih lagi tidak mampu menyedarkan kita?






Olahan dari tulisan asal :

Dr. Kamarul Yusoff

0 comments:

fda

Archives